Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

Posted by nur iman Tuesday, November 4, 2014 0 comments

petikan dari : http://chentazulya.blogspot.com/2014/06/rawatan-alami-untuk-hfmd-penyakit.html
 sharing is caring...

10 June 2014

Rawatan Alami Untuk HFMD ( Penyakit kaki tangan dan mulut)

Assalamulaikum..

Kembali bekerja setelah 4 hari bercuti.
Anak-anak yang diredhai Allah terkena jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD).
Alhamdulillah, mak pak diuji untuk menjaga amanahNya.
Malam selasa perasan ada bintik merah berair di kawasan pampers Sofea.
Esok paginya timbul pula dalam mulut, siku dan lututnya.

Mula-mula ingatkan chickenpox tapi bila fikir semula, Sofea dah kena chicken pox masa umur setahun lebih.
Oh agaknya hari tu tak keluar habis.
Ayat saja sedapkan hati.

Malam tu bawa pergi Klinik Rosli untuk diagnosis jenis sakit dan ambil time slip sebab mak pak cuti serentak.
Doktor cakap bukan chicken pox, kalau chicken pox akan keluar dari badan dulu.Sofea kena di bahagian kaki dan dalam mulut.
Doktor sahkan kena jangkitan HFMD.
Terkejut sekejap bila dengar doktor cakap macam tu tapi tiada yang mustahil sebab waktu siang Sofea di rumah pengasuh.
Terdedah dengan persekitaran luar.
Malam tu siku dan kaki Saraa Nur pun dah timbul biji-biji merah.
Sah, dua-dua dah kena penyakit yang sama.
Kuarantin selama seminggu.

Selepas balik dari klinik, pengasuh telefon. Dia cerita anaknya dan seorang lagi anak asuhan pun kena.
Ok, kita berjemaah membersihkan rumah dan segala baju.
Rumah pengasuh ditutup sementara.

Apa itu HFMD?
Dikenali sebagai penyakit kakitangan dan mulut yang disebabkan oleh virus coxsackie.
Haihh jahat virus ni.
Mudah terjangkit kepada kanak-kanak.

Tanda-tanda biasa

Dr Ng Chung Wai, Perunding Keluarga Pakar Perubatan, SingHealth Poliklinik (Outram), dan Pengerusi, SingHealth Poliklinik Penyakit Berjangkit dan Jawatankuasa Kawalan Jangkitan, berkata: "Tanda-tanda HFMD pada kanak-kanak adalah sama dengan orang dewasa. Ruam biasanya terdiri daripada lebam merah dan lepuh yang memberi kesan tapak tangan dan / atau tapak kaki. Dalam beberapa kes, ruam mungkin hanya bintik-bintik merah atau lebam tanpa lepuh, dan juga boleh muncul di bahagian punggung, lutut atau siku. "

Gejala lain termasuklah demam, ulser di tekak dan mulut dan lidah, sakit tekak, hilang selera makan serta perasaan umum menjadi tidak sihat.

Penyakit yang ringan, yang mudah merebak di kalangan kanak-kanak melalui air liur, lendir atau cecair badan yang lain, adalah disebabkan oleh virus yang tergolong dalam kumpulan enterovirus, seperti Enterovirus 71 (EV-71) dan Infeksi Coxsackievirus. EV-71, yang lebih getir daripada dua, dikaitkan dengan otak dan komplikasi sistem saraf, dan bertanggungjawab untuk sebahagian besar kematian yang HFMDrelated rekodkan di sini. Wabak semasa di Singapura disebabkan oleh Infeksi Coxsackievirus agak lebih ringan.

Orang dewasa juga boleh terkena HFMD.
Adakah orang dewasa lebih tahan?

Walaupun pendedahan kepada hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti meletakkan setiap orang pada risiko yang lebih tinggi dijangkiti HFMD, orang dewasa biasanya membentuk imuniti kepada virus. Walau bagaimanapun, di kalangan orang dewasa yang mempunyai keadaan perubatan asas yang menjejaskan fungsi sistem imun mereka, risiko adalah lebih tinggi. Pada masa ini tiada vaksin untuk melindungi terhadap HFMD.

"Tidak ada perbezaan dalam perkembangan penyakit di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak, dan komplikasi yang berpotensi dalam kes-kes HFMD dewasa adalah sama seperti orang-orang kanak-kanak," kata Dr Ng.

Komplikasi yang paling kerap HFMD adalah dehidrasi ulser mulut kadang-kadang boleh menjadi teruk sehingga mengganggu pengambilan cecair. Dehidrasi juga boleh berlaku jika terdapat muntah berterusan.

Bagaimana ia dirawat

Tiada rawatan khusus untuk HFMD, tetapi ubat boleh didapati untuk melegakan demam dan kesakitan. Berehat di rumah dan minum banyak cecair akan membantu proses pemulihan. Jika ulser mulut adalah masalah, diet yang lembut dengan makanan seperti bubur mungkin lebih mudah untuk makan.

"Perhatikan juga tanda-tanda lain yang dimasukkan ke hospital mungkin diperlukan bagi kes-kes yang lebih teruk atau komplikasi," kata Dr Ng.

