Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

salam... isu batasan antara lelaki dan wanita

Posted by nur iman Monday, September 28, 2009 0 comments

apa kata anda? saya tgh cari2 artikel lagi...klu tahu bgtau...blhla sama2 kita berkongsi maklumat....

salam...cerita mengenai hari raya saya ada kat blog mutiarahati.blogspot.com

Berakhirnya Ramadhan...

Posted by nur iman Monday, September 14, 2009 0 comments


pasti sedih dengan berakhirnya bulan Ramadhan...semasa sempat inilah kita patut menghargai saat2 yang ada...semoga di bulan Ramadhan tahun ini sama2 kita mendapat keberkatannya...

entahlah sempat atau tidak kita utk menyambut Ramadhan pada tahun depan...doa2kanlah semoga kita bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini....

salam muhibbah dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri...jumpa lagi selepas raya...insyaAllah semoga kita berkesempatan berjumpa lagi...sekiranya tiada kesempatan bertemu lagi...disini saya memohon maaf kepada teman2 atau sesiapa sahaja yang pernah saya mengguris hatinya...maaflah...saya hanya manusia biasa... yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk dan salah itu datang dari saya sendiri...sekian terima kasih...kerana sudi membaca ruangan blog ini walaupun seketika...tQ

| edit post

Memilih Pasangan

Posted by nur iman Sunday, September 13, 2009 0 comments

salam...memang saya akui susah untuk mencari pasangan yang ideal atau sesuai dengan diri kita. wlaubagaimanapun kita tidak boleh elak daripada berdepan dengan masalah ini atau lebih tepat kalau saya kata suatu perkahwinan. Setiap manusia dimuka bumi ini ingin rasa dicintai dan mencintai seseorang insan dalam hidupnya. Namun dalam beberapa keadaan sesetengah orang masih tidak mampu untuk merealisasikan impian mendirikan sebuah mahligai kerana menghadapi masalah mencari pasangan hidup yang memenuhi kriteria tertentu...

Marilah kita menyingkap sedikit sebanyak yang dapat saya masukkan semasa saya membaca beberapa artikel. Sebelum saya masukkan artikel mengenai memilih pasangan, rasanya lebih dahulu saya letakkan artikel berkenaan hukum mendirikan sebuah perkahwinan...

Artikel 1: Hukum perkahwinan

Takrif Nikah :

i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.

Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut :

  • Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :

    "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

  • Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:

    "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )


  • Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.
Artikel 2: Enggan Berkahwin

Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.

Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas :

"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".

Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:

Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya.

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87)

Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas:

Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:

Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)

Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:

Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang (tanpa berkahwin). Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tenteulah kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)

dipetik daripada:http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/munakahat/nikah2.htm




Artikel 3: Hukum Berkahwin dan Fadhilatnya


Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat?


Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.


Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.


Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.
Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.


Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.


Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:
"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, Insya
Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."


Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.


Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya. Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.
Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.


Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."


Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

dipetik daripada:http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article/2-perkahwinan-mengikut-islam/6-hukum-berkahwin-dan-fadhilatnya



Artikel 4: memilih pasangan hidup


Perkahwinan dianggap dasar kepada pembentukan sebuah keluarga, masyarakat dan negara. Maka pemilihan pasangan hidup menjadi sangat penting dan kritikal. Selalu kita dengar dan lihat sebuah rumahtangga hancur berderai walaupun baru didirikan. Mungkin ada tembelang yang pecah, lalu meledak dan meranapkan sebuah perkahwinan.


Terdapat beberapa pendapat tentang jodoh. Apa yang penting bagi kita adalah usaha dan tawakal kepadaNya. Rujuklah kepada garis panduan yang telah diberikan. Semoga kita selamat dan mendapat berkat. Insyaallah.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan dapat menuntun tanganmu".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain disebutkan yang ertinya:
".......... Beruntunglah orang yang memilih kerana agamanya, kerana ia akan dapat menuntun tanganmu".


Kita semua mengetahui bahawa harta benda akan musnah. Kecantikan juga akan pudar bila dimamah usia, bila diserang penyakit atau kemalangan. Pangkat dan keturunan tidak kekal selamanya. Cuma ilmu dan ketaatan pada agama akan terus menjadi amalan sepanjang hayat.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kamu jangan berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Jangan kamu berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya kerana kekayaan akan membuat derhaka. Kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya bahawa seorang perempuan pesuruh yang baik pengamalan agamanya adalah lebih baik dikahwini, sekalipun berkulit hitam dan cuping telinganya berlubang besar".


Meminang
Apabila seseorang laki-laki berhasrat untuk berkahwin , adalah digalakkan beliau mempelajari dan mengetahui akan sifat wanita solehah. Kerana yang demikian dapat membantu dalam membuat pilihan bakal isterinya.


