Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

Tema Hari Kemerdekaan 2009 Ke 52

Posted by nur iman Sunday, August 30, 2009 0 comments

salam... hargailah kemerdekaan kita yang sedia ada hari ini... hargailah jasa2 pejuang yang memerdekakan negara kita yang tercinta. Merdekakanlah negara anda, diri anda dan jiwa anda dari unsur penjajahan...yang penting jangan merdekakanlah pemikiran anda...

selamat menyambut hari kemerdekaan semoga merdeka tahun ini lebih dihargai dan didsambut dengan cara yang baik ...lagipun bersyukurlah kita merdeka tahun ini diraikan pada bulan yang mulia ini...bulan Ramadhan... InsyaAllah ...semoga kemerdekaan malaysia dapat dikekalkan sehingga anak cucu kita nanti....

Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan. Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Di Blog
sempena Kemerdekaan Malaysia ke-52
1 Malaysia, 1 Bendera



Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia


Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Lirik Lagu 1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia



dirujuk daripada: http://www.tintarestu.com/merdeka/hari-kemerdekaan-2009-ke-52/ dan http://blog.azhad.com/2009/08/tema-hari-kemerdekaan-2009-ke-52.html



Perkara-perkara yang membatalkan Puasa

Posted by nur iman Thursday, August 27, 2009 0 comments

Sesungguhnya pada bulan Ramadhan al Mubarak ini kita melakukan kebaikan dan memperbanyakkan amalan. Selain itu, kita perlulah menjaga puasa agar ia diterima oleh Allah SWT ...InsyaAllah...

Diharap info yang saya selitkan disini dapat membantu anda...


Soal Jawab
Soalan 1:

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Jawapan1:

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Soalan 2:

Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?

Jawapan 2:

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.

Soalan 3:

Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang
hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi
junub tersebut membatalkan puasa saya?

Jawapan 3:

Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)

Soalan 4:

Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah
kebenaran pendapat ini?

Jawapan 4:

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,
maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk soalan 19). Samalah keadaannya jika
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.

Soalan 5:

Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan
sukan renang?

Jawapan 5:

Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan
dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan 4)

Soalan 6:

Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?

Jawapan 6:

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas,
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan
tidak membatalkan puasa.

Soalan 7:

Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?

Jawapan 7:

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

Soalan 8:

Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya.
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

Jawapan 8:

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan
hidung di waktu malam.

Soalan 9:

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?

Jawapan 9:

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

dirujuk dari: www.muis.gov.sg/.../FAQ%20Perkara%20yang%20Membatalkan%20Puasa_4_.pdf -

Makna Hadiah

Posted by nur iman 0 comments

Kenapa Pening??? Hari lahir orang kesayangan anda dah hampir tiba. Tidak tahu hendak memberi hadiah apa. Diharap info yang saya masukkan di blog ini dapat membantu anda... Selamat membaca... InsyaAllah...

Makna hadiah

JAM TANGAN………

Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN………….
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG………….
Tanda mesra

RANTAI LEHER …….
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG………….
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT…………..
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN…….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG………….
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI…….
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR…..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU……………
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA……………
Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ……..
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ………
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN………
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

kiriman: “chipmunk_malaysia”

dirujuk dari: http://budriez04.wordpress.com/category/makna-hadiah/

Rahsia Warna Tali Leher

Posted by nur iman 0 comments

Ingin panduan mendapatkan tali leher yang sesuai dengan gaya seseorang diharap rujukan yang saya dapat ini membantu anda... InsyaAllah...

RAHSIA CORAK DAN WARNA TALI LEHER


RAHSIA CORAK DAN WARNA TALI LEHERTali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru.

Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah.

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam.

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu

Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.

Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.

Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang.

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

kiriman: “farhana -”

Dirujuk dari: http://budriez04.wordpress.com/category/percintaan-rumahtangga/segalanya-lelaki/rahsia-corak-dan-warna-tali-leher/


Aurat Vs Kecantikan

Posted by nur iman 0 comments

Setiap kaum hawa pastinya ingin bergaya dan mencantikkan diri. Tapi tahukah kita batas-batas aurat dalam mengekalkan kecantikan dalam diri kaum hawa... Terdapat sedikit maklumat mengenai soal jawab dan keraguan kaum hawa dalam menjadikan personaliti diri lebih anggun dan menawan seiring dengan menjaga aurat kaum hawa.Disamping kita bergaya kita masih tidak lari dari menjaga aurat diri sebagai kaum wanita muslimah sejati.InsyaAllah...


Soal Jawab

Soalan 1:
Saya ingin bertanyakan tentang aurat wanita di dalam dan di luar sembahyang. Ada orang berkata dalam sembahyang semua anggota harus ditutup melainkan muka dan kaki harus ditutup barangkali dengan stokin. Di luar sembahyang, wanita harus menutup rambutnya dengan tudung. Ada yang menyatakan leher juga harus ditutup seperti rambut ditutup.

Rahmah Mohamed
Jalan Tenteram

Jawapan:
Aurat kaun wanita yang sudah baligh ialah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Sama ada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang. Yang dimaksudkan dengan ertikata tangan di sini ialah tapak tangan termasuk belakangnya hingga ke pergelangan.

Adapun auratnya di hadapan lelaki mahramnya atau wanita-wanita Islam ialah antara pusat dan lutut jika tidak ada fitnah yang timbul manakala di hadapan wanita-wanita kafir ialah seluruh badan kecuali apa yang biasa terdedah ketika membuat sesuatu kerja, umpamanya menyinsing lengan hingga ke siku atau kain hingga ke atas sedikit buku lali. Tidak ada aurat antara suami isteri. Rambut, leher dan tengkok termasuk aurat yang mesti ditutup.

Soalan 2:
Salahkah di sisi Islam jika seseorang wanita mencantikkan paras mukanya melalui pembedahan plastik, seperti meninggikan hidung dan membetulkan pipi.


Jawapan:
Mencatikkan paras muka dengan cara yang halal dan untuk tujuan kebaikan tidaklah terlarang dalam Islam.

