Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

Showing posts with label info kreatif. Show all posts
Showing posts with label info kreatif. Show all posts

Cinta Ini Bukan Milikku- episod 3

Posted by nur iman Friday, September 4, 2009 0 comments


Dua minggu telah berlalu… shila hanya mendiamkan diri… jangankan ber ym dengan si N bersms juga tidak… tapi setiap kali caption N di ym berubah shila merasa bersalah. Shila pun tidak pasti sama ada dia sudah berterus terang atau itu hanyalah suatu yang disalah erti. Tapi biarlah yang berlaku tetap akan berlaku. Apalah yang hendak dikatakan lagi bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur. Apa yang dikata sudah tidak dapat ditarik kembali kerana setiap perkataan yang lahir dari mulut bisa merobekkan hati manusia.

Walaupun hakikatnya pedih untuk melupakan seseorang hidup perlu diteruskan

“Apasal aku tgk hang macam putus cinta ja…”, Tanya si Sat

“Takla mana ada…biasa je”,Jawab shila selamba

“ooo…mustahil la…hg layan lagu jiwang yang sedih ja tue…” Tanya sat yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan shila

“hg akan tau jugak nnt, sekarang biarlah macam nie dulu…shila perlukan masa…klu hg nak tahu …” kata shila sayu

“Apa yang perlu aku tahu…cakaplah” Tanya sat

“Memang aku putus cinta…tapi cinta yang belum berputik dh terputus…bak kata org cinta tak kesampaianlah…hehehe” Jawab shila cuba belagak biasa

“ya ka sapa org tue aku kenal ka?”Tanya sat lagi

“Biarlah dulu…nnt klu dah ok skit aku citer dgn hg ye” kata shila lagi

“emm..step tau org nya…” Tanya sat perlahan

“Ya…nnt hg tau jugak…skrg biarlah camnie k…” kata shila kembali menyakinkan si sat

“emm…sabarlah kumbang bukan seekor” kata sat cuba memberi semangat

Shila kembali kedunia khayalannya sambil mendengarkan lagu mulutnya turut menyanyikan lagu sejarah mungkin berulang nyanyian tomok newboyz… lama sat menenung shila dari sisi…simpati dengan nasib temannya…jauh disudut hati sat dia hanya mendoakan semoga sahabatnya menemui cinta sejati…

Shila ber ym dengan pura sahabatnya semasa menjalani latihan industri…

Shila: pura hang tau kan susah aku nak lupakan dia

Pura: hg ada mesej h tak…

Shila: H…ooo no yang aku minta hari tu…dah mesej dah

Pura: aku klu blh ikhlas nak korang berkawan…klu ada jodoh lagi bagus

Shila: aku ckp terus terang hang jangan berharap sgt k…sebab aku masih lagi susah nak lupakan seseorang yg aku syg…al maklum kisah cinta aku dgn rizal pun 5 tahun aku lupakan…tue pun sampai skrg aku msh igt dia… ni kan pula cinta baru…huhuhu

Pura: Aku nak minta pendapat hang la…

Pura menceritakan masalah yang dihadapinya. Selain berbincang pura cuba mendapatkan tips yang berkesan bagi menbantunya menghadapi masalah dalam hal peribadinya. Shila akan memberikan pendapat mengenai persamaan pengalaman yang dihadapinya. Shila cuba untuk memberi pendapat selebihnya keputusan tetap ditangan sahabatnya, Pura…

Seminggu kemudian pun berlalu… kini shila sudah dapat menerima hakikat kesulitan memaksa diri melupakan seseorang yang dicintai dalam hidupnya. Kehidupannya bertambah sukar apabila tiba-tiba tempat IPTA yang bersejarah UPSI atau Universiti Pendidikan Idris yang shila belajar sekarang istiharkan kuarantin dan diberi cuti selama lebih seminggu kerana jangkitan H1N1 secara tiba-tiba membuatkan mood belajar dan rancangan belajar shila hilang begitu saja. Rasanya bukan shila sahaja yang mengalami perasaan ini tapi semua pelajar juga mengalami perasaan yang sama…

Kini shila dapat menerima hakikat seorang kawan kerana peristiwa si N mengelarkan dirinya sombong kerana tidak menegur. Tapi apakan daya, hatiku ini masih tidak dapat menerima kenyataan lagi.