Sebelum Meminang
Tidak menjadi kesalahan bila seorang laki-laki ingin mengenal pasti keadaan jasmani wanita (bakal isteri). Adakah dia sihat atau punya penyakit, kecacatan, gemuk atau kurusnya, putih atau hitamnya dan bagaimana raut wajahnya. Untuk keperluan ini semua, seorang laki-laki yang betul-betul berazam untuk memperisteri seorang wanita dibenarkan melihat wanita yang dimaksud. Melihat di kala itu adalah darurah.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Jika seseorang di antara kamu meminang seorang perempuan, maka tidak mengapa baginya (tidak berdosa) melihat sesuatu dari perempuan tersebut, apabila melihatnya memang keperluan untuk meminang, sekalipun dia tidak mengetahui". (H.Riwayat Iman Ahmad)
Walaupun melihat bakal isteri dibolehkan, tidak bererti boleh melihat dengan sesuka hatinya hingga melanggar ketetapan syarak. Ia tertakluk kepada beberapa syarat:
  • Mesti disaksikan oleh salah seorang muhrim siwanita. Tidak boleh berdua-duaan saling pandang memandang.
  • Melihat wanita yang akan dipinang hanyalah setakat wajah dan tapak tangannya saja.
  • Dengan melihat pada tapak tangannya dapat diketahui apakah wanita itu berbadan besar segar atau tidak, halus atau kasar. Dengan melihat pada wajahnya dapat diketahui apakah wanita itu cantik atau tidak. Cuma itu saja dapat dilihat.
Dalam hadis lain disebutkan: Ertinya:
"Apabila seseorang di antara kamu meminang perempuan, jika ia dapat melihat apa yang menarik sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu". (H.R.Ahmad dan Abu Daud)
Melihat wajah wanita dan telapak tangannya dapat dilakukan sendiri oleh lelaki yang akan meminang dengan syarat seperti di atas.Hal-hal lain seperti tutur kata, akhlak dan hal-hal lain yang perlu tentunya susah dilakukan oleh lelaki. Dalam hal-hal ini dia boleh mengutus wanita dari kalangan keluarganya untuk merisiknya. Wanita yang dipercaya itu akan bergaul dan mengenali calon isteri dari dekat dan seterusnya dapat memberitahukan pada pihak laki-laki apa-apa
maklumat yang diinginkannya.


Syarat-syarat Wanita Yang Dipinang
a. Bukan Pinangan Orang Lain
Meminang wanita yang telah dipinang oleh laki-laki lain hukumnya haram di sisi syarak. Kerana yang demikian itu dapat merosakkan persaudaraan dan menyakitkan hati orang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya:
"Seseorang laki-laki tidak boleh meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya (orang lain sesama muslim) sebeulum laki-laki yang meminang terdahulu meninggalkannya (telah putus hubungan pertunangan), atau tunangan terdahulu itu mengizinkannya". (H.R. Bukhari)
Apabila diketahui bahawa tunangan terdahulu sudah jelas tidak menghendakinya lagi, atau sudah putus hubungan pertunangan, maka lelaki lain boleh meminang tanpa izinnya.
b. Bukan Wanita Yang Ditalak Tiga Oleh Dirinya
Lelaki yang telah mentalak tiga terhadap isterinya, dia tidak boleh meminang lagi bekas isterinya, sehinggalah wanita tersebut telah bertahallul (dikahwin oleh laki-laki lain kemudian dicerai setelah disetubuhi). Apabila masa iddahnya telah habis maka bekas suami pertama boleh meminangnya semula.
c. Bukan Pada Masa Iddah
Tidak boleh (haram) meminang wanita yang sedang iddah bukan darinya. Tetapi bila wanita sedang iddah bukan talak raj'iy seorang laki-laki boleh meminangnya dengan cara ta'ridh (sindiran). Jadi tidak boleh meminang secara berterus terang. Contoh pinangan degnan ta'ridh adahal; "Engkau lawa' atau "Ramai orang yang sukakan engkau' dan lain-lain. Talak Raj'iy ialah talak satu atau dua, jadi masih ada kemungkinan bagi sisuami merujuk isterinya semula. Wanita
yang ditalak raj'iy tidak boleh dipinang secara ta'ridh apa lagi secara terang-terangan (tasrih). Merahsiakan Pinangan Pinangan sebaiknya dirahsiakan dari diketahui oleh orang ramai, gunanya untuk mengelak sesuatu yang tidak diinginkan. Hal ini untuk menjaga kehormatan siwanita itu sendiri seandainya suatu hari kelak pertunangan itu putus atau untuk mengelakkan fitnah-fitnah yang lain.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Umumkan perkahwinan dan rahsiakan pertunangan".

dipetik daripada: http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article/2-perkahwinan-mengikut-islam/7-memilih-pasangan

Salam...saya terfikir ingin meletakkan artikel berkenaan solat istikharah kerana banyak lagi dikalangan kita masih ragu-ragu dalam membuat keputusan yang terbaik dalam hidup...bukan anda sahaja mengalami masalah ini saya juga mengalami masalah yang sama...biasalah dugaan dan ujian hidup dari Allah mematangkan dan memberi hikmah kepada kita manusia hamba yang lemah...

InsyaAllah daripada artikel yang saya baca ini...harap-harap dapatlah kiranya kita sama-sama belajar dan membantu saudara-saudari yang menghadapi masalah membuat pilihan...

solat istikharah boleh dilakukan ketika kita runsing dalam menentukan yang mana pilihan terbaik untuk kita ambil dalam kehidupan. Termasuk urusan jodoh, pekerjaan dan perkara-perkara lain yang memerlukan kita membuat pilihan...

InsyaAllah semoga pilihan kita adalah tepat dan diRahmati Allah....
InsyaAllah

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.



Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala



Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah



"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."


