Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

Islam Agamaku

Posted by nur iman Tuesday, July 21, 2009 0 comments

salam saudara/saudari pembaca sekalian

adakah anda tahu pada masa kini, ramai yang membuat spekulasi dan kenyataan mengenai keganasan islam...

sedih dan sayu hati ini setiap kali membaca artikel atau berita mengenai masyarakat ISLAM pada masa kini...

Islam adalah agama yang penuh dgn kesuciannya, sedih hati ini tatkala islam dikatakan pengganas...

adakah anda seorang islam??? islam pada nama atau sebenarnya mendalami apa itu islam???

sya mengaku yang saya masih lagi perlu banyak belajar mengenai islam. Banyak lagi yang perlu sya lakukan untuk menjadi muslimah sejati. Bagaimana dengan saudara/saudari sekalian...

Fikir-fikirkanlah

apakah perasaan apabila islam itu dikatakan pengganas. Mengapa perlu muncul satu konsep yang sebegitu??? Persoalannya mengapa?

Bagi saya Islam itu bukan Pengganas...bukan...
TIDAKKKKKK....

Kalau saudara/saudari ingin mengetahui lebih lanjut dengan isu ini blhlah rujuk blog yang pernah saya baca. dan mencetuskan idea saya untuk menyampaikan dan menyebarkan bahawa Islam itu bukan pengganas

bolehlah merujuk blog:http://hikmatun.wordpress.com
/2007/08/16/aduhai-dunia-islam-bukan-agama-
pengganas/

Marilah dan ayuhlah sama2 kita menegakkan kebenaran islam agar pengertian Islam sebenar dapat diperjelaskan.

selain itu, mengenai kisah masyarakat Islam yang berada dalam keadaan yang tertindas pada hari ini, mencuit perasaan sanubari ini. Tatkala terfikir sejenak, betapa bersyukurnya saya apabila masih bernafas pada hari ini di BUMI MALAYSIA...

p/s: marilah kita sama2 mendoakan agar keamanan dunia kembali terjamin. Masyarakat Islam dapat menjalani ibadahnya dan Islam dapat berkembang. Insyaalah...

muhasabah diri

Posted by nur iman 0 comments

salam bahagia...

kepada semua yang mengetahui mengenai cinta

tipulah andai diri kita tidak mahu bercinta atau tidak mahu dicintai...

saya disini pada saat ini adalah ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya dalam pembacaan agar pembaca diluar sana dapat sama-sama memikirkannya mengenai cinta

apa yang dinamakan cinta
mengapa setiap insan perlukan cinta

saudara/saudari... perkara pertama bila kita disoal setelah mati nanti adalah...siapa tuhan kita bukannya siapa nama suami atau nama pakwe kita...

Jadi mengapa mesti kita letakkan cinta sesama makhluk diatas sebagai kepentingan hidup. Saya tak nafikan cinta sesama makhluk penting dalam hidup, namun ia bukan yang paling penting dalam hidup.

Fikir-fikirkanlah, adakah bila kita mencintai seseorang lebih dari diri sendiri akan menguntungkan kita...tidakkan sebaliknya ia akan menambah kelukaan yang parah dihati. Tambahan pula manusia ini cukup tamak dengan kasih sayang.

Jadi dapatla kiranya saya katakan disini, masyarakat zaman kini lebih mementingkan cinta sesama makhluk berbanding cintanya pada Maha Pencipta...

Lihat sajalah pada beberapa hari yang lepas, mengenai isu seorang wanita yang ingin terjun dari tempat yang tinggi semata-mata kerana menghadapi tekanan perasaan dalam cinta sesama makhluk...

Masyarakat juga sering menyalahkan sesama sendiri dan sering menunding jari terhadap kesalahan orang lain. Dimana kita dapat lihat seseorang yang menghadapi masalah berkaitan cinta tiada sesiapa untuk dirujuk atau berkongsi masalah. Ini kerana masyarakat suka menyalahkan orang lain selain mendengar masalah. Sering berlaku tekanan dari masyarakat juga menyebabkan keadaan ini menjadi bertambah buruk.