“Namun kutabahkan hati melemparkan senyuman manis buat teman…”

Shila pasrah andai N melemparkan kata-kata kejam itu pada dirinya. Andai itu takdir sebuah persahabatan biarlah ia berakhir kerana apa yang terjadi akan tetap terjadi.

Setelah lama mendiamkan diri shila semakin tabah menghadapi kehidupannya kini. Dia menegur N di YM seperti biasa. N hanya mendiamkan diri, shila tahu mungkin N malas utk melayannya, namun dicuba juga utk yang sekian kalinya. Iaitu pada 25 ogos …

N: yer

Shila: Salam

N: wsalam

Shila: saja ja tumpang lalu…marah ke?

N: Marah ler

Shila: Sejak biler chenggir nie

N: Sejak menjual kat bazaar…hahhahaha

Shila: hahhahah… nak meniaga mana blh chenggir…lari pelangggan encik N ooiii.hehhehe

N: hahhaha…tak per…janji mesra….

Shila: yerlah tue…sapa buat?

N: abg lerr

Cuba utk memperbaiki hubungan persahabatan mereka…

Shila: air asam tue…sedap la…Cuma kalau pekat sikit lagi…lagilah mantap….

Leh bt pekat skit…esk nak beli ikan keli bakar la…

N: ok jer

Shila: nak hilangkan sakit perut…ikan kelikan bagus…Cuma tak brapa minat jer…..hehehhe

N: ok jerr

Menuntut janji yang telah lama dibuat….hahhahaha

Shila: tQ…bila lagi nak belanja aiskrim dgn kami nie…hahahah kan gaji dh masuk…berniaga lagi…mesti byk untun kan

N: sabo lerr…nnt…simpan duit nak buat belanja kawin nie…

Shila mula resah apabila N mengutarakan bab ini….

Shila:waa…sama dgn ihsan laa nie…tgh kumpul duit…hehehhe…nnt kahwin tue jgn lupa jemput kengkawan palapes nie…hehehhe….leh le makan nasi minyak lama dah dok ngidam…hahahha

N: nak kahwin dgn ila leh x?

Shila:apa salahnya klu keluarga ila setuju je…ila tak kisah yg penting org tue ikhlas syg ila…hahaha keikhlasan itu penting

N: tul3

Shila cuba utk mengubah topik perbualan…

Shila: praktikum kat ne? sama dgn ihsan tue ke…kalut dia habaq praktikum dekat2 ja tue

Mungkin geram kot dengan soalan lain dari shila…N hanya menjawab selamba ja…

N: ha a….kat sg besar!

Shila: sg besar? Sek apa, si step pun dkt2 situ ka?

N: x tau agi

Shila: ooo… ila kat kuala je

N: ooo…oklah tue

Shila: yelah dkt dgn lenggong tiap2 minggu leh balik umh tok wan…

N: ok lah tue kan

Shila: a'a leh tlg jaga tokwan kat kg sian sorang2... tapi hg srnk la ada mber…. ila bt sorang je bdk IT situ...klu course lain tak tau la kan hehhehe...

N: ok ar tu… nnt ramai2 berebut… masa ngajar nnt sikit… klu sorng ttu semua di bolot… sng ckit… k jom tito

Shila: berebut...hahhaa...takut juga...tapi dh ada pengalaman bt latihan industri sendiri lu...jadi yakin diri la skit... ok... ila nak kena siapkan kira2 lu...pasnie baru tido...huhu. tido lah dulu... nitez… salam

Berakhirlah YM terakhir antara mereka…. Shila meneruskan hari-harinya sebagai kawan kepada semua orang dan belagak selamba dengan mengatakan dia dah melupakan N… Adakah wajar…tapi dihatinya masih menyimpan suatu rasa yang hanya dia mengerti… tatkala rindu melanda…dia diam menyepi namun tiada manusia mampu melawan takdir diri…dia pasrah akan ketentuan hidup ini…

