Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

soal jawab berkaitan zakat

Posted by nur iman Monday, August 15, 2011

KEUNGGULAN ISLAM
HIMPUNAN SOALJAWAB BERKAITAN ZAKAT

Home
AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

ZAKAT



1)Siapakan yang sepatutnya membayar zakat fitrah bagi seorang anak perempuan yang sudah berkerja dan mampu untuk membayarnya sendiri. Adakah bapanya berhak membayarnya?

Berkenaan dgn Zakat fitrah, wajib ke atas kepala keluarga mengeluarkan zakat fitrah terhadap dirinya dan tanggungannya. Adapun jika perempuan itu sudah berdikari dan mampu (mendapat pendapatan sendiri), maka dia hendaklah mengeluarkan sendiri zakat fitrah dan zakat harta untuk dirinya sendiri.



2)Bolehkah kita memberi zakat di kalangan ahli keluarga? Contohnya kepada nenek atau pun kepada adik sendiri yang yatim?

Ia kembali kepada definasi zakat dan nafkah. Keluarga terdekat dibantu melalui nafkah, manakala kaum muslimin yg tidak ada hubungan nafkah dibantu melalui zakat. Maka nenek dan adik kandung hendaklah diberi nafkah atau bantuan peribadi bukannya zakat. (Ijma') (alMughny, 2/540-541)



3)Bolehkah diterangkan serba sedikit berkaitan zakat pendapatan dan kadar pendapatan yang wajib dizakat?
Zakat al Mal al Mustafad (zakat gaji dan upah) adalah zakat yg baru diperkenalkan dan dibahaskan secara serius di abad kita dan akhirnya barulah ia mula diterima oleh umat Islam. Antara tokoh mujtahid yg secara serius mengemukan kewajipan zakat ini ialah Prof Qardhawi (Fiqh Zakat) dan syaikh Muhammad Abu Zahrah. Malaysia memperkenalkan zakat gaji pada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksen 6A (3).
Kadar minimum gaji itu tidak ada, tapi jika gaji itu melebihi nisab 20 gm emas atau 20 dinar, maka ia dikenakan zakat 2.5%. Dalilnya: HR Ahmad, Abu Daud, Baihaqee, disahkan menurut syarat Bukhari dan hasan menurut Hafidz) "jika milikmu sudah sampai 20 dinar dan cukup satu tahun, maka zakatnya setengah dinar". 20 dinar itu menyamai 85gm emas dan jika satu gm emas bernilai semasa RM 36.00, maka kadar minima zakat ialah pendapatan melebihi RM 3060.



4)Salah satu orang yg berhak menerima zakat ialah Sabilillah. Apakah pengertiaan sebnar fisabilillah ini?

Definasi fi sabiliLlah termasuk pentafsiran dari dalil2 yg tidak qat'iy (putus). Jika anda mendapat penerangan dari fuqaha' yg membuka kitab2 lama/klasikal, fi sabiliLlah bermaksud urusan pebiayaan perang. War atau perang adalah urusan biasa di zaman silam dan kekerapan perang menuntut bajet yg besar.
Di zaman moden, bila perang sudah berkurangan, fuqaha' kontemporer membuat definasi yg lebih luas tentang fi sabiliLlah kerana perang zaman moden ini ialah perang maklumat, propaganda, sibaran, penyibaran Islam secara aman di negara2 bukan Islam. Tetapi di sana-sini, masih ada mujahidin Islam yg masih berperang misalnya di Chechnya, Kasymir, Palestine yg memerlukan dana zakat fi sabiliLlah. Definasi fi sabiliLlah yg lebih luas merangkumi maslahat dan kebajikan umat Islam definasi yg di pelopori oleh Imam Rashid Ridha (Tafsir alManar 10, 504) dan Siddiq Hasan Khan (Fathul Bayan, 4/151)


5)Apakah dibolehkan terus mengagihkan zakat untuk asnaf fi sabiliLlah tanpa melalui Badan Khas Zakat (PPZ) yg mentadbir zakat?
Madzhab Syafi'iy dan Hanbali mengharuskan anda mengagihkan sendiri tapi jika ditegah oleh Pihak Berwajib, maka anda hendaklah akur dan menyerahkan kepada Badan Zakat kerana mereka lebih khusus dalam urusan takmir zakat (Mughny, 2/642), Majmu' (6/161)
Jika anda ingin mengagihkan sendiri zakat anda pada mesjid sebagai asnaf fi sabiliLlah, ia tidak memerlukan akad kerana tiada dalil yg menyuruh berbuat demikian kecuali dalam jualbeli.