ARTIKEL 1

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.Gambar Hiasan

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Untuk maklumat tentang solat istikharah sila rujuk pautan berikut :

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543882

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&id=3218

http://id.wikipedia.org/wiki/Shalat_Istikharah

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=103&Itemid=99


DIRUJUK DARIPADA: http://webblog.myjodoh.net/2007/11/13/kuasa-hebat-solat-istikharah-dalam-memilih-jodoh/



ARTIKEL 2

Oleh: Ismail Abu Bakar
(Petikan dari http://darussyifa.org/index.php)

dilemma.jpgBila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

doaistikharah.jpg

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

DIPETIK DARI:http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/betapa-pentingnya-solat-istikharah-dalam-kehidupan-harian-kita/



sOAl jAwAb


Ditulis oleh nisrina
Monday, 24 November 2008

Assalamulaikum Ustaz,

Saya ada soalan tentang solat sunat istikharah.Ada seorang ustaz beritahu saya utk solat sunat istikharah,kita boleh gunakan kertas (yg digulung) & letak bawah sejadah.Selepas siap doa,kita pilih kertas yg tergulung utk lihat hasil istikharah.Ustaz tersebut suruh buat 3 kali.

Soalan saya :

1. betul ke kaedah itu?
2. Apakah kaedah paling baik utk dpt ilham/petunjuk Allah apa yg harus di pilih?Gerak hati kadang2 bercelaru,mimpi tak nampak apa2 petunjuk.

Terima kasih.



....

w.salam

Apa yg diajar kepada kita oleh Nabi saw cara mengerjakan solat istikharah ada cara terbaik sebagaimana yang datang dalam hadis2 yang soheh dan baginda tidak menyuruh melakukan seperti tersebut.

Lakukanlah solat seperti biasa dua rakaat dan selepas salam berdoa kepada Allah dengan doa yang diajar oleh baginda saw yaitu :



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."



kemudian jika perkara itu baik maka akan terasalah dalam hati cenderung kepada melakukannya insyaAllah dan jika tidak terasa apa2 maka sunat diulang2 akan solat tersebut.



wallahua'lam

dipetik dari:http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/solat-sunat-istikharah.html

ikhtikaf

Posted by nur iman Friday, September 11, 2009 0 comments

salam...sebenarnya saya kurang pasti maksud sebenar ikhtikaf... tapi apabila kerap terdengar semasa tazkirah disampaikan semasa solat terawih sya lagi pening yang saya tahu berdiam dan dilakukan pada 10 hari terakhir Ramadhan... jadi tergeraklah hati sya untuk mencari maklumat di artikel di sesawang2 nie...

marilah sama2 kita memahami dan menambah ilmu dari sehari ke sehari...semoga hari ini adalah lebih baik dari kelmarin...dan esok adalah lebih baik dari hari ini...

InsyaAllah...

Artikel 1

IKTIKAF


Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa, dengan mengerjakan segala apa jua suruhannya dan meninggalkan segala apa jua larangannya. Dengan cara ini kita akan mencapai ketenangan, keselamatan, kebahagian di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang berbahagia,
Setiap orang yang hidup di dunia ini mahukan ketenangan dan kesenangan. Tiada siapa pun yang mahukan hidupnya rungsing, gelisah dan menghadapi berbagai-bagai masalah. Dalam menghadapi masalah ini, umat Islam sangat beruntung dan bertuah kerana Islam sentiasa membimbing dan menunjukkan umatnya jalan selamat yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi, tetapi terpulanglah kepada kita samada mahu mengikut atau sebaliknya.

Islam menyediakan banyak jalan bagi umatnya untuk mencari ketenangan jiwa yakni mengurangkan perasaan yang tidak senang yang bersarang di hati atau di jiwa individu.

Ketenangan hati bagi seseorang insan adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya, yang sepatutnya tidak diabaikan bahkan hendaklah dijaga dan dipelihara, kerana itu pohonlah kepada Allah Subhanahu Wataala supaya dikurniakan hati yang tenang, jauh dari ketegangan.

Banyakkanlah berzikir kepada Allah Subhanahu Wataala, memuji, memohon keampunan dan keredhaannya. Itulah cara mendapatkan ketenangan. Jangan mencari ketenangan dengan perkara yang dilarang dan diharamkan oleh Allah Subhanahu Wataala seperti memakan dadah, meminum arak dan bermacam-macam lagi kemungkaran yang ditegah dan dilarang, kerana semua itu bukan jalan penyelesaian masalah tetapi sebaliknya akan mendatangkan masalah dan padah terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat bahkan negara.

Salah satu cara dan penawar bagi mengubati jiwa dan hati ialah dengan banyak-banyak mengingat Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala di dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 :

Tafsirnya :
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah! Hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.

Cara yang mudah dan ringan untuk memperolehi ketenangan ialah dengan jalan beriktikaf.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Iktikaf bererti : Diam (berhenti) dalam masjid dengan niat dan cara yang tertentu, khususnya beribadat terutama pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Manakala jika seseorang itu duduk sahaja di dalam masjid, tanpa berniat iktikaf, maka perbuatan tersebut tidaklah dikira iktikaf.

Apabila seseorang itu beriktikaf dengan tulus ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala dengan niat bagi mendapatkan ketenangan, Insya Allah, Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ketenangan jiwa untuk menghadapi hidup ini.