Shila berSMS lagi suatu malam…

Shila: salam …sedap air asam…

N: tgkla sapa yang buat…blh jadi menantu tak

Shila: dh lama blh dah tue… menantu sapalah tue… nie nak pikat sidara ke nak pikat mak bapak sidara

N: dua-dua boleh

Berakhirlah mesej sehingga disitu sahaja… hari-lain ila masih cuba ber SMS seperti biasa namun tiada balasan jadi shila tau N cuba menjauhi darinya…

Shila dah membuka rahsia nya pada beberapa orang rumahnya…tujuannya bukan untuk mendapatkan simpati orang lain dan merebut kasih N …dia hanyalah menjalani tgjwb sebagai kawan…pandai sungguh kawannya memancing undi…

Rahsia ketiga diketahui oleh sudila…tersebutlah alkisah…. Semasa ila pulang dari kelas terserempak dengan sudila yang kebetulan dalam perjalan ke klinik seorang diri kerana kurang sihat…

“d, nak pi mana, sorang ja ka” Tanya shila kehairanan

“ya…aku mau pegi klinik baa…aku rasa mau demam niee” kata sudila dengan loghat sabahannya…

“ya ka…sorang ja…mai aku teman hang…” kata shila menawarkan diri menemani sahabat merangkap housemate

“ooo… baguslah ko kasi kawan aku…” Kata sudila sambil melemparkan senyuman manisnya

“emm ko nie d, ada je nak pancing aku” Kata shila ketawa…

“ila…leh aku tahu…ko putus cinta dengan siapa” Tanya sudila tiba-tiba…membuatkan hati shila berdetup kencang

“Tak yah tau lah d, aku dh tutup buku pun…biarlah rahsia…hg kenal juga dia sapa” Kata shila yang ingin melupakan segalanya

“alah…yalah step saja yang tahu…ko tak anggap kita kawan ka…” kata sudila sedih

Apabila kami sampai diklinik perbualan mengenai cinta berhenti seketika…Nasib baik ada senior yang membantu kami masuk jumpa doctor…klinik dah nak tutup bayangkanlah time tue dekat dengan waktu makan tengahhari mestilahkan…hehehe sudila lambat bertindak…heheh…tapi nasib kami mmg baik… semasa menunggu giliran sudila masuk berjumpa doktor…tiba-tiba….

“ila,a aku nak tau la…aku tak puas hati selagi tak tau…emm takpelah klau hg tak nak bgtau… ” Kata sudila lagi mendapatkan perhatian shila

“Alah d, hg tak habis dengan topic nie…bukan aku tak nak citer seganlah aku ko kenal jugak orang nie…” Kata ku kembali…

“sapa din kah???” Teka sudila serkap jarang…

Walaupun tepat…shila hanya geleng kepala menjawab tidak tahu…nak kata tidak seperti berbohong… diam sahaja

“Yalah ko tak nak kongsi…ila aku nak tau…ko tau tak aku suka seseorang dalam palapes…aku suka tengok gaya dia, mata dia dan stail dia…suka tgk jalah tak lebih dari itu” kata sudila lagi

“Sapa ya…nak tau juga” Kata shila tidak sabar-sabar nie

“emm” memancing shila utk mendapatkan jawapan

“k lah kalau ko citer…aku bagitau juga sapa yg aku suka…kita terus teranglah biar tiada rahsia…ok” kata shila membuat keputusan

“heheh…oklah…aku suka tgk w….stail dia…cara dia dgn mata coklat dia adoi…boleh cair hati aku lama-lama….hehehhehe”

“ooo…ko suka dia” kata shila sambil tersenyum

“ko klu jumpa dia jgn pulak senyum –senyum selain step ko yang tahu…lagipun aku suka tengok ja…tiada apa2 jugak…” Kata sudila membela dirinya

Tiba-tiba nombor sudila dipanggil masuk …

“Ya…ya lepas nie kita sambung lagi…aku citer” kata shila apabila melihat reaksi muka sudila yang sedikit kecewa kerana dia masih belum berterus-terang.