6)Bagi wang KWSP/Takaful/Insurans, yang mana ada masa dan tempoh tertentu bagi kita mengeluarkannya.
Zakat bagi skim Takaful atau Simpanan TH sudah dikeluarkan zakat. Manakala KWSP bukanlah skim simpanan syari'ah, maka zakat simpanan tidak dikeluarkan (bagi pihak anda) dan menjadi tanggungjawab pencarum mengeluarkan zakat bila simpanan dikeluarkan. Begitu juga skim insuran2 konvensional juga perlu dikeluarkan zakat bila dikeluarkan atas modal dan bukannya atas kadar faedahnya. Bagi pengeluaran KWSP, terjadi khilaf apakah dikenakan zakat bila wang itu dikeluarkan? atau perlu menunggu genap Haul? Qardhawi (FZ) berpendapat ia dikenakan zakat bila dikeluarkan kerana ia tidak memerlukan haul.

7)Sekiranya saya masih ada berhutang dengan mana2 institusi kewangan mahupun mana2 individu yang mana kalau dikira kan duit dari sumber di atas terlalu cukup untuk melangsaikan hutang tersebut. Jadi yang mana perlu diutamakan terlebih dahulu? Bayar hutang atau keluarkan zakat terlebih dahulu?

Apakah orang yg menanggung hutang dikecualikan dari zakat. Tidak menurut Syafi'iyah dan Dikecualikan menurut Hanafiah dan Fatwa Rumah Fatwa Mesir (Syaykh Hasan Makhluf)Qardhawi (FZ) berpendapat ia dilihat pada jenis hutang, apakah ia hutang berjadual (spt loan kereta atau rumah) yg dibayar untuk tempoh yg stabil misalnya 7 hingga 15 tahun, maka orang seperti ini tidak dikecualikan dari membayar zakat. Maksud hutang yg mendesak ialah jika tidak dilangsai, si fulan itu akan diisytihar muflis.



8)Apakah yang perlu kita lakukan sekiranya kita terlupa dan terlepas untuk membayar zakat fitrah?

Madzhab Syafi'iy (anNawawi, alMajmu' 6/115) dan jumhur: dia telah berdosa kerana cuai dan hendaklah diqadha'kan serta merta. Kewajipan itu tidak luput jika terlepas dari waktu yg wajib. Pentahqeeq Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) mengesahkan pendapat jumhur ini. Allahi a'alam.



9)Perlukah kita memberitahu pihak atau individu yang kita ingin memberi zakat bahawa kita berniat untuk berzakat kepadanya? ataupun ia tidak patut diberitahu seperti sedeqah?

Tidak perlu diberitahu. Inilah fatwa Imam Ahmad Ibn Hanbal ra sebagaimana yg disnukilkan oleh Ibn Qudamah dalam alMuhghny 2/647.



10)Pada masa sekarang suami saya sedang dalam bercuti tanpa gaji
kerana mengikuti saya bertugas di luar negeri. Sepanjang tempoh ini
beliau tidak memperolehi pendapatan. Tetapi apabila sampai waktu
membayar fitrah, suami saya wajib membayar fitrah. Adakah sah fitrah
kami kerana suami saya membayar fitrah dengan menggunakan duit
pendapatan saya sedangkan niat semasa membayar zakat ialah 'inilah
fitrah bagi diriku dan tanggungan-tanggunganku', memandangkan suami saya
di bawah tanggungan saya buat masa ini. Jika sah, Alhamdulillah dan
sekiranya tidak, dapatlah kiranya ustaz berikan caranya agar fitrah kami

diterima Allah.

Imam Ibn Qudamah al Hanbali (al Mughni, Jld 3, ms 70): Zakat itu wajib atas
dirinya dan gugur kewajipan mengeluarkan zakat atas suaminya.

Imam Nawawi dalam al Majmu' Jld 6, ms 106, menjelaskan terdapat pelbagai
pendapat dalam madzhab Syafi'iy, maka jalan keluar dari kekusutan ini ialah
sebaik-baiknya isteri yang kaya mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya
sendiri dan gugurlah kewajipan zakat untuk suaminya yang tidak mampu.

Dalam kes di atas:
isteri boleh mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya dan suaminya; atau
isteri sahaja yang mengeluarkan zakat untuk dirinya dan gugurlah kewajipan
zakat suaminya. kedua-duanya boleh.
Lihat syarah Dr Abdul Karim Zaidan dalam al Mufassal

dipetik dari:http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id77.html

0 comments

mY BurF_dAtE