Oleh itu, sebelum melangkahkan kaki ke masjid untuk beriktikaf, maka kita hendaklah mempersiapkan diri kita secara zahir dan batin dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wataala.

Perlulah diketahui bahawa amalan-amalan yang sangat baik untuk dilakukan semasa beriktikaf ialah sembahyang, berzikir, bertahlil iaitu mengucap ‘La ilaha illallah’, bertahmid iaitu mengucap Al-hamdulillah, bertasbih iaitu mengucap Subhanallah, berdoa, membaca Al-Quran, belajar, mengajar dan sebagainya. Itulah di antara cara bagi melatih jiwa dan fikiran untuk mengingati Allah Subhanahau Wataala.

Sidang Jumaat yang berbahagia,
Beriktikaf adalah merupakan amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam khususnya di waktu bulan ramadhan, kerana beribadat ketika itu sangat tinggi nilainya dan besar ganjarannya di sisi Allah Subhanahu Wataala, lebih-lebih lagi dilakukan pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya :
Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata : Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.

Sidang Jumaat sekalian,
Iktikaf itu mempunyai banyak hikmat yang tertentu di antaranya ialah:-

Pertama :
Mendatangkan ketenangan kepada fikiran dan jiwa dari bermacam-macam kesibukan dan boleh merehatkan seluruh anggota badan dari kepenatan dan keletihan.

Kedua :
Dari segi rohani : ia akan mendorong kita supaya memikirkan kelemahan diri dan merenung tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu Wataala kerana dengan jalan demikian akan mendekatkan kita lagi kepada Allah Subhanahu Wataala.

Ketiga :
Iktikaf boleh mendidik diri kearah jiwa Muthma’innah ( jiwa yang tenang ) dan tidak tunduk kepada dorongan hawa nafsu, sebaliknya tunduk dan taat kepada Allah Subhanahu Wataala dengan akal yang sihat.

Keempat :
Iktikaf juga akan meningkatkan iman dan takwa kerana dengan memperbanyakkan ingat kepada Allah Subhanahu Wataala sahajalah kita akan gementar dan terasa kebesaran Allah Subhanahu Wataala.

Wahai kaum muslimin,
Sekarang kita telah berada penghujung di bulan Syaaban dan tidak lama lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan iaitu bulan yang diwajibkan kita berpuasa. Apa yang ingin kita ingatkan sebelum menjelangnya bulan Ramadhan akan datang ini ialah apakah kita masih mempunyai qada’ puasa yang lalu yang belum dilaksanakan, jika ada, maka tunaikanlah hutang-hutang puasa itu semasa kita masih sihat dan bertenaga ini, jangan sampai ditangguh-tangguh tahun demi tahun dan akhirnya sehingga ajal menjemput kita.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah ayat 125 :

Tafsirnya :
Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan berfirman: Bersihkanlah rumah ku (Kaabah dan Masjidil-haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang ruku’ dan sujud
.

sumber dari:http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1424/Syaaban/21.htm

Artikel 2

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Iktikaf bermaksud bertafakur dalam masjid mencari keredaan Allah S.W.T.

Jenis-jenis iktikaf

Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.

Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."

Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf

  1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
  2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)

  1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
  3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
  4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf

  1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
  2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
  3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
  4. Haid atau Nifas
  5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
  6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).

Artikel 3

Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID

Sedar atau tidak, amalan iktikaf di masjid pada bulan Ramadan bagi sesetengah kalangan masyarakat Islam di Malaysia sudah menjadi tidak begitu popular lagi. Padahal al-Quran menyebutnya beberapa kali, walaupun tidak dalam bentuk kutiba (diwajibkan - seperti dalam perintah puasa, qishash, dan wasiat) atau fi’il amr (kata kerja perintah - seperti solat, haji, berperang, dan sebagainya). Dalam kitab-kitab hadis juga banyak membicarakan bab khusus tentang iktikaf ini.

Wahbah az-Zuhaili, guru besar fiqh Universiti Damsyik merumuskan bahawa yang menjadi tujuan iktikaf itu adalah membersihkan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t serta menghentikan aktiviti keduniaan pada waktu-waktu tertentu semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Oleh hal yang demikian itu, dianjurkan iktikaf dilakukan dalam keadaan berpuasa, bagi mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t.