“Nanti sambung ya” Katanya melemparkan senyuman

Selepas 6 minit berlalu…

“Doktor kata apa?”Tanya shila yang jelas sedikit kerisauan

“Jom ambik ubat, aku dh nak kena serang selsema… ” kata sudila

“Banyak juga ubat ye” Shila hanya berbahasa basi ingin sudila melupakan persoalan tadi

“Jangan ingat aku dah lupa…hehhehe…. cepatlah sambung” kata sudila tersenyum sinis…

“ya…ya… baik hg teka ” shila masih cuba utk merahsiakan

“emm…san…”sambil tersenyum

“hahahha bukan…”

“mee…”tekanya lagi

“bukanlah tapi yang first sekali ko teka masa kita nak datang” kata shila sambil mentertawakan kawannya

“din ye! Kan aku dah teka tadi…ooo” sambil ketawa…

“a’a din hg panggil ja la nama panggilan dia kan N… hg pun kenal dia kan…”

“hahahha…N rupanya…..” Kata sudila tersenyum

“entahlah sejak bila aku boleh suka dia…br lagi…lepas palapes baru aku tahu…aku suka dia…hehehe…biarlah aku dh tutup buku pun…rahsia ya” Kata shila perlahan

“sapa lagi yang tahu…sat dah tahu” Tanya sudi

“sat tak tau lagi…entahlah aku risau dia ketawakan aku…sbb dulu dia pernah usik kami… emmm step dgn nad dah tahu… tapi klu tahu [un buat apa…semuanya dah berlalu…” Kata shila akhirkan cerita mengenai kisah cintanya

Cinta tidak kesampaian…kisah cinta itu bukan milikku…bisik hati shila

sambungan

Hadirnya Ramadhan Ep2

Posted by nur iman Tuesday, August 18, 2009 0 comments

"Alisya Maisyara, abang awak yang hensem tue nama apa?" tanya syawal apabila terpandang sesusuk tubuh dibelakang pokok...
"Megat Adryan Syah, napa tetiba tanya... kalau akak alisya namanya Puteri Adriana Balqis" tanya Alisya Maisyara kehairanan
"Itu abang awak ke? sama je iras mukanya dengan awak?" tanya Syawal sambil menunjuk ke arah sebatang pokok. Alisya pun mengarahkan pandangannya mengikut arah yang ditunjuk Syawal
"Astaghfirullah, Abang... napa sembunyi kat situ... Mari syara kenalkan dengan kawan syara" Terkejut AlisyaMaisyara namun masih lagi berbicara dengan lembut
Adrian yang termalu-malu segera mendekati adik kesayangannya...
Alisya bersalaman dengan abangnya serta mencium tangan seperti kebiasaanya. Syawal yang memandang hanya diam sahaja. Adryan segera mencium dahi adik kesayangannya...
"Macam nie lah adik ryan... syara buat apa kat sini... lama abang ryan tunggu tau" katanya sambil menunjukkan muka yang masam...
"Alah, syara bual dengan kawan" Kata Alisya Maisyara perlahan. Adryan yang baru menyedari Syawal masih disitu segera bersalaman
"Assalamualaikum, maaf ya saya Adryan, abang Alisya Maisyara... awak?"Tanya Adryan mencari kepastian
"Maaf, ryan. Saya Nur Syawal Hakim, emm kawan merangkap kekasih sembunyi alisya maisyara adik awak yang comel nie..."Katanya sambil ketawa...
Adryan hanya memandang adiknya meminta kepastian
"Maaflah sebab rahsiakan dari abang... Tapi Syara tak tipu kan bila syara selalu kata syara nak kuar dating"kata Alisya Maisyara membela dirinya...
"Emm ... nie abang tak suka nie...adik ryan dah pandai sembunyi..."kata Adryan pura-pura merajuk...
"alah, abang ryan kalau merajuk burukla... nie syara bagitau le...jangan la merajuk, nanti sapa nak sayang syara lagi macam abang" Pujuk Alisya Maisyara menyedari abangnya masih merajuk... Abangnyalah satu-satunya insan yang masih disampingnya dan tempat dia bermanja sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dua tahun lepas. Manakala kakaknya, Puteri Adriana sibuk menguruskan rumah tangganyabersama Megat Taufiq yang kini telah dikurniakan seorang putera yang nakal Megat Amir Syah.
"ehem... boleh abang ryan tanya syawal sesuatu tak syara?" Pinta Adryan pada adiknya
"Tanya je bang ryan, soalan cepumas apa tue...hehehe"katanya sambil ketawa...
"Syawal, benarkah awak sayang dan kasih pada Alisya Maisyara" Tanya Adryan berterus terang
"Benar Ryan, adik awak tue dah curi sekeping hati milik saya... Ryan kalau bukan umur adik awak 15 tahun dan saya baru 19 tahun dah lama saya hantar rombongan meminang..." Kata Syawal bersungguh-sungguh.
"Baguslah kalau macam tue, tahun nie awak berdua tue exam kan, jadikan percintaan sebagai pendukung kejayaan, faham... saya sebagai abang takkan menghalang.. tapi berharap sangat awak berdua nie pandailah jaga diri dan batas-batas pergaulan. Ingat dalam agama Islam segalanya mudah dan baik diamalkan dalam kehidupan seharian... Faham!" Kata Adryan lembut mengingatkan
"Terima kasih abang Ryan...sayang abang... Syara janji akan dapatkan straight A's dalam PMR nanti..." Katanya sambil mencium pipi abangnya mesra...
"Terima kasih, Ryan kerana sudi mempercayai saya..." Katanya sambil bersalaman
"Jomlah balik Syara Abang nak ke syarikat lagi... jom sayang ... esok boleh jumpa kan" Usik abangnya
Merah muka Alisya Maisyara menahan malu... dicubit lengan abangnya tanda protes... Namun kakinya ikut melangkah.. Syawal yang jauh ditinggalkan hanya melambai-lambaikan tangan...