Memutuskan rantaian penghantaran juga penting. Anda boleh membantu menghalang penyebaran HFMD kepada orang lain dengan menjauhi tempat-tempat awam, mengelakkan hubungan rapat dengan ahli keluarga, menjaga harta benda anda seperti tuala, pakaian dan perkakas makan berasingan dan hanya akan kembali bekerja sebaik sahaja semua lepuh telah kering.

Apa yang perlu anda tahu tentang HFMD:

Bagaimana saya boleh melindungi diri saya terhadapnya?

  • Basuh tangan dengan kerap dan memastikan langkah-langkah kebersihan
  • Elakkan pendedahan dari hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti
  • Jangan berkongsi perkakas makan.
  • Pastikan alat permainan, buku, perkakas makan, tuala dan pakaian bersih.
  • Elakkan berhubung rapat seperti memeluk atau mencium
  • Bersih dan membasmi mainan dan peralatan dengan teliti jika digunakan sebelum ini oleh seseorang yang dijangkiti HFMD


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya dijangkiti HFMD?

Penyakit ini sendirinya, yang bermakna ia biasanya akan hilang dalam 5-7 hari. Dalam tempoh itu, anda perlu memastikan anda mendapat rehat dan air yang secukupnya. Tukar ke pemakanan yang lembut jika ulser mulut menyebabkan kesakitan yang terlalu banyak.

Apa komplikasi yang perlu saya perhatikan?

  • Sesak nafas
  • Mengantuk dan kekeliruan
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kekakuan leher
  • Muntah
  • Pengambilan oral
  • Sawan
  • Berjumpa doktor dengan segera jika tanda-tanda seperti dipatuhi.


Untuk info lanjut :
http://www.healthxchange.com.sg/healthyliving/childrenhealth/Pages/HFMD-Parents-Can-Catch-It-Too.aspx






Disebabkan ini adalah jangkitan virus, dua perkara penting yang perlu dilakukan ialah menaikkan sistem imun
badan/ antibodi dan mengambil makanan anti viral untuk melawan jangkitan virus.
Berubatlah dengan MAKANAN.
Saya tak bagi Sofea makan ubat biar pun doktor berkeras nak bag PCM. 
Dalam bilik rawatan saya jawab ok tapi di kaunter saya tak ambil dengan alasan ada lagi sebotol di rumah.
Kasihan bakteria baik dalam badan, tengah berperang dengan bakteria jahat tapi dilemahkan pula oleh PCM.

Antara yang saya amalkan untuk merawat Sofea :

1.Sebelum sarapan,bagi minum sesudu VCO - berfungsi untuk naikkan imun badan.
2. Beri makan yogurt asli. Bagi yang sejuk lagi cepat habis. Aiskrim katanya. Yogurt mengandungi probitiokuntuk menbantu menguatkan antibodi dan melawan bakteria jahat.
3. Disebabkan dalam mulut Sofea ada ulser, saya buat bubur nasi dengan bawang putih dan sup ayam dicampur dengan halia dan kunyit tumbuk. Halia dan kunyit pun antara contoh makanan anti viral. Berselera anakku makan sebab senang nak telan. Bawang putih sumber prebiotik. Prebiotik merupakan makanan (nutrisi) untuk probiotik.
4. Minum air rendaman lemon sebagai sumber vitamin C dan menyejukkan badan. Ini juga dapat mengelakkan dehidrasi.
5. Boleh juga beri madu tapi Sofea tak suka telan madu.Ubat katanya, nanak nanak bat bat.

Untuk Saraa pula, sebab dia memang full breastfeed, saya pun ambil menu yang sama macam Sofea dan telan satu sudu kecil minyak habatussauda sebelum sarapan.
Kemudian bagi susu dengan kerap. 

Selain itu,  saya bersihkan lantai dengan cecair dettol, bilas baju dan mainan anak-anak dengan cecair dettol.
Jaga kebersihan rumah. 
Setiap hari vakum rumah dan jemur bantal dan tilam anak.
Bahagia mak jadi surirumah sepenuh masa :))

Alhamdulillah, selepas 3 hari anak-anak dah sihat
.Hati mak gembira. 
Terus ajak papa dorang pergi taman Alam Impian. 
Pening kepala mak tak keluar rumah berhari-hari.
Ganjaran untuk Sofea sebab berkelakuan baik dan cepat sembuh.
 Bagi dia berlari-lari untuk keluarkan peluh.

| edit post

kongsi kongsi kembali

Posted by nur iman Tuesday, November 20, 2012 0 comments

Motivasi - 25 Perkara Jangan Buat

27 Apr 2012 17 comments

Jom baca dan amalkan bersama semoga kita boleh mendapat manfaat dan keberkatan bersama :)
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.
7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.
10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.
11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.
16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apaaila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.
19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.
20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.
24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.
25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe..


dipetik dari blog sahabat kita:
http://penpatah.blogspot.com/2012/04/motivasi-25-perkara-jangan-buat.html

| edit post
Posted by nur iman Sunday, October 30, 2011 0 comments

salam...

saya berkongsi bahan yg saya baca....

tQ

Tazkirah : Dengki





Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan dalam diri sendiri. Allah s.w.t. telah menjadikan  manusia dalam pelbagai rupa, kebolehan dan dikurniakan rezeki yang patut disyukuri oleh kita. Namun kadangkala kelebihan yang kita ada boleh menyebabkan manusia yang lain timbul perasaan *dengki* terhadap kita.