Cara halal umpamanya memakai bedak atau bau-bauan yang wangi atau mendandan rambut dan sebagainya. Dan tujuan yang baik pula tidak lain adalah untuk suami sendiri.
Adapun melakukan pembedahan untuk memancungkan hidung atau membetulkan pipi dan sebagainya adalah terlarang dan haram hukumnya kerana ia termasuk dalam ertikata mengubah bentuk asal yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
Larangan ini difahamkan oleh para ulama daripada firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa' ayat 118 yang menerangkan bahawa salah satu daripada galakan syaitan kepada manusia ialah mengubah ciptaan Allah.
Dalam hubungan ini juga Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
- Allah mengutuk wanita-wanita yang membuat tatu (mencacah badan dengan bentuk gambar dan sebagainya) dan orang yang minta dibuatkan untuknya. Perempuan-perempuan tukang cabut bulu kening dan yang minta dicabutkan dan perempuan-perempuan yang mengasah gigi untuk kecantikan, mereka ini mengubah ciptaan Allah. (Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat lain pula ditambah satu lagi golongan iaitu tukang sambung rambut dan yang minta disambungkan.
Adapun membuat sesuatu yang tidak mengubah kejadian asal umpamanya mendandan rambut atau mencantikkan bulu kening dengan membersihkannya sedikit tidaklah terlarang.
Begitu pula membuatnya kerana menghilangkan kecacatan yang berlaku bykan semulajadi, umpamanya kulit yang terbakar atau terkopek kerana sesuatu kejadian, maka pembedahan haruslah dilakukan kerana ini termasuk dalam ertikata berubat. Nabi s.a.w. pernah membenarkan hidung yang terpotong semasa peperangan, ruas jari yang putus dan gigi yang gugur supaya diganti walau dengan emas sekalipun.

Soalan 3:
Rambut saya telah banyak yang putih. Untuk kelihatan cantik saya gunakan pewarna untuk menghitamkannya. Apakah hukumnya perbuatan itu? Sahkah sembahyang saya dan sahkah mandi junub yang saya kerjakan?


Mariam Rik
MacPherson Estate

Jawapan:
Menghitamkan rambut yang putih bagi orang yang sudah sampai umur tua iaitu 40 tahun ke atas, adalah haram. Kecuali untuk tujuan jihad iaitu berperang pada jalan Allah bagi menggerunkan pihak musuh dengan memperlihatkan diri sebagai orang muda.

Selain daripada tujuan itu perbuatan itu tidaklah harus, kerana dengan menghitamkan rambut, ada semacam tujuan untuk mengabui mata orang yang melihatnya atau ingin menipu tentang umurnya yang sudah tua.
Adapun orang yang di bawah umur 40 tahun harus baginya menghitamkan rambutnya yang telah putih itu kerana ia memang masih muda dan tidak ada unsur penipuan di situ.
Adapun mengubah warna dengan yang lain daripada warna hitam adalah harus. Kerana biasanya seseorang itu tidak akan mengubah warna rambutnya melainkan setelah putih.
Dalam satu peristiwa pada hari pembukaan Kota Makkah, Abu Quhafah ayah Saiyidina Abu Bakar, datang berjumpa Nabi s.a.w. sedang rambut dan janggutnya seperti kabu-kabu, maka Baginda bersabda yang bermaksud: "Ubahkan ini (warna rambutnya) dan elakkan warna hitam" (Riwayat Muslim)
Dalam soal sembahyang, jika pewarna yang digunakan itu tidak najis, sahlah sembahyang itu. Tentang mandi junub pula jika pewarna itu tidak menahan sampainya air ke rambut dan tidak pula mengubah warna airnya, sahlah mandi junub itu.

Soalan 4:
Bolehkah orang-orang Islam memakai inai? Adakah memakai inai merupakan sesuatu yang merosakkan solat kita?


Siti Atikah
Marine Drive

Jawapan:
Memakai inai bagi kaum wanita adalah harus. Adapun bagi kaum lelaki tidak harus kerana perbuatan itu menyerupai kaum wanita. Kaum lelaki boleh memakai inai di rambut, kepala atau jambang dan janggut.

Memakai inai tidak merosakkan solat dan wudhuk kita kerana warnanya tidak mengubah warna air dan tidak menahan air daripada sampai ke anggota kita.


:dipetik dari Anda Bertanya Saya Menjawab (Kemusykilan Agama) susunan Syed Abdillah Ahmad Jufri::
dirujuk dari: http://www.mail-archive.com/mymasjid@mbnpp.net.my/msg47356.html

Aurat Wanita

Posted by nur iman 0 comments

Pasti ada antara kaum hawa yang masih was-was dalam soal rambut dengan lebih jelas. saya lampirkan rujukan ini buat sama-sama kita jadikan panduan dalam kehidupan sehari-hari. InsyaAllah semoga amalan ibadah kita diterima Allah SWT...

Hukum Wanita Mencukur Rambut, Membentuk Rambut Dan Menyemirnya Meniru Model Di Majalah

HUKUM MENCUKUR RAMBUT BAGI WANITA
Oleh: Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan

Pertanyaan.
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan ditanya : Tentang hukum memotong rambut ?

Jawaban
Jika menyerupai wanita kafir, maka hukumnya tidak boleh, berdasarkan hadits riwayat Ibnu Umar.

“Artinya : Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia bagian darinya”

Demikian pula apabila mecukurnya seperti lelaki, dengan mencukur pendek, atau hingga ke dua telinga –yang biasa disebut lammah- yaitu rambut yang melampui ujung daun telinga dan belum mencapai pundak. Tidak diragukan bahwa mencukur pendek lebih besar (dosanya) daripada mencukur sebatas bawah telinga. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki, dan perbuatan tersebut merupakan dosa besar.

Apabila tidak dengan tujuan menyerupai, tetapi dengan tujuan lain yang bukan untuk berhias, seperti karena tidak mampu memelihara, atau karena terus memanjang hingga menyebabkan kesulitan baginya, maka para ulama memperbolehkan sebatas keperluan, berdasarkan pada hadits Abu Usamah bin Abdurrahman, ia berkata : “Saya menghadap ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, saya bersama saudara lelaki sesusuan. Ia bertanya kepada ‘Aisyah tentang cara Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mandi janabat. Adalah para istri-istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang rambut-rambut mereka yang seperti wafrah”. Wafrah adalah rambut yang memanjang melebihi kedua telinga.

[Zinatul Mar’ah, Syaikh Abdullah Al-Fauzan, hal. 97]

HUKUM MEMBENTUK RAMBUT DAN MENYEMIRNYA

Pertanyaan.
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan ditanya : "Ada mode tertentu yang diminati pada saat-saat tertentu, khususnya yang berhubungan dengan mode rambut yang diikuti banyak wanita, hingga rambut mereka seperti laki-laki. Atau dengan menyemirnya dengan berbagai warna, atau menjadikannya tergerai, biasaya dilakukan di salon-salon. Untuk itu mereka harus membayar antara 100 sampai 100 rial, bahkan lebih".

Jawaban.
Rambut wanita adalah keindahannya, maka hendaknya diperhatikan pemeliharannya dalam batas-batas yang diperbolehkan. Dan diharuskan untuk menutupinya dari laki-laki yang bukan mahramnya dan ketika shalat, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Allah tidak menerima shalat seorang wanita yang haidh tanpa penutup kepala".