to be continued

Hadirnya Ramadhan Ep1

Posted by nur iman 0 comments

"Syawal kenapa ya nama hang syawal?" tanya Alisya dengan kening terangkat
"Camne nak kata ye...senang cerita aku lahir awal pagi syawal, sebab tue mak dan bapa aku letak nama syawal... yg awak tue tanya kita awak tue nama awak puteri nur alisya maisyara?" tanya syawal kembali
"Kan lis dah cakap hari tue...nie mesti hang tido pe? last tau lis bagitau, lain kali malas nak citer" kata murni dengan muncung dibibirnya
"hehehe... ye ke...sorylah awak...kita nie ada kan short term memory kan cam awak pelajar pintar..." jawab syawal ikhlas
melebar senyum alisya hingga ke bibir
"senyum je ke??? ceritalah awak...kita nak dengar nie?" kata syawal
"lis kan anak bongsu... jadi abang ngan kakak sibuk cari nama... abah malas nak tgk diaorg gaduh terus je abah letak nama yang kakak lis bagi alisya dan abang lis bagi maisyara... abah dengan ibu bagi lis nama puteri nur je " katanya tersenyum manja...

tanpa diketahui ada sepasang mata yang melihat kemesraan sepasang kekasih dari kejauhan dengan hati yang panas membara...

sambungan...
nantikan cerita seterusnya...

Cinta Ini Bukan Milikku- episod 2

Posted by nur iman Sunday, July 19, 2009 0 comments

shila yang membaca sms ketawa sendirian... Namun jauh disudut hatinya,tiada pengharapan. Mereka berbalas sms sehingalah larut malam. Sehinggalah terbongkar akan rahsia hati N. N sebenarnya sayang shila hanya sebagai sahabat,tiada lebih yang lain sekadar gurauan. Dihatinya kini ada wanita lain. Shila hanya kecewa namun tiada pula ingin memutuskan persahabatan mereka. Biar apapun yang terjadi, persahabatan mereka kekal selamanya.

Namun hari-hari yang dilalui shila agak sukar untuk diterimanya. setelah ditolak cintanya, dia ragui tentang dirinya.
"adakah aku tidak baik"
"adakah aku tidak cantik"
Inilah menyebabkan ila meragui kebolehan dirinya dan keyakinan dirinya semakin menurun.Selain itu, emosi ila juga sentiasa berubah-ubah.