"Aku tak dengki, aku cemburu je." Pernah tak dengar orang cakap macam tu? Bagi saya, daripada cemburu itulah wujudnya perasaan dengki. Kerana cemburu, kita akan buat sesuatu yang buruk kepada orang yang kita cemburu tu maka timbullah perasaan *dengki* tersebut. Cemburu yang asalnya hanya perasaan *lahiriah* daripada hati akhirnya bertukar kepada perbuatan yang boleh merosakkan orang lain dan diri sendiri. 


Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” 
Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.



Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki



1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Contohnya orang tu baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi. Tengok pula suami dia kacak dan anak orang kaya. Siapa tak jeles? Heh. Jadi eloklah kita ucapkan *tahniah* dan bersalam dengannya. Mana tahu, ada keberkatan Allah Taa'la nak bagi kepada kita selepas ini untuk berkahwin pula?


2. Tutup kelemahan dan kesalahannya
Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah kerana perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pula. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita takde, lagi-lagi bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan. Jadi apa kata, daripada kita gosip pasal dia kat belakang, kita cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik? (Kalau tak makan saman tu, biarlah. Moga Allah s.w.t.bukakan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.)

3. Ziarahilah dia dengan membawa hadiah
Kawan kita baru dapat anak yang comel. Kita yang dah berapa tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata. Seeloknya kita ziarah dia dan beri diahadiah. Kita kongsi kegembiraan yang dia peroleh itu bersama. Bukan dengan rasa dengki.

4. Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.
Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir, kerana kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang itu, kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.

5. Berdoalah kepada Allah s.w.t agar dihilangkan rasa dengki itu.
Selemah-lemah hati, kita haruslah kembali kepada DIA juga. Banyakkan mengucapkan Astagfirullah (Memohon Ampun padaMU Ya Allah) supaya terhindar daripada dosa hasad dengki terhadap orang lain. Kita cermin diri kita. Lihat kelebihan yang kita ada. Kita hayati hidup kita, lihat rezeki yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepada kita. Berdoalah, semoga Allah s.w.t. pelihara hati kita daripada perasaan dengki itu.

Doa menghilangkan perasaan dengki.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hasyr: 10).


| edit post

MENCARI furqan

Posted by nur iman Saturday, October 29, 2011 0 comments

salam...

dah lama rasanya saya tak kongsi apa2 maklumat terbaru dalam blog saya yang satu nie....
saya baru terbaca dari blog saudara2 kita di laman sesawang dan saya sangat menggemari tajuknya... biarlah saya kongsi di sini agar semua dapat membaca... tQ

20 October 2011

BERIKAN KAMI FURQAN...

“Apa pandangan kak long?” saya bertanya seraya mengarahkan matanya ke satu foto di skrin komputer.
Di hadapan kami terpapar gambar seorang gadis dengan fesyen tudung terkini gadis remaja. Sengaja saya bertanyakan pandangan kak long tentangnya. Mana tahu, sedikit sebanyak dapat juga saya menyelami naluri berfesyen anak dara sulung saya ini.
“Hmmm…too stylish.” Ringkas jawapan kak long. Saya menganggukkan kepala, tersenyum dan kembali menatap foto gadis yang mengenakan turtle neck inner di sebelah dalam dengan lilitan tudung dari satin pada bahagian luarnya sebagai pelengkap.
Biarpun tudung yang disarungkan sudah menutupi bahagian dada, namun keseluruhan penampilan dan gaya yang ditunjukkan masih ada yang tidak kena.
“Lengan bajunya pada ummi agak ketat…”saya menambah. Kak long mengiyakan dengan sedikit kerutan di dahinya. Wajahnya agak tegang. Entah apa yang difikirkan.
“Kak long tak suka lengan baju ketat…susah nak ambil wuduk,” luah kak long, sekaligus menjawab persoalan saya tentang wajah seriusnya tadi.
Buat kesekian kalinya saya membalas kata-katanya dengan anggukan bertali. Membenarkan setiap patah yang dibicarakan. Bersyukur ke hadrat-NYA, kerana dalam menjejak usia 12 tahun, kak long telah dapat membezakan pakaian yang selayaknya dikenakan oleh seorang wanita.