Yang dimaksud dengan haid di sini adalah wanita yang sudah mencapai umur haidh, Adapun mencukurnya dan menjadikannya seperti laki-laki, merusak bentuknya atau menyemirnya tanpa adanya suatu kebutuhan, semua itu tidak diperbolehkan, kecuali menyemir uban dengan warna selain hitam. Ini dianjurkan. Tidak boleh pula berlebih-lebihan dalam membayar mahal untuk mengaturnya dan pergi ke salon-salon yang kemungkinan pekerjanya adalah laki-laki atau wanita-wanita kafir. Hendaknya wanita memperindah rambutnya di rumah saja karena lebih tertutup dan lebih ringan biayanya"

[Al-Muntaqa min Fatawasy Syaikh Shalih Al-Fauzan, Juz 3 hal.137]

HUKUM MENCUKUR RAMBUT MENIRU MODE DI MAJALAH.

Pertanyaan.
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan ditanya : "Apa hukum mencukur rambut dengan meniru model dari majalah-majalah barat, atau potongan-potongan yang mempunyai nama-nama khusus dan datangnya dari barat pula ? Bila mode ini telah menyebar luas di kalangan wanita muslimah, apakah masih termasuk meniru orang barat ? Apa standar untuk menentukan meniru atau bukan ? semoga Allah memberi anda berkah. Sebab ini adalah masalah kita semua.

Jawaban.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan rambut sebagai keindahan dan hiasan bagi wanita, diharamkan untuk dipotong habis kecuali karena ada kebutuhan yang mengaharuskan. Di dalam haji dan umrah mereka hanya disyari'atkan untuk memotong rambut sebatas ujung jari saja, sedangkan bagi pria disunnahkan untuk mencukur keseluruhan dalam dua ibadah ini. Ini menunjukkan bahwa wanita diharuskan memanjangkan rambutnya dan tidak memendekkannya kecuali ada kebutuhan untuk itu dan bukan untuk sekedar untuk berhias. Seperti karena ada penyakit yang mengharuskan ia memendekkan rambut, atau karena miskin dan tidak bisa mengurusi rambutnya maka ia boleh memendekkannya, sebagaimana dilakukan oleh sebagian istri Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam setelah kematian beliau.

Apabila memotongnya dengan meniru orang-orang kafir dan fasik maka tidak disangsikan keharamannya, meski mode tersebut banyak menyebar di kalangan wanita muslimat, apabila memang pada mulanya adalah 'tasyabuh' (meniru). Banyaknya mode yang menyebar tidak menjadikannya dibolehkan, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia merupakan bagian dari mereka"

"Artinya : Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai selain kami".

Batasannya, apabila perbuatan itu merupakan kebiasaan dan ciri khas orang-orang kafir maka tidak boleh bagi kita menirunya, karena meniru mereka berarti mencintai mereka secara tidak langsung. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim" [Al-Maidah : 51]

Menjadikan mereka pemimpin berarti mencintai mereka. Di antara tanda mencintai mereka adalah meniru mereka.

[Al-Muntaqa min Fatawasy Syaikh Al-Fauzan, Juz 3 hal.317]

HUKUM MEMENDEKKAN RAMBUT KARENA TERPAKSA

Pertanyaan
Lajnah Da’imah Lil Ifta ditanya : Apa hukum memendekkan rambut bagi wanita karena suatu sebab keterpaksaan, seperti di Inggris misalnya, para wanita merasa bahwa mencuci rambut yang lebat sangat menyusahkan bagi mereka di udara yang sangat dingin, karenanya mereka memendekkan rambutnya?

Jawaban
Jika memang kenyataannya sebagaimana yang anda sebutkan, maka boleh bagi mereka untuk memendekkan rambutnya sebatas kebutuhan. Namun apabila memendekkan sehingga menjadikanya menyerupai kaum wanita kafir, maka hal ini tidak diperbolehkan berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Artinya : Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia adalah sebagian dari mereka”

[Fatawa Lajnah Da’imah]

[Disalin dari Kitab Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Mar'atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, Penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, Penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin, Penerbit Darul Haq]

dirujuk dari: http://www.almanhaj.or.id/content/2380/slash/0

Keistimewaan Wanita

Posted by nur iman 0 comments

Kalau sebelum ini kita melihat mengenai kaum adam. Kita selami pula apa keistimewaan kaum hawa kerana kaum hawa mempunyai nafsu yang melebihi kaum adam... sama-samalah kita berkongsi ilmu...

Kelebihan Wanita
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

kiriman: farhana

dirujuk dari: http://budriez04.wordpress.com/category/segalanya-wanita/keistimewaan-wanita/

Pasti tertanya-tanya dalam benak kita siapakah jodoh kita. Pada siapa kita harus beri kasih sayang. Itulah yang menjadi tanda tanya selagi kita belum dimiliki secara mutlak oleh seseorang. Maksudnya sebuah alam perkahwinan. Oleh yang demikian saya rasa artikel yang saya baca seperti di bawah ini dapat membantu kita dalam membimbing dan memberi galakan pada kita dalam bab kasih dan sayang ...


PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA

Assalamualaikum,

Sebelum saya membicarakan bab pada siapa patut letak cinta ini saya ingin mengambil kesempatan merakamkan rasa dukacita tentang pemahaman bab ‘penderitaan mengundang bahagia’. Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

kiriman:farhana

dirujuk dari: http://budriez04.wordpress.com/category/percintaan-rumahtangga/pada-siapa-patut-letak-cinta/

Salam saya terbaca satu artikel dan saya terfikir ingin berkongsi dengan kawan-kawan saya. Marilah kita ikuti rahsia lelaki yang pastinya kaum adam juga pasti tidak mengetahui segalanya...

8 Rahsia lelaki

1.lelaki tidak detail dlm percakapan
COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s
his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh
mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup
mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang
(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual
(VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk
mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa
macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik
atau aksesori kereta.

COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan
sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi
terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn
demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2
tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah
lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal
praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak
mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu
pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:””eh betul ke ni?” dia pantas
memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka
bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak
digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan
seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau
hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu
pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari
hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi
ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg
ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam
tangan dan apa saja!

Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka
selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya
mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi
mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi
tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-
asalkan bukan kekasihnya.

COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat
saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan”
yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata
lelaki-lelaki lain…

dipetik daripada http://budriez04.wordpress.com/category/percintaan-rumahtangga/segalanya-lelaki/8-rahsia-lelaki/

Memiliki Jambang

wahai kaum adam adakah anda mengetahuinya??? Marilah membaca bersama-sama semoga kita mendapat sedikit maklumat mengenainya. Ini merupakan salah satu cara membezakan Kaum Adam dan Kaum Hawa... Bacalah petikan yang saya dapat dari bicara muslim... Islam adalah agamaku...Islam itu syumul...

Bab Cukur Janggut

FIQH DAN PERUNDANGAN ISLAM JILID III
Dr Wahabah Al Zuhaili


Satu rujukan utama didalam Fiqah Perundangan Islam masa kini...

Menyimpan Janggut

Perbuatan menyimpan janggut merupakan satu Sunnah yang dituntut tanpa sebarang keraguan, kerana Nabi s.a.w. telah bersabda:

Terjemahan:

Hendaklah kamu bezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat.