Ketika Nabi Ibrahim a.s berjaya menunaikan beberapa perintah Tuhan, termasuk di antaranya mendirikan Baitullah (Kaabah) bersama puteranya, Ismail- Tuhan lalu memerintahkan kepada kedua-duanya agar tetap menyucikan rumah Allah tersebut bagi melaksanakana tiga kegiatan ibadah. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam (tempat berdiri) Ibrahim sebagai tempat solat. Dan kami telah membuat janji dengan Ibrahim dan Ismail agar menyucikan rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk, dan yang sujud.” (al-Baqarah: 125)
Ayat ini jelas menyebut bahawa salah satu fungsi tempat ibadah ialah iktikaf. Namun, kini di manakah fungsi itu berada? Hampir kita tidak menemuinya lagi. Bahkan ada sebahagian pengurus masjid melarang orang untuk beriktikaf. Iktikaf mereka dibolehkan, tetapi dalam pengertiannya yang sangat sempit, iaitu sekadar berdiam sejenak. Padahal Nabi jelas telah mencontohkan iktikaf selama sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan. Menerusi surah al-Baqarah telah diterangkan secara terperinci pelaksanaan puasa beserta hal-hal yang berkaitan dengannya juga jelas berhubung kait dengan masalah iktikaf ini. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu. Mereka adalah pakaian bagi kamu dan kamu (juga) pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan diri, kerana itu Dia menerima taubat dan memaeafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang Allah telah tetapkan bagi kamu; makan minumlah hingga terang bagi kamu (perbezaan antara) benang putih dan benag hitam, di waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam. Tetapi janganlah kamu mencampuri mereka (isteri kamu) sementara kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah larangan Alah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikanlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia, mudah-mudahan mereka bertakwa.” (al-Baqarah: 187)
Membicarakan persoalan ini, banyak hadis Nabi dapat kita temui dalam kitab Bukhari-Muslim yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Anas, dan Aisyah seperti berikut ini:
“Bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w melakukan iktikaf di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sejak tiba di Madinah sehingga baginda wafat.” (Riwayat. Bukhari-Muslim)
Riwayat lain menyebutkan:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w melakukan iktikaf di sepuluh hari kedua daripada bulan Ramadan dan sepuluh hari terakhir bulan tersebut. Baginda terus melakukan amalan ini hingga akhir hayatnya. Kemudian amalan tersebut dilanjutkan oleh isteri-isteri baginda.”
(Kalau hadis ini benar, bererti ada dua kemungkinan waktu iktikaf Nabi s.a.w. Pertama, baginda beriktikaf selama dua puluh hari terakhir daripada bulan Ramadan. Kedua, Nabi s.a.w kadangkala melakukannya di sepuluh hari kedua dan kadangkala pula di sepuluh hari terakhir)
Nabi s.a.w menganjurkan sambil mengamalkan iktikaf di masjid dalam kerangka perenungan dan menyucian jiwa. Masjid adalah tempat suci. Segala aktiviti kebajikan bermula di masjid. Di masjid pula seseorang diharapkan merenung tentang diri dan masyarakatnya, serta dapat menghindar daripada hiruk-pikuk yang menyesakkan jiwa dan fikiran bagi memperoleh tambahan pengetahuan dan pengayaan iman. Itulah sebabnya ketika melakukan iktikaf, dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan bacaan al-Quran, atau bacaan-bacaan lain yang dapat memperkaya iman dan takwa.
Memang iktikaf boleh dilakukan di mana sahaja. (Sebelum diangkat menjadi Rasul, Nabi Muhammad s.a.w melakukannya gi Gua Hira). Bagaimanapun, berdasarkan sunnah yang ditunjukkan Nabi s.a.w di sepanjang hidup baginda di Madinah, baginda terus melakukannya di masjid.
Penekanan masjid sebagai tempat iktikaf menjadi amat penting mengingatkan tempat tinggal Nabi s.a.w sesungguhnya bersambung dengan masjid. Ertinya, seandainya masjid tidak begitu penting dalam hal tempat, maka Nabi s.a.w boleh sahaja memperbanyak (melakukan dengan tekun) ibadah di masjid, tetapi kemudian istirahat dan tidur di rumah. Namun, nyatanya Nabi tidak melakukan itu. Itu tandanya bahawa masjid adalah satu-satunya tempat yang boleh digunakan untuk iktikaf. Tentu saja selama masjid tersebut memiliki kemudahan yang memungkinkan orang untuk tinggal beberapa hari di situ; misalnya tandas, bilik mandi, bilik persalinan atau tempat menukar pakaian, dan sebagainya.
Ingatlah bahawa iktikaf bukannya wahana untuk berdiskusi, apalagi untuk berbual kosong. Juga bukan tempat istirahat atau tidur. Tidur dilakukan untuk sekadar menjaga keadaan tubuh agar tetap sihat. Iktikaf adalah wahana untuk bersungguh-sungguh dalam mengintrospeksi diri atau ber-fastaniqul khairat (berlumba-lumba) dalam memperbanyakkan ibadah.
Pernahkah kita terfikir untuk mengambil cuti bekerja untuk beriktikaf? Pertanyaan ini tampak ganjil. Namun, ganjil bukan bererti salah. Banyak perkara yang selalunya dianggap ganjil tetapi kini diterima sebagai suatu kebenaran. Sebelum ini kita hanya mengambil cuti rehat ketika untuk bersama keluarga. Demikian juga ketika untuk balik kampong menjelang hari raya. Itu sama sekali tidak salah. Apa yang penting semua itu boleh memberi kebahagiaan kepada diri dan keluarga. Namun, jika difikir-fikir secara mendalam, apakah semua ini tidak boleh dilakukan sebelum hari raya sehingga harus mengorbankan momentum ibadah yang amat penting dan yang hanya datang sekali dalam setahun itu? Mengunjungi orang tua dan sanak keluarga boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, iktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan tidak dapat dipindah pada waktu yang lain.

Dalam hal ibadah ini, kita harus mencontohi Nabi s.a.w. Pernahkah kita mendengar Nabi dan para sahabat membuat persiapan untuk pulang ke kampungnya di Mekah menjelang Aidil Fitri? Nabi juga manusia biasa, pasti ada kerinduan kepada kampung halaman dalam diri baginda. Tetapi mengapa baginda memilih untuk tinggal di masjid? Ini adalah kerana alasan spiritual dan iktikaf merupakan sebahagian daripada syariat. Seandainya kita dan keluarga pernah merasakan betapa indah ibadah ini (iktikaf), nescaya kita akan berlumba-lumba memohon cuti untuk melaksanakan ibadah iktikaf itu.