PERBINCANGAN
Saya sering berbual-bual santai dengan anak-anak gadis saya, terutama kak long dan kak ngah, berkait pemakaian wanita muslimah.
Kedewasaan mereka seiring kemunculan pelbagai jenama fesyen hari ini, sedikit sebanyak memerlukan penjelasan dari semasa ke semasa agar pemilihan penampilan dan gaya tidak bercanggah dari kehendak Yang Maha Esa.
Biarpun, ada segelintir muslimah moden hari ini merasakan isu aurat dan yang berkait dengannya sebagai isu kecil, tetapi pada saya, selagi mana sesuatu perkara itu mengenengahkan hukum ALLAH SWT dan masalah-masalah yang berada di sekitarnya, selama itulah isu tersebut sangat perlu diambil perhatian walau berapa kali ia diulang penjelasan.
Ia peringatan, juga sebagai satu usaha nasihat menasihati yang sangat disarankan oleh Ar Rahman.
Firman-NYA dalam Surah Az-Zaariyat ayat 55 :
Maksudnya : Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Tidak surut kebimbangan di jiwa saya sebagai seorang ibu bila melihat perkembangan dunia fesyen hari ini, termasuk pakaian yang berlabelkan busana muslimah. Aspek pemilihan material dan penentuan rekagaya ( design ), adalah dua perkara penting yang sangat perlu dititikberatkan.
Bukan sedikit busana muslimah yang diatasnamakan sebagai jubah di kedai atau butik pakaian, diperbuat dari kain ‘strechable’ serta ‘plain’ pula, menjadikan pemakainya cenderung menampakkan susuk tubuh terutama ketika berlaku pergerakan seperti berjalan dan lain-lain. Usahkan ditiup angin, tanpa bayu yang berhembus pun sudah boleh menyerlahkan lekuk-lekuk di badan. Tidak kurang juga busana muslimah yang dipakai betul-betul mengikut saiz badan menjadikan pakaian tersebut cukup sekadar membalut, bukan menutup kerana menonjolkan bentuk tubuh yang mengiurkan.
ANTARA KETAATAN, PERJUANGAN DAN TREND
Jujurnya, saya melihat perkembangan dunia fesyen busana Muslimah hari ini sudah semakin tersasar dari landasan yang benar.
Andai di era permulaan perintah hijab, ketika Rasulullah SAW masih bersama, para sahabiyat mengenakan pakaian menutup aurat sebagai manifestasi dari ketaatan mereka atas akujanji : Sami’na wa atho’na.
Keadaan ini terserlah dari tindakan mereka menarik apa sahaja yang tercapai dek tangan sebaik mendengar ayat hijab dibacakan oleh saudara-saudara lelaki mereka baik suami, abang atau ayah. Suasana ini terakam indah pada hadis Rasulullah SAW :
“Ketika kami bersama ‘Aisha RA, kami menyebut mengenai kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi ALLAH sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab ALLAH. Apabila ALLAH turunkan ayat (yang bermaksud) : ‘…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…’serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang ALLAH turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang diturunkan ALLAH, maka jadilah mereka wanita yang bertudung bersama Rasulullah SAW, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.” ( Hadis riwayat Abu Daud )
Sementara pada era 70-an dan 80-an di Malaysia, pakaian menutup aurat seakan menemui nafas baru dengan para muslimat yang berkesedaran memperjuangkannya walau ada di antara mereka berhadapan sindiran, ejekan dan perlecehan hingga dipanggil sebagai hantu pun ada. Namun itu semua tidak melunturkan semangat mereka untuk tetap tampil menutup aurat sempurna.
Akan tetapi, di era millennium ini, kala fesyen busana muslimah semakin mendapat tempat di kalangan wanita biasa, selebriti dan wanita ternama, rata-rata yang mengenakan tudung dan busana tersebut, kelihatan belum benar-benar memahami tuntutan sebenar dari kehendak ILAHI. Ia lebih mengikut 'trend' berbanding kesedaran untuk melangsaikan kewajiban.
Kerana itu, masih ramai yang bertudung tetapi memakai baju ketat dengan legging atau seluar sendat.
Akibatnya, keindahan wanita yang sepatutnya terlindung di sebalik hijab menjadi lebih mempesona dan membangkit ghairah lelaki yang rosak jiwanya untuk ‘menikmati’ dengan mata ‘luas terbuka’!
BUKAN MUDAH!
“Bukan mudah untuk orang perempuan menghadapi cabaran arus berfesyen hari ini, bang…” suatu ketika saya berkongsi rasa bersama suami tercinta. Sekadar meluahkan apa yang terbuku di dada.
Terkenang bait-bait emel yang dikirimkan oleh beberapa muslimah, bertanyakan tentang kecantikan pakaian-pakaian yang banyak dijual di pasaran. Tidakkah boleh mereka memakainya di luar? Sementelah mereka juga wanita bekerjaya. Penampilan adalah antara subjek penting untuk menambah keyakinan di alam pekerjaan.
Saya cuba menghayati ‘naluri’ wanita yang semestinya sentiasa menginginkan kecantikan membaluti diri. Melihat gaya semasa, dia mahu mencuba. Bila muncul ‘trend’ terkini, dia juga tidak mahu ketinggalan sama.
Biar ‘up-to-date’!
Masakan tidak. Melangkah sahaja keluar dari rumah, di jalan raya, di dalam bas, lif sehingga tiba di pejabat untuk bekerja, mata akan menangkap pelbagai fesyen dan gaya anggun mewarnai suasana. Sedikit sebanyak, rasa cemburu dengan penampilan serba indah orang lain mampu menggugah jiwa. Sukarnya untuk bertahan dan kekal dengan penampilan yang sudah tidak lagi menjadi pilihan ramai, sedangkan jika dibuat perbandingan, pakaiannya itu sudah menepati kehendak agama.
Memang tidak mudah melawan arus. Tersilap berpegang dan berpaut, diri akan hanyut…
“Mungkin ini salah satu yang dinyatakan sebagai sabar dalam mengerjakan ketaatan. Wanita yang benar-benar mahu mengenakan pakaian yang bertepatan kehendak syari’at semata-mata demi memenuhi tuntutan agama, kerana DIA semata, perlu mempertingkatkan kesabarannya supaya tidak mudah ‘tergoda’ dengan arus semasa yang bagai melambai-lambainya untuk turut serta….” Saya menambah.
Suami mengangguk-anggukkan kepala. Mungkin mengiyakan, mungkin juga sebagai satu tindakbalas untuk menenangkan. Sememangnya, bagai berkurang beban rasa, bila dapat meluahkan hal sebegini kepadanya.
FURQAN
Berbicara tentang hijab yang disyari’atkan ke atas wanita Muslimah, saya suka untuk berkongsi satu ayat cinta yang saya rasakan baik untuk kita semua bermuhasabah.
Firman ALLAH SWT :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.”( Surah Al-Anfal ayat 29 )
Setiap pilihan sikap, tindakan atau apa sahaja pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH. Di tengah-tengah kecelaruan dengan kemunculan pelbagai fesyen yang mengelirukan, antara putih atau hitam menjadi pilihan, hanya taqwa mampu menyinarkan kebenaran.
Lalu, andai satu saat disodorkan dua pilihan; antara kebaya dengan tudung tidak melepasi dada, dan baju kurung dengan tudung labuh pelengkap gaya, pasti furqan dalam jiwa muslimah bertaqwa membuat pilihan yang kedua!
Inilah jaminan ALLAH SWT kepada hamba-hamba-NYA yang ikhlas dalam melaksanakan ketaatan.
Maka, dengan anugerah taqwa yang membuahkan ‘furqan’ pada individu muslimah inilah dia mampu berpegang teguh dengan prinsip, melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan tidak mudah goyah dengan apa jua hambatan dunia.
UMPAMA GULI
Hakikatnya, individu yang ‘terpesona’ dengan keindahan dunia sementara ini adalah seumpama dua biji guli yang diletakkan di hadapan mata. Ia kecil berbanding persekitaran luas yang berada di sekitarnya, tetapi jika diletakkan tepat -tepat di depan mata, pandangan akan terhalang. Kita tidak akan mampu lagi melihat persekitaran luas dengan bebas dan lepas.