Sabda Baginda lagi:

Terjemahan:

Nipiskan misai dan biarkan janggut,hendaklah kamu berlainan daripada kaum Majusi.

Aisyah pula meriwayatkan

Terjemahan:

Terdapat sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah, menggunting misai, melebat dan menyimpan janggut, bersugi... .

Daripada Ibn Umar daripada Nabi s.a.w., bahawa Baginda menyuruh supaya dibuang misai dan disimpan janggut.

Menjadi amalan kebiasaan orang Majusi menggunting janggut mereka, lalu syara` melarang daripada melakukan demikian.

Ulama' Maliki dan Hanbali berpendapat, adalah haram mencukur janggut, sementara ulama' Hanafi pula mengatakan ia makruh tahrim.Yang sunat dilakukan untuk janggut ialah dibiarkan sepanjang satu cekak. Adapun membuang sehingga tinggal kurang dari itu ataupun keseluruhannya, maka tidak harus.

Ulama' Syafi'i pula mengatakan mencukur janggut adalah makruh. Imam al-Nawawi menyebut bahawa para ulama' telah menyebut 10 perkara yang dikira makruh dilakukan terhadap janggut, sebahagian dikira lebih berat hukumnya dari yang lain.

Antaranya talah perbuatan mencukurnya kecuali jika ia tumbuh pada wanita, maka sunat dicukur.

pandangan diatas adalah sahih dari satu penulisan oleh hamba Allah yang diiktiraf keilmuannnya....

Dan Dari

Halal Haram Dalam Islam Dr Yusuf Qardhawi

Memelihara Janggut

Termasuk dalam permasalahan kita ini, ialah tentang memelihara janggut. Untuk ini Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut:

"Berbedalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis." (Riwayat Bukhari)

Perkataan i'fa (pelihara) dalam riwayat lain diartikan tarkuha wa ibqaauha (tinggalkanlah dan tetapkanlah).

Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur kumis, yaitu supaya berbeda dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.

Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeda dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi maupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan.

Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membedakan dengan jenis lain.

Namun demikian, bukan berarti samasekali tidak boleh memotong janggut dimana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan bisa panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya.

Untuk itulah maka janggut yang demikian boleh diambil/digunting kebawah maupun kesamping, sebagaimana tersebut dalam hadis riwayat Tarmizi. Hal ini pernah juga dikerjakan oleh sementara ulama salaf, seperti kata Iyadh: "Mencukur, menggunting dan mencabut janggut dimakruhkan. Tetapi kalau diambil dari panjangnya atau ke sampingnya apabila ternyata janggut itu besar (tebal), maka itu satu hal yang baik."

Dan Abu Syamah juga berkata: "Terdapat suatu kaum yang biasa mencukur janggutnya. Berita yang terkenal, bahwa yang berbuat demikian itu ialah orang-orang Majusi, bahwa mereka itu biasa mencukur janggutnya."24

Kami berpendapat:

Bahwa kebanyakan orang-orang Islam yang mencukur janggutnya itu lantaran mereka meniru musuh-musuh mereka dan kaum penjajah negeri mereka dan orang-orang Yahudi dan Kristen.

Sebagaimana kelazimannya, bahwa orang-orang yang kalah senantiasa meniru orang yang menang. Mereka melakukan hal itu jelas telah lupa kepada perintah Rasulullah yang menyuruh supaya mereka berbeda dengan orang-orang kafir. Di samping itu mereka telah lupa pula terhadap larangan Nabi tentang menyerupai orang kafir, seperti yang tersebut dalam hadisnya yang mengatakan:

"Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Dawud)

Kebanyakan ahli-ahli fiqih yang berpendapat tentang haramnya mencukur janggut itu berdalil perintah Rasul di atas. Sedang tiap-tiap perintah asalnya menunjukkan pada wajib, lebih-lebih Rasulullah sendiri telah memberikan alasan perintahnya itu supaya kita berbeda dengan orang-orang kafir. Dan berbeda dengan orang kafir itu sendiri hukumnya wajib pula.

Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajiban ini. Tetapi sementara ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur janggut karena terpengaruh oleh keadaan dan memang karena bencana yang telah meluas.

Mereka ini berpendapat, bahwa memelihara janggut itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiah, bukan termasuk persoalan syara' yang harus ditaati. Tetapi yang benar, bahwa memelihara janggut itu bukan sekedar fi'liyah Nabi, bahkan ditegaskan pula dengan perintah dan disertai alasan supaya berbeda dengan orang kafir,

Ibnu Taimiyah menegaskan, bahwa berbeda dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara' ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam lahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu percobaan.

Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma' sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeda dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerusakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram.

Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada lahiriahnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan bisa berpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat dikonkritkan, dan kejelekan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan.

Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerusakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.25
Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahwa masalah mencukur janggut ini ada tiga pendapat:

1.Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.

2.Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.

3.Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian ulama sekarang.

Tetapi barangkali yang agak moderat dan bersikap tengah-tengah yaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeda dengan orang kafir.

Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah menyemir rambut supaya berbeda dengan orang Yahudi dan Kristen. Tetapi sebagian sahabat ada yang tidak mengerjakannya. Oleh karena itu perintah tersebut sekedar menunjukkan sunnat.

Betul tidak ada seorang pun ulama salaf yang mencukur janggut, tetapi barangkali saja karena mereka tidak begitu memerlukan, karena memelihara janggut waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka

and dari internet... .... satu penulisan yang agak menarik...

Hadith-Hadith Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang

Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

"Abdullah bin Umar berkata :

Bersabda Rasulullah s.a.w :

Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu".

H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Abi Imamah :

Bersabda Rasulullah s.a.w :

Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab".

Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.

"Dari Aisyah berkata :

Bersabda Rasulullah s.a.w :

Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut".

H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.

Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik.

Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka. Kemudian baginda melarang pula dari memelihara misai (kumis) kerana dengan memelihara misai kemudian mencukur janggut telah menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir.

Antara motif utama dari larangan baginda itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan sunnah supaya tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau jahiliah.

Larangan yang berupa penegasan dari syara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith-hadith baginda. Terlalu sukar untuk ditolak atau dinafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini kerana terlalu banyak hadith-hadith sahih yang telah membuktikannya dengan terang tentang pengharaman tersebut.

Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui hadith-hadith baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:

"Dari Ibn Umar ra berkata :

Bersabda Rasulullah s.a.w :

Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka".

H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.

"Dari Abi Hurairah ra :

Bersabda Rasulullah s.a.w :

Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu". H/R al Bazzar.

"Bersabda Rasulullah s.a.w :

Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka".

H/R Muslim.

"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu".

H/R al Bukhari.

Dari Abi Hurairah berkata :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu". H/R Ibn Habban.