Seperti sya nyatakan tadi tidak salah kita bercinta asalkan kita tahu cara dan bagaimana untuk bercinta. Tapi berbalik juga kepada ajaran Islam itu sendiri, islam yang suci lagi penuh dengan tertib. Apalah kiranya sesuatu hubungan yang mulia itu diikatkan supaya cinta suci yang lahir dari dua hati mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Bercintalah sebanyak mana yang kita mahu, namun janganlah kita alpa akan cinta kepada Maha Pencipta...

semoga kita semua dipertemukan dengan cinta sejati... setiap manusia telah ditentukan jodohnya, berusahalah dan jangan putus asa mencari cinta sejati... InsyaAllah...

sahabat dan teman... baru2 ini ila ada terbaca mengenai seorang saudari sesama islam yang menceritakan pengalaman berharganya ynag dikongsi bersama. Pengalaman beliau dalam menegakkan kebenaran dan kesucian wanita islam yang sejati... HIJAB atau bertudung...saya kagum dengan saudari yang blh sya gelar kakak... beliau mencari dan berusaha ... alhamdulilah usahanya memberikan jawapan kepada perkara yang pernah saya sendiri ragukan. Ila pasti pasti saudari saudari diluar sna juga pernah tertanya-tanya mengenai isu ini...
Alhamdulilah akhirnya segala persoalan telah terjawab...memakai tudung tidak memberi sebarang masalah semasa pengambilan sinar x-ray. Jadi, insyaalah semoga, wanita islam diluar sana juga berani menyuarakannya untuk menjaga kesucian diri dan menjaga makhkota diri...
Selamanya berjuang dan maju demi kebenaran dan kesucian islam
islam sejati

Dreamworld_Fantasia

Posted by nur iman Sunday, July 19, 2009 0 comments


Ingin aku hidup dalam dunia fantasiku... hidup dalam dunia yang penuh dengan cara sendiri... kawan2 yang tercipta sendiri utkku... serta hidup dengan haiwan kesayanganku
klulah semuanya bagai mimpi...dapat aku ukirkan kebahagian diri...
namun hidup ini penuh dengan cubaan dan dugaan...jadi teruskan saja dengan segalanya...pasrah dan tawakal menempuh dugaan...
wassala

shila yang membaca sms ketawa sendirian... Namun jauh disudut hatinya,tiada pengharapan. Mereka berbalas sms sehingalah larut malam. Sehinggalah terbongkar akan rahsia hati N. N sebenarnya sayang shila hanya sebagai sahabat,tiada lebih yang lain sekadar gurauan. Dihatinya kini ada wanita lain. Shila hanya kecewa namun tiada pula ingin memutuskan persahabatan mereka. Biar apapun yang terjadi, persahabatan mereka kekal selamanya.

Namun hari-hari yang dilalui shila agak sukar untuk diterimanya. setelah ditolak cintanya, dia ragui tentang dirinya.
"adakah aku tidak baik"
"adakah aku tidak cantik"
Inilah menyebabkan ila meragui kebolehan dirinya dan keyakinan dirinya semakin menurun.Selain itu, emosi ila juga sentiasa berubah-ubah.

Setelah semester 7 dibuka, semuanya cuba dijalani seperti biasa. Namun apabila ayat-ayat yang ditaip dalam YM N sentiasa memberi harapan. Namun bagi ila cukuplah sekali...Biarlah cinta yang mekar dihatinya itu berlalu pergi dengan kenangan indah.

seperti mana caption yang tertulis di ruang N... sukar untuk memilih. Adakah shila punya harapan, ataupun ia sekadar untuk penutup cerita. Shila cuba untuk melupakan kisah cinta ini, walaupun berat namun ia perlu diterima. Cinta ini bukan milikknya, shila pasrah... Namun tidak pernah berhenti berdoa untuk mendapat kasih sejati...

-adakah shila akan menemui cinta miliknya-
nantikan episod seterusnya... adakah kisah shila dengan N akan menjadi atau shila menemui cinta baru dalam hidupnya...