Sebaliknya, jika guli tersebut dibawa menjauh dari mata, sedikit demi sedikit, kita akan mampu melihat apa yang ada di hadapan dengan jelas.
Pandangan mula bebas, terbuka luas!
Demikianlah dunia. Guli ini adalah 'simbol' dunia yang sangat ‘kecil’ berbanding akhirat. Ketika ramai Muslimah hari ini menempat dan mencintai dunia ini ‘terlalu dekat’ dan berlebihan, maka kepentingan akhirat yang jauh lebih besar, jauh lebih penting, jauh lebih berharga, jauh lebih utama, menjadi ter'tutup' kerananya.
Untuk itu, agar tidak terjebak ke dalam tipudaya dunia yang kecil ini, tempatkan ia pada kedudukan yang wajar sebagaimana firman-NYA :

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Maksudnya : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu dari (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." ( Surah al Qasas ayat 77 )
BERIKAN KAMI FURQAN
Buat kesekian kalinya, saya ingin mengajak muslimah semua untuk memugar semula kefahaman kita tentang busana yang benar-benar patuh syari'ah. Selama mana kita masih mengikat hati dan tunduk dengan keinginan 'dunia wanita' dalam diri kita, selagi itu kita belum mampu 'membezakan' hijab yang syar'ie dengan yang sebaliknya.
Ia menutup, melindungi dan sekaligus menjadikan mata-mata yang memandang, terdorong melakukan ketaatan,bukan sebaliknya; menaikkan nafsu, memuntah rasa cemburu dan hasad yang merosakkan jiwa. Biar pun mungkin ia tidak dizahirkan secara lisan, tetapi ia memakan jiwa dalam sehingga lahirnya muslimah yang keliru dalam beragama.
Terlalu banyak design yang menarik di pasaran, tetapi sejauh mana keprihatinan kita untuk 'menghijrahkan' design yang menarik itu sesuai kehendak ILAHI, benar-benar melindungi tubuh sendiri dan bukan semata memenuhi keinginan peribadi atas nama agama yang suci ini.
Sebagai wanita, saya yakin, ramai yang sering teruja untuk 'meniru' gaya seseorang terutama selebriti dan tokoh ternama yang kelihatan cantik dan anggun dengan penampilan, pakaian dan tudungnya, tanpa lebih dulu bercermin dan 'jujur' melihat diri. Tidak semua gaya dan penampilan wanita lain yg cantik pada pandangan mata, akan turut cantik bila dikenakan ke atas diri sendiri.
Anda bukan Hana Tajima, anda juga bukan Ana Althafunnisa. Anda bukan sesiapa melainkan anda adalah diri anda sendiri. Justeru, kenali tubuhmu, mesrai naluri iman dalam jiwamu dan dari situ tentukan gayamu. Namun, jangan sesekali lupa, pastikan penampilan itu mendapat 'restu' Yang Esa...
Hindari ego diri, kerana yang mahu kita menangkan adalah reda ILAHI!
Wahai TUHAN kami, kurniakan kami furqan….
أَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.