Malam Qadar yang ditemui atau yang menemui Nabi s.a.w pertama kali baginda menyendiri di Gua Hira, merenung tentang diri sendiri dan masyarakat, saat jiwa baginda telah mencapai tingkat kesucian, turunlah Ar-Ruh (Jibril) membawa ajaran dan membimbing baginda sehingga terjadilah perubahan keseluruhan dalam perjalanan hidup baginda, bahkan perjalanan hidup umat manusia. Kerana itu pula baginda mengajarkan kepada umatnya, dalam rangka menyambut kehadiran Lailatul Qadar itu, antara lain adalah melakukan iktikaf.

Mengapa Nabi s.a.w memilih iktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan, bukan pada sepuluh hari terawal. Alasannya, mungkin berkaitan dengan kedudukan puasa Nabi s.a.w yang kian hari kian meningkat dan alasan kedua kerana ia berkaitan dengan Lailatul Qadar. Sebenarnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar tidak cukup dengan kesungguhan beribadah pada malam itu sahaja. Ibadah harus dirintis dari awal. Sehnigga kita bersedia dari segi persiapan rohani untuk menerima kedatangannya.

Meskipun iktikaf dapat dilakukan pada bila-bila masa sahaja, dan dalam waktu beberapa lama – bahkan pada pandangan Imam Syafie, walau sesaat selagi disertai niat yang suci – namun Nabi s.a.w sering melakukannya pada sepuluh hari dan malam terakhir bulan puasa. Di sinilah baginda bertadarus, merenung diri sambil berdoa.

Salah satu doa yang sering baginda baca dan hayati terkandung dalam surah al-Baqarah, yang bermaksud

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada seksa neraka.” (al-Baqarah: 201)

Doa ini bukan sekadar bererti permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat, tetapi ia lebih-lebih lagi bertujuan untuk memantapkan langkah dalam usaha meraih kebajikan, kerana doa mengandung erti permohonan yang disertai usaha. Permohonan itu juga bererti usaha untuk menjadikan kebajikan dan kebahagiaan yang diperoleh dalam kehidupan dunia ini, tidak hanya terbatas di dunia, tetapi berkesinambungan hingga ke hari kemudian kelak.

sumber:http://islamhadhari.net/?p=852

Artikel 4

Ramai yang bertanya tentang adakah boleh wanita beriktikaf di rumahnya untuk sepuluh malam terakhir ramadhan ini? adakah ia boleh mendapat pahala seperti iktikaf lelaki di masjid?

Jawapannya:

Imam Abu Hanifah & Imam Sufyan At-Thawry mengatakan wanita boleh dan sah beriktikaf di rumahnya dan mereka mendapat pahala sebagimana lelaki di masjid. bgmnpun perlu dingat, mereka perlulah menjaga tertoib dan adab iktikaf jika ingin perbuat di rumahnya.

Walau bagaimanapun, Imam As-Syafie dalam ijtihadnya, berpandangan wanita tidak boleh beriktikaf di di rumahnya. Kerana ayat al-Quran umum menyebut " dan kamu semua beriktikaf di masjid-masjid" ( al-Baqarah : 187 )

Demikian juga pandangan mazhab Hanbali dan Imam Malik. ( iaitu tiada iktikaf kecuali di masjid yang didirikan kahs untuk solat kepada Allah) . Imam Ibn Quddamah di dalam kitab al-muhghni menyebut, antara dalilnya juga adalah Nabi SAW ketika di minta oleh isteri-isterinya untuk beriktikaf di masjid, maka Nabi SAW mengizinkannya , maka jika rumahnya yang dijadikan wanita sbg tempat solatnya boleh di jadikan tempat iktikaf, maka mengapakah Nabi SAW mengizinkan mereka ke masjid, bukankah terus sahaj Nabi mengizinkan mereka beriktikaf di rumah. Malah jika, iktikaf di rumah lebih elok, sudah tentu nabi akan memaklumkannya kepada para wanita.

Selain itu, ini kerana iktikaf itu adalah ibadat qurbah (yg hampirkan diri dgn Allah), seperti Tawaf, yang memerlukan lelaki dan wanita ke kaabah untuk tujuan tawaf. Demikian juga Iktikaf. ( Al-Mughni, 4/262)

Maka pandagan yang lebih kuat adalah di masjid, manakala pandangan abu hanifah dan thawry boeh diamalkan di ketika sukar ke masjid dan tidak diganggu oleh anak-anak di rumah yang menyebabkan boleh terganggu tujuan iktikaf itu. Selain itu, syarat-syarat iktikaf juga sukar di tepati jika dibuat di rumah dalam banyak keadaan.

Dan apabila wanita beriktikaf di masjid, adalah perlu untuknya menggunakan tirai

yang lebih sebagai mengikuti cara isteri-isteri Nabi SAW dan menutup aurat mereka dengan lebih berkesan.