"Dari Abdullah bin Umar berkata :

Pernah disebut kepada Rasulullah s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda :

Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka".

H/R al Baihaqi.

"Dari Ibn Umar ra berkata :

Kami diperintah supaya memelihara janggut".

H/R Muslim.

"Dari Abi Hurairah :

Bersabda Rasulullah s.a.w :

Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". H/R Muslim.

"Dari Abi Hurairah berkata :

Bersabda Rasulullah s.a.w :

Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani". H/R Ahmad.

"Dari Ibn Abbas berkata :

Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu".

H/R al Bazzar.

Jumhur ulama (ulama tafsir, hadith dan fiqah) menegaskan bahawa suruhan yang terdapat pada hadith-hadith (tentang janggut) adalah menunjukkan suruhan yang wajib bukan sunnah kerana ia menggunakan lafaz atau kalimah: ‘ "nada (gaya) suruhan" yang tegas, jelas (dan diulang-ulang).

Lihat : Adib Saleh. Jld. 2 m/s 241.

Larangan Nabi Muhammad s.a.w agar orang-orang yang beriman tidak mencukur janggut mereka dan tidak menyerupai Yahudi, Nasrani atau Majusi telah dilahirkan oleh baginda melalui sabdanya dengan beberapa gaya bahasa dan ungkapan yang jelas, terang dan tegas. Sebagaimana hadith-hadith sahih di bawah ini:

"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu".

H/R al-Bukhari dan Muslim.

"Tinggalkan cara mereka (jangan meniru orang-orang musyrik) peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu". H/R al-Bazzar.

"Tinggalkan cara Majusi (jangan meniru Majusi)". H/R Muslim.

"Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani". H/R Ahmad.

"Janganlah kamu sekalian menyerupai orang-orang yang bukan Islam, peliharalah janggut kamu". H/R al-Bazzar.

Hadith-hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mewajibkan kepada setiap orang-orang yang beriman agar memelihara janggut mereka kemudian memotong atau menipiskin misai mereka. Di samping itu mengharamkan mereka dari meniru perbuatan orang-orang kafir, sama ada golongan Yahudi, Nasrani, Majusi, munafik atau orang fasiq yang mengingkari surahan dan melanggar larangan yang terdapat di dalam hadith-hadith sahih tentang janggut dan penyerupaan sebagaimana kenyataan dari hadith-hadith sahih di atas tadi.

Begitu juga jika diteliti beberapa hadith di atas, maka antara ketegasan hadith tersebut ialah melarang orang-orang beriman dari meniru (menyerupai) perbuatan, amalan atau tingkah laku golongan Yahudi, Nasrani, Majusi dan semua orang-orang kafir, iaitu peniruan yang dilakukan dengan cara memotong (mencukur) janggut dan kemudian memelihara pula misai (kumis).

Amat jelas dalam setiap hadith di atas suruhan atau perintah dari Nabi Muhammad s.a.w agar orang-orang yang beriman memelihara janggut mereka kemudian memotong atau menipiskan misai mereka. Antara tujuan suruhan tersebut ialah supaya orang-orang yang beriman tidak menyerupai golongan orang-orang kafir tidak kira apa jenis kekafiran mereka.

Nabi telah memberi peringatan melalui hadith-hadith sahihnya kepada sesiapa yang melanggar dan mengabaikan perintah syara termauklah memelihara janggut.

Hadith dari Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tabrani yang telah dikemukakan di atas, perlu dijiwai dan dicernakan di hati setiap mukmin agar sentiasa menjadi panduan dan perisai untuk memantapkan pegangan (istiqamah) dalam memelihara hukum berjanggut. Hadith yang dimaksudkan ialah:

"Dari Ibn Umar ra berkata :

Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu".

H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani. Menurut keterangan al-Hafiz al-Iraqi dalam) bahawa sanad hadith ini sahih.

Kesahihan hadith di atas dapat memberi keyakinan dan penerangan bahawa sesiapa yang meniru atau menjadikan orang-orang jahiliah sama ada dari kalanganYahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh dan mengenepikan amalan yang telah ditetapkan oleh agama Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, maka peniru tersebut akan tetap menjadi golongan kafir yang ditiru selagi tidak bertaubat malah akan terus bersama mereka sehinggalah di akhirat. Kesahihan ini dapat dikuat dan dipastikan lagi dengan hadith sahih di bawah ini:

"Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliah".

H/R al-Bukhari.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

"Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan (mereka sehingga ke akhirat)".

Memelihara janggut adalah fitrah Islamiyah yang diamalkan oleh semua nabi-nabi, rasul-rasul a.s, para sahabat dan orang-orang yang soleh. Pengertian fitrah Islamiyah boleh difahami dari apa yang telah dijelaskan oleh Imam as Suyuti di dalam kitabnya:

"Sebaik-baik pengertian tentang fitrah boleh dikatakan bahawa ia adalah perbuatan mulia dipilih dan dilakukan oleh para nabi-nabi dan dipersetujui oleh syara sehingga menjadi seperti satu kemestian ke atasnya".

Sirah atau sejarah semua rasul-rasul dan nabi-nabi sehinggalah ke sirah Nabi Muhammad s.a.w serta tarikh semua para sahabat terutama Khulafa ar Rasyidin telah didedahkan kepada kita bahawa mereka semua didapati memelihara janggut kerana mengimani dan mentaati setiap perintah agama dan berpegang kepada fitrah yang diturunkan kepada rasul yang diutus untuk mendidik dan menunjukkan mereka jalan kebenaran.

Mereka yakin hanya dengan mentaati Nabi atau Rasulullah s.a.w dalam semua aspek akan berjaya di dunia dan di akhirat. Antara kisah nabi yang terdapat di dalam al-Quran yang disebut dengan janggut ialah kisah Nabi Harun sebagaimana firman Allah:

"Harun menjawab :

Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan pula kepalaku". TAHA, 20:94.

Para Isteri Nabi Muhammad s.a.w juga suka melihat Nabi berjanggut sehingga ada yang meletakkan minyak wangi di janggut dan jambang Nabi. Sebagaimana hadith sahih di bawah ini:

"Dari 'Aisyah Ummul Mukminin berkata :

Aku mewangikan Nabi s.a.w dengan sebaik-baik wangi-wangian pada rambut dan janggutnya". Muttafiq 'alaihi.

"Berkata Anas bin Malik :

Janggut Nabi s.a.w didapati lebat dari sini ke sini, maka diletakkan kedua tangannya di pipinya". H/R Ibn Asyakir (dalam Tarikhnya).

Di dalam kitab xxx Jld. 10, M/s. 335, terdapat teks yang ditulis:

"Memelihara janggut adalah kesan peninggalan yang diwariskan oleh (Nabi Ibrahim 'alaihis salam wa 'ala nabiyina as salatu wassalam sebagaimana dia mewariskan (wajibnya) janggut maka begitu juga (wajibnya) berkhatan".