| edit post

soal jawab berkaitan zakat

Posted by nur iman Monday, August 15, 2011 0 comments

KEUNGGULAN ISLAM
HIMPUNAN SOALJAWAB BERKAITAN ZAKAT

Home
AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

ZAKAT



1)Siapakan yang sepatutnya membayar zakat fitrah bagi seorang anak perempuan yang sudah berkerja dan mampu untuk membayarnya sendiri. Adakah bapanya berhak membayarnya?

Berkenaan dgn Zakat fitrah, wajib ke atas kepala keluarga mengeluarkan zakat fitrah terhadap dirinya dan tanggungannya. Adapun jika perempuan itu sudah berdikari dan mampu (mendapat pendapatan sendiri), maka dia hendaklah mengeluarkan sendiri zakat fitrah dan zakat harta untuk dirinya sendiri.



2)Bolehkah kita memberi zakat di kalangan ahli keluarga? Contohnya kepada nenek atau pun kepada adik sendiri yang yatim?

Ia kembali kepada definasi zakat dan nafkah. Keluarga terdekat dibantu melalui nafkah, manakala kaum muslimin yg tidak ada hubungan nafkah dibantu melalui zakat. Maka nenek dan adik kandung hendaklah diberi nafkah atau bantuan peribadi bukannya zakat. (Ijma') (alMughny, 2/540-541)



3)Bolehkah diterangkan serba sedikit berkaitan zakat pendapatan dan kadar pendapatan yang wajib dizakat?
Zakat al Mal al Mustafad (zakat gaji dan upah) adalah zakat yg baru diperkenalkan dan dibahaskan secara serius di abad kita dan akhirnya barulah ia mula diterima oleh umat Islam. Antara tokoh mujtahid yg secara serius mengemukan kewajipan zakat ini ialah Prof Qardhawi (Fiqh Zakat) dan syaikh Muhammad Abu Zahrah. Malaysia memperkenalkan zakat gaji pada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksen 6A (3).
Kadar minimum gaji itu tidak ada, tapi jika gaji itu melebihi nisab 20 gm emas atau 20 dinar, maka ia dikenakan zakat 2.5%. Dalilnya: HR Ahmad, Abu Daud, Baihaqee, disahkan menurut syarat Bukhari dan hasan menurut Hafidz) "jika milikmu sudah sampai 20 dinar dan cukup satu tahun, maka zakatnya setengah dinar". 20 dinar itu menyamai 85gm emas dan jika satu gm emas bernilai semasa RM 36.00, maka kadar minima zakat ialah pendapatan melebihi RM 3060.



4)Salah satu orang yg berhak menerima zakat ialah Sabilillah. Apakah pengertiaan sebnar fisabilillah ini?

Definasi fi sabiliLlah termasuk pentafsiran dari dalil2 yg tidak qat'iy (putus). Jika anda mendapat penerangan dari fuqaha' yg membuka kitab2 lama/klasikal, fi sabiliLlah bermaksud urusan pebiayaan perang. War atau perang adalah urusan biasa di zaman silam dan kekerapan perang menuntut bajet yg besar.
Di zaman moden, bila perang sudah berkurangan, fuqaha' kontemporer membuat definasi yg lebih luas tentang fi sabiliLlah kerana perang zaman moden ini ialah perang maklumat, propaganda, sibaran, penyibaran Islam secara aman di negara2 bukan Islam. Tetapi di sana-sini, masih ada mujahidin Islam yg masih berperang misalnya di Chechnya, Kasymir, Palestine yg memerlukan dana zakat fi sabiliLlah. Definasi fi sabiliLlah yg lebih luas merangkumi maslahat dan kebajikan umat Islam definasi yg di pelopori oleh Imam Rashid Ridha (Tafsir alManar 10, 504) dan Siddiq Hasan Khan (Fathul Bayan, 4/151)


5)Apakah dibolehkan terus mengagihkan zakat untuk asnaf fi sabiliLlah tanpa melalui Badan Khas Zakat (PPZ) yg mentadbir zakat?
Madzhab Syafi'iy dan Hanbali mengharuskan anda mengagihkan sendiri tapi jika ditegah oleh Pihak Berwajib, maka anda hendaklah akur dan menyerahkan kepada Badan Zakat kerana mereka lebih khusus dalam urusan takmir zakat (Mughny, 2/642), Majmu' (6/161)
Jika anda ingin mengagihkan sendiri zakat anda pada mesjid sebagai asnaf fi sabiliLlah, ia tidak memerlukan akad kerana tiada dalil yg menyuruh berbuat demikian kecuali dalam jualbeli.