Iktikaf di Surau

Disepakti oleh para Ulama bahawa tempat yang paling elok beriktikaf di 3 masjid utama Islam ( masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa, di tangga seterusnya dari sudut keutamaan adalah mana-mana masjid yang didirikan solat jumaat. Imam Ibn Quddamah menyebut, ini adalah kerana berjemaah di dalamnya juga adalah lebih pahalanya. Demikian juga menurut Imam As-Syafie. Manakala berikutnya adalah semua masjid walaupun tidak didirikan Jumaat.

Bagaimanapun, kebanyakan ulama hanya mengiktiraf masjid yang didirikan solat jumaat sahaja untuk dijadikan tempat beriktikaf. Demikian juga yang disebut oleh Prof Dr. Syeikh Husam, prof Shariah dari Palestin. Wallahu 'alam.

Sekian,

ust zaharuddin abd rahman

sumber:http://www.zaharuddin.net/content/view/238/97/

email top 10 carta

Posted by nur iman 0 comments

salam, saya ada terima email dari member berkenaan top 10 carta...igtkan apa...tapi ini pesanan ringkas tapi biarpun ringkas isinya sangat memberi makna yang berkesan pada kita terutamanya umat Islam

saya lampirkan disini...sama2 kita tgk...dan sampaikan pesanan

Speak good, or remain silent.
CARTA TOP 10

JASA ANDA DI DUNIA ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri- duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu...
8. Menyakiti hati orang dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ".
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.
Jazakallahhukhairo.

malam pertama

Posted by nur iman Thursday, September 10, 2009 0 comments

salam sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut silalah baca di sini...

">http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/05/07/malam-pertama-itu-indah-dan-asyik/


oleh saudara muhtar suhaili...bagus jugak pengisiannya...mula nak copy juga...tapi hak orang jadi saya sarankan pembaca yang berkesempatan bacalah...

baca dulu baru tahu apa yang ingin disampaikan...insyaAllah

salam... saya terbaca mengenai perkara ini dalam satu arikel di: http://dupahang.wordpress.com/soal-jawab/
minta disemaklah bersama-sama... marilah kita berkongsi ilmu yang ada...buat bekalan di akhirat kelak..kepada yang tahu mengenai website2 dibawah ini silalah memberi pendapat agar...kita sama2 dapat mencegah daripada kekeliruan dikalangan umat islam sendiri...

wasalam....


Artikel: Perhatian Kepada Umat Islam

kudus90
, di April 27th, 2009 pada 11:39 AM Kata:

Assalamualaikum dan salam sejahtera………

Saya menerima satu e.mail dari seornag sahabat. Tika pasti akan kebenarannya. Harap sahabat yang arif dapat memaklumkan akan kebenarannya. Adakah benar website dibuat untuk mengelirukan orang Islam!!!!

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!

Jika tidak…maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Waspadalah terhadap website di bawah ini:

1. http://www.answering-islam.org

2. http://www.aboutislam.com

3. http://www.thequran.com

4. http://www.allahassurance.com

Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh
kaum Yahudi

yang

senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur’an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.

hukum berdoa selepas solat

Posted by nur iman Wednesday, September 9, 2009 0 comments



Hukumnya adalah sunat.


Hadith Sahih


1. Riwayat daripada Muaz bin Jabal yang menyatakan (yang bererti) :"Wahai Muaz! Demi ALlah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah kamu meningalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu :

ALlahumma a'inni 'ala zikriKa wa syukriKa wa husni 'ibadatik

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih Imam Ibnu Hibban dan al Hakim.

2. Hadith Zaid bin Arqam yang berbunyi : "Aku telah mendengar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah berdoa setiap kali selepas solat : "ALlahumma Robbana wa robbi kulli syai in (Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al Nasaie

3. Hadith Suhaib daripada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam , katanya : "Adalah Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam apabila selesai daripada solat, akan berdoa : "ALlahumma aslih li dini - (Hadith riwayat Imam al Nasa'ie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan lainnya.

Sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar (Jilid 18/m.s 96)
dipetik daripada: http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-berdoa.html


Artikel

doa1.gif

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu”

doa2.gif

Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”

doa3.gif

Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.�

doa4.gif

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”

doa5.gif

Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”

doa6.gif

Ertinya :
“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

Penghargaan: http://cybermosque.mpsj.gov.my/soldoa.html

AL-QURAN PENAWAR TEKANAN JIWA

Sesungguhnya kitabullah yang Agung merupakan ubat segala penyakit, ubat penenteram jiwa, ubat segala kegelapan.Bahkan, ia juga merupakan penangkal segala duka lara, pencipta kehidupan sejahtera sepanjang masa, yang tidak tergoyah oleh berbagai syak wasangka dan tidak akan tergelincir oleh badai kebinggungan.

seorang mukmin jika sedang dirundung kesedihan atau ditimpa musibah, kemudian ia berlindung kepada Al-Quran dengan hati yang penuh iman, membacanya dengan fasih dan tertil, meresapi kandungan ayat-ayatnya, mengindahkan lafaz-lafaznya, membenarkan janji-janjinya mengenai kenikmatan syurga dan ancaman-ancaman mengenai kesiksaan neraka, nescaya lenyaplah kedukaannya, bahkan ia kembali bahagia dan sukacita.