"Dari Jabir berkata :
Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". H/R Muslim.

"Dari Mu'amar berkata :
Kami bertanya kepada Khabbab, adakah Rasulullah s.a.w membaca (al-Quran) di waktu Zuhur dan 'Asar? Beliau berkata : Ya! Kami bertanya, dari mana engkau tahu? Beliau menjawab : Dengan bergerak-geraknya janggut baginda". H/R al Bukhari.

"Dari Jabir berkata :

Kebiasaannya Rasulullah s.a.w apabila bersikat dimulakan pada rambutnya kemudian pada janggutnya". H/R Muslim.

"Dari Umar berkata :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lebat janggutnya, di riwayat yang lain tebal janggutnya dan di lain riwayat pula subur janggutnya".

H/R at Turmizi.

"Dari Anas bin Malik berkata :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila berwuduk meletakkan tapak tangannya yang berair ke bawah dagunya dan diratakan (air) di janggutnya. Beliau bersabda : Beginilah aku disuruh oleh Tuhanku".

H/R Abu Daud.

"Terdapat pada janggut (Nabi s.a.w) janggut yang putih".

H/R Muslim.

"Tidak kelihatan uban di janggutnya kecuali sedikit".

H/R Muslim.

"Rambut yang putih (uban) di kepala dan di janggut (Nabi Muhammad s.a.w) tidak melebihi dua puluh helai". H/R al-Bukhari.

Semua Para Sahabat r.a Berjanggut

Melalui keterangan yang diperolehi dari hadith sahih, athar dan sirah (sejarah para sahabat) terbukti tidak seorangpun dari kalangan para sahabat yang mencukur janggut mereka dan tidak seorangpun yang menghalalkan perbuatan mencukur janggut. Ini terbukti kerana didapati keseluruhan para sahabat berjanggut. Sebagaimana keterangan dari hadith-hadith di bawah ini:

"Didapati Abu Bakar lebat janggutnya, Uthman jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali tebal janggutnya".

H/R Turmizi.

"Berkata al-Bukhari :

Ibn Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya". Lihat: Fathulbari, jild 10, m/s 334.

"Semasa Ibn Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong".

H/R al-Bukhari.

Hadith-hadith di atas bukan sahaja menjelaskan suatu contoh perbuatan Nabi Muhammad, para nabi sebelum baginda dan juga para sahabat yang semua mereka memelihara janggut. Malah hadith-hadith di atas juga merupakan lanjutan yang berupa suruhan dari nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w meneruskan suruhan (lanjutan) tersebut ke atas orang-orang yang beriman supaya memelihara janggut mereka. Anehnya, dalam hal suruhan yang nyata ini dirasakan sukar difahami oleh segolongan para mufti, kadi, imam, ustaz dan alim ulama yang bertibaran di negara ini.

Apakah mereka tidak pernah terjumpa (terbaca) walaupun sepotong dari beberapa hadith-hadith sahih sebagaimana yang tercatit di atas yang mewajibkan memelihara janggut sehingga mereka tidak sudi memeliharanya? Jika sekiranya mereka telah terbaca salah satu dari hadith-hadith tersebut mengapa pula tidak mahu menerima dan mentaatinya?

Apakah mereka merupakan ulama buta, tuli, pekak dan bisu sehingga tidak dapat melihat, memahami, mengetahui dan menyampaikan sebegitu banyaknya hadith-hadith sahih yang memperkatakan tentang janggut? Mengapa pula suruhan dan larangan syara sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah di bawah ini tidak mereka sedari?:

"Dan apa yang disampaikan oleh Rasul maka hendaklah kamu ambil (patuhi) dan apa yang ditegah kamu (dari melakukannya) maka hendaklah kamu tinggalkan".

AL HASYAR, 59:7.

Ayat di atas memberi penekanan agar setiap orang-orang yang beriman bersikap patuh (taat), sama ada patuh dengan cara melaksanakan segala apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya atau patuh dengan cara meninggalkan segala apa yang telah dilarang atau diharamkan.

Orang-orang yang beriman tidak boleh mencontohi sikap Iblis yang enggan mematuhi suruhan Allah s.w.t apabila diarah supaya sujud kepada Nabi Adam a.s. Iblis dilaknat kerana mengingkari satu suruhan Allah. Keengganan mematuhi suruhan Rasulullah s.a.w samalah seperti mengingkari suruhan Allah kerana mentaati Rasulullah adalah asas mentaati Allah, maka mereka yang tidak mahu mematuhi arau mentaati suruhan Rasulullah s.aw yang diulang berkali-kali supaya memelihara janggut dan jambang dengan alasan berjanggut itu tidak kacak, selekeh, kelihatan comot dan sebagainya. Maka keingkaran dan alasan seperti ini ditakuti menyerupai alasan Iblis dan petanda yang mereka telah mewarisi sikap Iblis yang bongkak, biadab, bangga diri dan akhirnya ia dikekalkan di nereka hanya lantaran tidak mahu mematuhi satu-satunya suruhan Allah s.w.t iaitu sujud kepada bapa sekalian manusia..

Mentaati Allah dan Rasulnya dalam setiap aspek adalah bukti kukuh yang menandakan seseorang itu benar-benar mencintai Allah s.w.t dan RasulNya, kerana syarat untuk mencintai Allah dan RasulNya ialah ketaatan. Sebagaimana firman Allah:

"Katakanlah jika kamu (benar-benar)mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu".

ALI IMRAN, 3:31.

Cinta perlukan pembuktian walaupun dalam hal atau perkara yang kecil dan dianggap remeh. Sikap orang-orang yang beriman apabila mengetahui bahawa Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum dan menyeru mereka supaya mematuhinya, maka oleh kerana cinta mereka yang bersangatan terhadap Allah dan Rasulnya maka mereka akan mematuhinya tanpa banyak persoalan.

Kepatuhan mereka adalah benar-benar didorong oleh rasa cinta kepada Allah dan RasulNya sebagaimana firman Allah:

"Sesungguhnya jawaban orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dan RasulNya agar menghukum di antara mereka, ucapan mereka ialah : Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".

AN NUUR, 24:51.

Orang-orang yang beriman akan mentaati segala suruhan Allah dan RasulNya walaupun sekecil-kecilnya kerana mereka mengimani bahawa suruhan Allah s.w.t wajib dipatuhui. Mereka menyedari jika suruhan yang kecil dan mudah tidak mampu dilaksanakan tentunya yang besar-besar akan ditinggalkan. M

alah orang yang beriman akan sentiasa berpegang teguh dengan suruhan Allah s.w.t sebagaimana yang terdapat pada ayat di bawah ini:

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang".

AL MAAIDAH, 5:92.

"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah".

AN NISAA 4:64.