6)Bagi wang KWSP/Takaful/Insurans, yang mana ada masa dan tempoh tertentu bagi kita mengeluarkannya.
Zakat bagi skim Takaful atau Simpanan TH sudah dikeluarkan zakat. Manakala KWSP bukanlah skim simpanan syari'ah, maka zakat simpanan tidak dikeluarkan (bagi pihak anda) dan menjadi tanggungjawab pencarum mengeluarkan zakat bila simpanan dikeluarkan. Begitu juga skim insuran2 konvensional juga perlu dikeluarkan zakat bila dikeluarkan atas modal dan bukannya atas kadar faedahnya. Bagi pengeluaran KWSP, terjadi khilaf apakah dikenakan zakat bila wang itu dikeluarkan? atau perlu menunggu genap Haul? Qardhawi (FZ) berpendapat ia dikenakan zakat bila dikeluarkan kerana ia tidak memerlukan haul.

7)Sekiranya saya masih ada berhutang dengan mana2 institusi kewangan mahupun mana2 individu yang mana kalau dikira kan duit dari sumber di atas terlalu cukup untuk melangsaikan hutang tersebut. Jadi yang mana perlu diutamakan terlebih dahulu? Bayar hutang atau keluarkan zakat terlebih dahulu?

Apakah orang yg menanggung hutang dikecualikan dari zakat. Tidak menurut Syafi'iyah dan Dikecualikan menurut Hanafiah dan Fatwa Rumah Fatwa Mesir (Syaykh Hasan Makhluf)Qardhawi (FZ) berpendapat ia dilihat pada jenis hutang, apakah ia hutang berjadual (spt loan kereta atau rumah) yg dibayar untuk tempoh yg stabil misalnya 7 hingga 15 tahun, maka orang seperti ini tidak dikecualikan dari membayar zakat. Maksud hutang yg mendesak ialah jika tidak dilangsai, si fulan itu akan diisytihar muflis.



8)Apakah yang perlu kita lakukan sekiranya kita terlupa dan terlepas untuk membayar zakat fitrah?

Madzhab Syafi'iy (anNawawi, alMajmu' 6/115) dan jumhur: dia telah berdosa kerana cuai dan hendaklah diqadha'kan serta merta. Kewajipan itu tidak luput jika terlepas dari waktu yg wajib. Pentahqeeq Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) mengesahkan pendapat jumhur ini. Allahi a'alam.



9)Perlukah kita memberitahu pihak atau individu yang kita ingin memberi zakat bahawa kita berniat untuk berzakat kepadanya? ataupun ia tidak patut diberitahu seperti sedeqah?

Tidak perlu diberitahu. Inilah fatwa Imam Ahmad Ibn Hanbal ra sebagaimana yg disnukilkan oleh Ibn Qudamah dalam alMuhghny 2/647.



10)Pada masa sekarang suami saya sedang dalam bercuti tanpa gaji
kerana mengikuti saya bertugas di luar negeri. Sepanjang tempoh ini
beliau tidak memperolehi pendapatan. Tetapi apabila sampai waktu
membayar fitrah, suami saya wajib membayar fitrah. Adakah sah fitrah
kami kerana suami saya membayar fitrah dengan menggunakan duit
pendapatan saya sedangkan niat semasa membayar zakat ialah 'inilah
fitrah bagi diriku dan tanggungan-tanggunganku', memandangkan suami saya
di bawah tanggungan saya buat masa ini. Jika sah, Alhamdulillah dan
sekiranya tidak, dapatlah kiranya ustaz berikan caranya agar fitrah kami

diterima Allah.

Imam Ibn Qudamah al Hanbali (al Mughni, Jld 3, ms 70): Zakat itu wajib atas
dirinya dan gugur kewajipan mengeluarkan zakat atas suaminya.

Imam Nawawi dalam al Majmu' Jld 6, ms 106, menjelaskan terdapat pelbagai
pendapat dalam madzhab Syafi'iy, maka jalan keluar dari kekusutan ini ialah
sebaik-baiknya isteri yang kaya mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya
sendiri dan gugurlah kewajipan zakat untuk suaminya yang tidak mampu.