Setelah semester 7 dibuka, semuanya cuba dijalani seperti biasa. Namun apabila ayat-ayat yang ditaip dalam YM N sentiasa memberi harapan. Namun bagi ila cukuplah sekali...Biarlah cinta yang mekar dihatinya itu berlalu pergi dengan kenangan indah.

seperti mana caption yang tertulis di ruang N... sukar untuk memilih. Adakah shila punya harapan, ataupun ia sekadar untuk penutup cerita. Shila cuba untuk melupakan kisah cinta ini, walaupun berat namun ia perlu diterima. Cinta ini bukan milikknya, shila pasrah... Namun tidak pernah berhenti berdoa untuk mendapat kasih sejati...

-adakah shila akan menemui cinta miliknya-
nantikan episod seterusnya... adakah kisah shila dengan N akan menjadi atau shila menemui cinta baru dalam hidupnya...

Cinta Ini Bukan Milikku- episod 1

Posted by nur iman Saturday, July 18, 2009 0 comments

"shila, hang ada masalah ka", tanya su
"tiadalah...kenapa", jawab shila perlahan
"emm...muka hang tu serius sangat", tanya su lagi tidak berpuas hati

shila hanya menggelengkan kepala dan terus menghayunkan langkah meneruskan perjalanannya ke kedai makan bersama-sama teman sekolahnya. Suhaili, Shida, Safinas dan Farah merupakan teman paling akrab shila semenjak mereka bersekolah menengah lagi. Kini walaupun usia mereka telah menginjak ke 23 tahun namun persahabatan yang terjalin tetap utuh. Semasa mereka tengah makan...
"shila, hang apa citer", tanya farah
"citer apa yg hang nak dengar", tanya shila kembali
"laa...dia buat tak tahu pulak ya...", kata farah
"yelah citer apa aku nie mana faham... tak de kot", kata shila sambil ketawa
"emm... shila sporting laa semua nak tau perkembangan terbaru tentang hang" kata farah
"ok, tapi rahsia kita k... sebenarnya.. aku rasa aku dh suka salah seorang kawan baik aku kat tempat aku belajar sana", kata shila sambil tunduk malu
" yg hang pernah citer dulu tue ke?", tanya farah
"takla...emm aku panggil dia n ... dia tak le hensem mana pun, tue aku hairan kot mana aku leh suka... tapi serius le...dia mmg baik...bukan dengan aku je...tapi dgn semua orang dia baik" kata shila lagi
"jadi hg macam mana dah bgtau" tanya farah lagi
"dahle farah tak perlu tanya ...aku dah berkias cuma dia mcm dah ada orang lain" kata shila
" hang tak leh putus asa... cuba tgk tanya mana tau kot2 dia pun suka hang" kata farah
"mustahil lah... yang aku tahu... aku nak cuba lupakan cinta aku buatnya...,"kata shila perlahan
"hg nie kalau nasihat orang semua boleh...klu kebahagiaan diri... emm" kata farah
"biarlah masa yang menentukan" kata shila mematikan perbualan bab cintanya
"hang asyik tanya shila...hang pula camna?, "tanya shida kepada farah
"aku macam dulu,"sambil ketawa farah menjawab
"macam mana tue, "finas ragu-ragu...
Farah pula menjadi buruan pada pertanyaan setiap orang.
Selepas makan, mereka semua bersiar-siar di shooping complex untuk memcuci mata...kalau nak membeli...tak mampu rasanya....almaklum semuanya pelajar lagi...Kebetulan shila menghantar mesej untuk menguji kasih sayang N padanya...
If u hav 2 write a single beautiful line on my hand wt would u write?
lima minit kemudian.... ting-ting...HP berbunyi...N membalas mesej...
i love u



bersambung....

mY BurF_dAtE

let's CoUNt

PengUnJuNG

Menghitung Hari

Menghitung Waktu

About Me

My photo
-tiada yang istimewa-

Labels