Ayat-ayat di atas merupakan suruhan agar kita mengambil (mentaati suruhan yang berupa setiap apa) yang didatangkan (yang berupa perintah) dari Allah dan RasulNya kemudian meninggalkan semua yang ditegah (dilarang atau diharamkan) serta melaksanakan semampu mungkin setiap suruhan terutamanya yang nyata wajibnya.

Allah dan RasulNya tidak meridhai perbuatan orang-orang kafir, oleh sebab itu melaknat siapapun dari kalangan orang Islam yang meniru cari mereka yang tidak diridhai oleh Allah dan RasulNya seperti perbuatan mencukur janggut kemudian memelihara misai mereka sahaja.

Orang-orang yang menyedari bahawa perbuatannya yang suka meniru perbuatan orang-orang kafir itu dibenci, dilaknat dan tidak diridhai oleh Allah dan RasulNya tetapi mereka masih meneruskan perbuatan tersebut dan menyukainya, maka ingatlah Allah telah mengancam orang-orang seperti ini dengan firmanNya:

"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka mengikuti (apa yang menimbulkan) kemurkaan Allah dan (kerana) membenci keridhaanNya, sebab itu Allah menghapuskan (pahala) amal-amal mereka".

MUHAMMAD, 47:28.

Nabi menegah orang-orang yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka malah berkali-kali menyuruh memeliharanya dengan berbagai-bagai ungkapan agar dapat difahami dan diterima oleh umatnya. Apakah benar seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya jika perkara yang paling mudah dan tidak mengeluarkan modal ini mereka abaikan dan tidak memperdulikannya langsung?

Apakah mereka tidak mampu untuk memahami suruhan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak mahu mentaatinya? Suri tauladan dari siapakah yang sewajarnya ditiru oleh orang-orang yang beriman? Apakah lebih berbangga dan menyenangi contoh yang ditiru dari Yahudi, Nasrani atau Majusi yang ditegah dari menirunya? Atau mencintai contoh dari Rasul utusan Allah, contoh dari para sahabat baginda dan contoh dari orang-orang soleh yang dibanggakan oleh setiap orang yang beriman apabila dapat mematuhi dan mentaati contoh tersebut? Contoh yang terbaik dan selayaknya dibanggakan hanyalah contoh yang ada pada diri Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah (dan kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak mengingati Allah".

AL AHZAB, 33:21.

"Maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". IBRAHIM, 14:36.

Berkata as-Syeikh Ismail al-Ansari dalam memperkatakan hadith (athar) dari Ibn Umar r.a:

"Tidak syak lagi bahawa kata-kata Rasulullah s.a.w dan perbuatannya lebih berhak dan utama dipatuhi daripada kata-kata selain dari baginda, tidak kira siapapun orang itu".

Lihat: Muhammad Ahmad bin Ismail

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w dan sunnahnya ialah dengan cara mencontohi segala suri teladan dan amalannya, mentaati seruannya dan mematuhi segala suruhannya sedaya mungkin. Berjanggut atau berjambang adalah suri teladan, suruhan dan amalan yang berupa sunnah para rasul, para nabi, para sahabat dan orang-orang soleh sejak dahulu kala sehinggalah ke hari kiamat.

dipetik daripada: http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?p=78840&sid=3a77956e9453fb14db11de7bd536b434

Solat Tiang Agama

Posted by nur iman 0 comments

Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan (Riwayat Tabrani)

Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabrani)

Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..

DariJabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Sembahyang ialah anak kunci yang ada lima bilah iaitu lima waktu sembahyang. Sembahyang boleh menguatkan zahir dan batin. Dari segi zahir sihat tubuh badan kerana banyak pergerakan. Dari segi batin, ia meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali dengan mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat.

Sabda Rasulullah “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)

dipetik daripada:http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/01/17/sembahyang-tiang-agama-kunci-kebaikan/


semoga kita semua dapat menjalani ibadah wajib dengan menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Semoga kita diberi kekuatan iman dan menjalani keidupan dengan penuh kebaikan... InsyaAllah...

Khasiat Keli

Posted by nur iman Wednesday, August 26, 2009 1 comments

Ikan Keli

1.0 ikan keli air tawar



1.1 ikan keli organik


Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)

Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

dipetik dari: http://www.pokoksawa.com.my/Keli.html

Haiwan yang dianggap sebagai ikan kotor ini di suatu ketika dahulu menyimpan banyak kebaikan terhadap kesihatan. Jika di lihat dari segi kehidupan haiwan ini ianya memang terlalu rakus tentang pemakananya dari daunan hingga ketahap bangkai. Dengan adanya kajian pemakanan yang betul maka dan khusus ianya tidak lagi dianggap ikan kotor malah di iktiraf sebagai ikan paling banyak khasiat dan protein. Malah ianya bukan sekadar makanan namun banyak faedah terhadapnya. Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

dipetik daripada: http://www.aeroaquaticipoh.co.cc/2008/08/khasiat-ikan-keli.html


Resipi Masakan Ikan Keli


IKAN KELI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli sawah (tak mao keli afrika )
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup.
Limau kasturi
Garam secukup rasa
Cara:
Kisar cili padi, bawang, dan kunyit hidup.
pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) .

Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang
Cadangan Hidangan:
Hidangkan semasa panas.
Tambahan:
Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.


IKAN KELI SAMBAL

bahan:

10 ekor ikan keli digoreng sehingga garing
100 gm cili kering dikisar dengan 2 biji bawang besar
1 sudu besar rempah biji/ketumbar
bawang besar
bawang putih
1 cawan air asam jawa asam jawa
sedikit kicap

cara:

Mesin kesemua bahan dan ditumis sehingga pecah minyak. masukan garam, kicap dan air asam jawa dan serbuk perasa aji nomoto.
Akhir sekali masukan ikan keli goreng, balik-balikkan dengan sudip dan angkat, serta hidangkan.




IKAN KELI BAKAR CICAH AIR ASAM

5 ekor ikan keli, cuci dengan sedikit garam adan asam limau, bilas dan toskan.

lumurkan ikan keli dengan sedikit garam.

Bakar atas arang atau gunakan daun pisang letak dalam kuali non-stick.

Tutup kuali dan biar ikan bau harum dan kekuningan.


Bahan-bahan:

bawang, buah tomato, cili api, garam, asam jawa dan sedikit belacan.

Cara buat air asam.

hiris bawang, cili api, tomato. Gaulkan dengan air asam jawa dan sedikit belacan. masukkan garam.

Selesai, boleh makan....



Resipi diambil oleh:ummi Munaliza
dipetik daripada: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6310.0%3Bwap2




Paradigma HidupKU

Posted by nur iman 0 comments

Salam... Pasti pembaca tertanya kenapa tajuk adalah paradigman hidupku... seperti mana yang saya pernah katakan bulan Ramadhan adalah bulan yang suci lagi mulia jadi setiap permulaan atau langkah baru yang kita ambil untuk berubah bolehlah bermula dari detik bulan ini. Sesucinya Ramadhan membawa sinaran serta ketenangan dalam diri anadai kita menghayati betapa manisnya amalan yang dapat kita lakukan pada bulan yang penuh Rahmat ini...