Dalam kes di atas:
isteri boleh mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan suaminya; atau
isteri sahaja yang mengeluarkan zakat untuk dirinya dan gugurlah kewajipan
zakat suaminya. kedua-duanya boleh.
Lihat syarah Dr Abdul Karim Zaidan dalam al Mufassal

dipetik dari:http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id77.html

| edit post

Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Posted by nur iman Tuesday, April 5, 2011 0 comments

Motivasi pelajar Sabtu, 11 Julai 2009 23:49 STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN. Pendahuluan Manusia mempunyai keupayaan untuk me-ngingat yang agak terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kema-hiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan. •Minat terhadap apa yang dipelajari. Ini adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang yelah dipelajari. •Belajar dengan tujuan untuk mengingat. Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda su-dah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh de-ria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas. •Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar. Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru. •Fahami dahulu sebelum mengingat. Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat terse-but di simpan dalam ingatan. •Menyusun ingatan secara logik. Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain. •Mengingati fakta dalam satu rangkaian. Biasanya adalah lebih mudah untuk mengi-ngat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mu-dah jika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain. •Latih tubi dan ulang berkali-kali. Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan. •Menilai kembali apa yang dipelajari. Anda perlu menguji kembali ingatan dan ke-fahaman anda terhadap maklumat yang dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda. •Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari. Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri mengamalkan apa yang dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah : •Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui. Contohnya, mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan dengan fakta yang diketahui. Nombor telefon : 5776242 Boleh dipecahkan kepada : 57-76-242 Boleh diingat sebagai : Tahun kemerdekaan Malaysia (57) Umur nenek (76) Nombor rumah (242) •Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadi-kan perkataan atau bunyi yang senang dikenali. Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta. •Kaedah-kaedah lain : i. Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri. Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti : Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura. Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut : Kalau Basi Jangan Makan, Sakit! ii. Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang perlu diingati. Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti INTAN, KEJORA dan sebagainya. Rumusan : Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran be-lajar bukan sahaja membantu memper-tajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan de-ngan itu seluruh sistem pem-belajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah. Apa yang penting sekali ialah setiap pelajar yang ingin berjaya haruslah memperlengkapkan diri mereka sebelum menduduki peperiksaan untuk menuju ke arah itu. Ibu bapa, teman dan rakan sejawat perlulah mem-punyai peranan yang paling istimewa dalam menyalur-kan keyakinan dan meniupkan semangat supaya pelajar-pelajar itu terus terangsang. Teguran, ingatan dan tiupan semangat sedemikian sudah tentu membantu pelajar untuk berjaya. Selamat Berjaya dipetik daripada:http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?option=com_content&view=article&id=78:strategi-meningkatkan-daya-ingatan&catid=50:motivasi-pelajar&Itemid=58

| edit post

TIdAK HaLAL????

Posted by nur iman Monday, August 23, 2010 0 comments


salam.. saya mendapat emel ini daripada sahabat saya...saya kongsikan bersama emel yang saya dapat buat pengetahuan semua...bersama kita berusaha untuk sesuatu yang lebih baik... jika ada salah harap dimaafkan....


Forwarded Message ----
From: Shukri Saleh
To: Abas Mad ; Madi ; Che Hassan Ahmadi ; bunga tulip ; Zaharah ; juanita mokhtar ; Aya Sofya ; azizahharun@gmail.com; Lina ; Azreen ; Kak Ina ; Daleena Shuib ; Siti Nooraminah Ab Rahman ; Emmy ; Sharinna Osman ; Nurzatul Syima Kamal Bakri ; faridakamil ; siti hafidza ; halila hamid ; masleina ; misz_eFFa93@yahoo.com; molly_cute79@yahoo.com; nas ; Lini J4U ; Nornisma Nasir ; rozierosie@yahoo.com; Ruzaimie Mohammad ; Sharim ; Siti Aishah Shabudin ; snow lieza ; Kyra ; Siti Yusnita Yahaya ; zaini
Sent: Sat, August 21, 2010 2:41:38 PM
Subject: Fw: Daging McDonald tidak halal



----- Forwarded Message ----
From: irma yusnita
To: ima231277@yahoo.com; shukrisaleh@yahoo.com; afa_amran@yahoo.com; amiruddin hj.yusof ; azmer faris
Sent: Fri, August 20, 2010 9:02:52 PM
Subject: Fw: Daging McDonald tidak halal



----- Forwarded Message ----
From: Muhammad Faizar
To: Shahrul_Ikram.Abdul_Malik@alcatel-lucent.com.my
Sent: Fri, 20 August, 2010 15:49:46
Subject: Daging McDonald tidak halal


Sesiapa yang tak kenal dengan huruf logo M di atas, budak kecil pun kenal logo ni di tepi-tepi jalan dengan tiang tinggi tu. Pesaing kpd KFC, McDonald atau nama glamournya McD ni adalah makanan Barat yang sudah sebati dengan jiwa masyarakat Malaysia. Isu hangat di blog-blog Malaysia di bulan Ramdhan ni berkenaan daging McDonald tidak halal – Jakim, setelah aku susur kan aku jumpa blog pertama yang membuat analisis mengenai ini dan sebagai tanggungjawab sebagai orang Islam sebab orang kita memang suka memenuhkan meja makan McDonald nih. Info ini didapati dari dari page facebook timhar’s blog
Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.
Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.
Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)
’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
image Penarikan balik JAKIM
Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. image
Ketidakakuran menyebabkan sijjil dari Uruguay Islamic Centre tidak tidak layak memomohon Sijil Halal JAKIM
Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa.. Perbetulkan aku jika ada kesilapan..
Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..
Mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

| edit post

mY BurF_dAtE