Cinta Ini Bukan Milikku- episod 1

Posted by nur iman Saturday, July 18, 2009 0 comments

"shila, hang ada masalah ka", tanya su
"tiadalah...kenapa", jawab shila perlahan
"emm...muka hang tu serius sangat", tanya su lagi tidak berpuas hati

shila hanya menggelengkan kepala dan terus menghayunkan langkah meneruskan perjalanannya ke kedai makan bersama-sama teman sekolahnya. Suhaili, Shida, Safinas dan Farah merupakan teman paling akrab shila semenjak mereka bersekolah menengah lagi. Kini walaupun usia mereka telah menginjak ke 23 tahun namun persahabatan yang terjalin tetap utuh. Semasa mereka tengah makan...
"shila, hang apa citer", tanya farah
"citer apa yg hang nak dengar", tanya shila kembali
"laa...dia buat tak tahu pulak ya...", kata farah
"yelah citer apa aku nie mana faham... tak de kot", kata shila sambil ketawa
"emm... shila sporting laa semua nak tau perkembangan terbaru tentang hang" kata farah
"ok, tapi rahsia kita k... sebenarnya.. aku rasa aku dh suka salah seorang kawan baik aku kat tempat aku belajar sana", kata shila sambil tunduk malu
" yg hang pernah citer dulu tue ke?", tanya farah
"takla...emm aku panggil dia n ... dia tak le hensem mana pun, tue aku hairan kot mana aku leh suka... tapi serius le...dia mmg baik...bukan dengan aku je...tapi dgn semua orang dia baik" kata shila lagi
"jadi hg macam mana dah bgtau" tanya farah lagi
"dahle farah tak perlu tanya ...aku dah berkias cuma dia mcm dah ada orang lain" kata shila
" hang tak leh putus asa... cuba tgk tanya mana tau kot2 dia pun suka hang" kata farah
"mustahil lah... yang aku tahu... aku nak cuba lupakan cinta aku buatnya...,"kata shila perlahan
"hg nie kalau nasihat orang semua boleh...klu kebahagiaan diri... emm" kata farah
"biarlah masa yang menentukan" kata shila mematikan perbualan bab cintanya
"hang asyik tanya shila...hang pula camna?, "tanya shida kepada farah
"aku macam dulu,"sambil ketawa farah menjawab
"macam mana tue, "finas ragu-ragu...
Farah pula menjadi buruan pada pertanyaan setiap orang.
Selepas makan, mereka semua bersiar-siar di shooping complex untuk memcuci mata...kalau nak membeli...tak mampu rasanya....almaklum semuanya pelajar lagi...Kebetulan shila menghantar mesej untuk menguji kasih sayang N padanya...
If u hav 2 write a single beautiful line on my hand wt would u write?
lima minit kemudian.... ting-ting...HP berbunyi...N membalas mesej...
i love u



bersambung....

Entahlah dari mana aku dapat istilah ini... namun itulah situasi yang pernah atau akan dialami oleh semua orang kan...tak perlu menipu...kekadg apabila kita cuba menjaga hati orang lain tatkala hati kita sendiri terluka...namun apa yang perlu untuk kita khuatirkan...setiap benda kebaikan yang kita lakukan pasti dapat pembalasan yang baik...
namun saya tidak dapat pula huraikan tentang hukum menipu sunat...
Jauh disudut hati setiap insan pasti terdetik untuk kekal bahagia namun...disebaliknya kehidupan tidak pernah aman...pasti ada saja dugaan yang datang menguji sikap dan keimanan manusia... inilah cabaran dan dugaan paling besar dalam hidup manusia...
Paling pasti... setiap manusia dambakan kebahagiaan abadi...

Dreamworld_Fantasia

Posted by nur iman 0 comments

selamat datang ke dunia fantasia-shila...

Di sini saya akan cuba kongsikan bersama mengenai dunia_fantasi...
selain itu dunia realiti juga tidak akan dilupakan...selamat berkongsi cerita...
disini juga saya akan kongsi bersama nota2 pljrn jika saya ada...

mY BurF_dAtE