dipetik dari:http://ana-solehah6511.blogspot.com/

MATLAMAT SEBUAH NAFAS

Posted by nur iman 0 comments

Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

salam ukhwah...
hari ini saya terfikir ingin berkongsi ilmu mengenai bagaimana kita dapat menegur seseorang sama ada seorang kawan, atau pun orang yang tidak rapat dengan kita tanpa perlu menyakiti hatinya...
seperti mana yang kita tahu...seharusnya kita lebih peka dan matang apabila menegur seseorang. pertama dari sensitiviti yang ada pada diri seseorang itu, bagaimana penerimaan dia setelah ditegur.. contohnya apabila seseorang itu ingin tidur pada masa yang hampir senja lebih baik kita menegur dengan cara yg lebih sopan tanpa perlu bercakap atau menjerit seolah2 mempermainkan dia...seelokknya jika kita mendekatinya dan menerangkan kenapa perlunya dia mengelakkan diri dari tidur di waktu senja...cara ini lebih mudah dan orang yang ditegur juga lebih memahami sebab perubahan perlu dilakukan tetapi kadang2 kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan, bertanya kenapa dia tidur masa senja...mungkin kerana dia sibuk menyiapkan sesuatu yang sudah sampai dateline...mmglah kita harus menasihati agar memberi kebaikan tetapi apabila berdepan dengan sesuatu keadaan kita perlu menggunakan suatu pendekatan iaitu mendekatinya dan berbicara ini lebih mudah dan mengurangkan rasa kurang senang dihati...

maaflah jika ada tersilap kata dari apa yang saya tulis. tapi sya sekadar berkongsi pendapat setelah membaca beberapa artikel. salah satu lagi jika kita ingin menegur...seharusnya kita berbicara adalah cara yang terbaik sekiranya orang itu berdekatan dengan kita supaya orang itu mengetahui niat ikhlas kita yg ingin menegur dan berkongsi ilmu yang baru... insyaAllah smoga kita saling ingat-mengingatkan dan saling pesan berpesan...

sekiranya kita ingin menegur perubahan bentu fizikal badan kawan kita bagaimana harus kita lakukan... adalah salah seorang teman saya yang sudah lamatidak bertemu tiba-tiba terus menegur perubahan pada bentuk fizikal saya... saya agak sensitif terutama apabila sy tengah makan...boleh hilang selera saya makan...itulah sebelum menegur kita harus memahami bagaimana sikap orng yg ingin ditegur...tidak salah menegur tetapi kita haruslah tahu bagaimana dan bila masa yang sesuai utk menegur seseorang supaya hatinya tidak dilukai...bukan apa Allah tidak suka kita saling bermusuh-musuhan dan saling bersengketa... tujuan atau niat kita menegur adalah supaya menyedarkan betapa pentingnya kesihatan dan kebersihan yang harus setiap insan teraokan dan amalkan dalam kehidupannya...

akhir sekali...dekatilah insan yang ingin kita tegur dan tegurlah dengan berhemah... bagaimana saya pernah bertemu dengan seorang gadis dari sabah,,,bahasa, tutur kata, gaya bercakap dan menegurnya yang cukup lembut...sekali dia menyebut nama hilang segala marah pada diri saya... betapa baik cara tegurannya...saya jugatidak pernah melihat insan ini marah...saya puji pada dia yang pandai menjaga diri...dia juga banyak berkongsi ilmu agama...semoga persahabatan antara kami kekal...sya dengar selepas praktikum dia akan berkahwin...semoga dia bertemu jodoh yang baik dan sesuai dengannya...smoga...berbahagia kawan...tQ diatas jasamu yang membatu saya selama ini...jasamu tidak mungkin kulupakan... thanks...

dibawah ini saya selitkan beberapa artikel yang saya terbaca di blog dan laman web lain...sama-2lah kita berkongsi ilmu...

salam ukhwah...

Artikel 1

KONSEP NASIHAT-MENASIHATI SUATU KEWAJIPAN

Kita adalah manusia yang memiliki kekurangan dan kelemahan dan menjadi suatu kewajipan terhadap setiap peribadi anggota jamaah atau organisasi menunjuk dan memperbaiki kesalahan di antara satu sama lain melalui konsep ini. Ia adalah satu konsep yang bertepatan dengan pengarahan Al-Quran dan As-Sunnah.

Setiap yang menasihati hendaklah memperbetulkan niat untuk memperbetulkan kesalahan dan menjauhi perkara-perkara negatif kaerana Allah dan setiap yang menerima nasihat hendaklah pula menerima nasihat dan teguran itu dengan sikap berlapang dada dan mengambil manfaat daripada nasihat demi kebaikan diri dan dakwah.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

الدين النصيحة قلنا لمن يا رسول الله قال الله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya bagi siapa wahai Rasulullah. Kata Rasulullah,: “bagi Allah, kitabnya, RasulNya dan para pemimpin kaum Muslimin dan orang-orang awam.

Dalam skop kerja dan jemaah, cara menegur dan menasihati mestilah diambil kira dan menepati adab-adab Islam agar ia bermanfaat untuk kemaslahatan kerja dan dakwah.

dipetik dari: http://back2islam-ridzuan.blogspot.com/2009/06/konsep-nasihat-menasihati-suatu.html

Artikel 2

Budayakan Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana

Oleh Ad-Dimasyqi

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.

Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merobah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang da`ei itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para da`ei ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

dipetik daripada:http://abimmesir.org/?p=31


mY BurF_dAtE