Marilah kita cuba utk melakukan perubahan dalam hidup kita... Tidak salah berubah kearah yang lebih positif dan mencari ketenangan dalam diri sendiri. Perubahan yang berlaku haruslah secara berperingkat dan seikhlas mungkin ... Barulah perubahan yang kita lakukan akan tetap kekal lama... Insyaalah semoga niat kita untuk berubah diberkati dan dimudahkan oleh Allah SWT...



ARTIKEL
Nafas Baru : Mulakan Dari Ramadan Al-Mubarak

Perokok-perokok didapati sering kali memikirkan untuk berhenti daripada merokok dan sebahagian besar telah pun mencubanya beberapa kali.Kebanyakan mereka sedar yang merokok itu merosakkan kesihatan mereka dan menjejaskan kesihatan orang-orang di sekeliling mereka.

Memang sukar berhenti merokok kerana dunia sains telah mengenal pasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berjaya berhenti merokok, dan punca utamanya ialah sifat ketagihan terhadap nikotin, suatu bahan dadah yang terdapat dalam kandungan asap rokok.

Nikotin, yang terdapat dalam rokok,mengalami tindak balas di dalam otak dengan cara yang sama seperti dadah heroin dan mempunyai satu laluan yang sama di dalam otak yang menjadi punca utama penagihan.

Ketagihan

Tiada bezanya sifat ketagihan nikotin dan heroin.Gejala ketagihan terhadap nikotin ternyata tidak berbeza dengan dadah heroin,setelah dikaji dengan lebih mendalam.

Seseorang yang kehabisan rokok akan melalui beberapa keadaan 'perasaan' dengan mulanya mengalami muram,diam,diikuti oleh hilang tumpuan ,seterusnya tidak tenang dan resah, dan diakhiri dengan perasaan mudah marah.

Masalah ini jarang disedari oleh orang awam dan sebahagian besar perokok, kecuali jika diperhatikan dengan sungguh-sungguh.

Memandangkanrokok mudah diperolehi di merata tempat dengan harga yang murah dan boleh dihisap di khalayak ramai tanpa masalah seperti dadah heroin, maka seorang perokok,dari masa ke semasa, dapat menambah keperluan nikotin di dalam darah setelah merasakan ada keinginan untuk merokok.

Dengan ini seseorang yang terjerat dengan ketagihan merokok, akan meneruskan tabiat itu kerana tidak tahan dengan perasaan gian yang dialaminya jika keputusan dadah nikotin dalam darah mereka.

Perkara ini memang diketahui oleh industri rokok dan mereka menyalahkan perokok sendiri kerana itu adalah pilihan perokok.

Perokok mengalami kesukaran berhenti merokok kerana tubuhnya yang telah terbiasa dengan dadah nikotin yang mana ketiadaannya dalam masa dua hingga empat jam akan mula mengalami gejala gian atau "withdrawal".

Pemikiran yang sihat dan matang sudah pasti akan menolak sebarang unsur ketagihan untuk dijadikan sebagai suatu amalan.Ketagihan menyebabkan kemuliaan manusia dikurangkan kerana manusia terpaksa patuh kepada dorongan ketagihan dan bukannya pemikiran yang stabil.

Kerajaan sedar terdapat satu juta rakyat Malaysia yang beragama islam merokok. Pelbagai usaha dijalankan untuk membantu perokok-perokok Muslim berhenti merokok.

Salah satu usaha yang didapati berkesan ialah meminta masyarakat Islam yang merokok supaya berhenti menjelang tiba bulan Ramadan al-mubarak.

Dengan tema 'Nafas Baru Mulai Ramadan' para Muslimin beramai-ramai disyorkan supaya dapat meninggalkan tabiat merokok ini dengan nafas yang baru, yang bersih daripada asap rokok mulai Ramadan.

Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM),Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Persatuan Perubatan Islam Malysia PPIM) dan beberapa badan lain, sedang mnjalankan pelbagai usaha untuk membantu perokok-perokok Muslim berhenti merokok menjelang tiba bulan Ramadan al-mubarak.

Bulan Ramadan, seperti mana kita ketahui adalah suatu bulan yang tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t., juga merupakan penghulu segala bulan.

Ia adalah bulan yang diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan pelbagai keterangan untuk membezakan yang benar dan salah.

Suasana harian masyarakat Islam Malysia berubah pada bulan Ramadan. Suasana tempat kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain, yang mana didapati sangat kondusif atau memberi situasi dan keadaan yang baik untuk berhenti merokok.

Kajian

Hasil kajian mendapati lebih 95 peratus perokok-perokok Muslim menyatakan bahawa adalah mudah untuk berhenti merokok pada bulan Ramadan.

Walaupun asap rokok mengandungi dadah nikotin, pada bulan Ramadan al-Mubarak seorang perokok yang kuat sekalipun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang melebihi 12 jam.

Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam sahaja, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin.

Nikotin yang terdapat dalam rokok mengalami tindak balas di dalam otak dengan cara yang sama seperti heroin dan mempunyai satu laluan yang sama di dalam otak yang menjadi punca utama penagihan

Perkara ini tidak berlaku semasa bulan Ramadan kerana perokok-perokok boleh berhenti melebihi 12 jam tanpa merokok.

Ini berlaku kerana iman di dada yang sedar akan keperluan menunaikan ibadah puasa dan dengan kekuatan rohani itu mengatasi pengaruh jasmani atau fizikal.

Untuk berhenti merokok memerlukan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih bagi mengatasi rasa ketagih terhadap dadah nikotin, khasnya pada luar bulan Ramadan kerana di samping tidak ada kewajipan untuk berpuasa, terdapat ramai kawan sekerja merokok pada siang hari, terutama semasa sama-sama minum pagi atau makan tengahari.

Pengaruh kawan-kawan mempunyai peranan yang besar dalam menyukarkan usaha berhenti merokok. Masalah ini tidak dihadapi pada bulan Ramadan yang mana suasana dan rutin kegiatan pekerja-pekerja berbeza.

Justeru sempena bulan Ramadan al-mubarak ini diharapkan agar kawan-kawan sekerja dapat berbincang dan berusaha untuk berhenti bersama.

Riwayat

Ada sebuah riwayat menyebut, bahawa semua pintu langit dan pintu syurga dibuka setiap bulan Ramadan, semua iblis dan syaitan dirantai, supaya mereka tidak mengacau dan menganggu kaum Muslimin dan seterusnya merosakkan puasa dan bangun malam mereka.

Bersabda Nabi s.a.w. mengenai bulan Ramadan : Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga.

Dengan berbekalkan iman dan semangat yang kental, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk berhenti merokok.Semoga kita berjaya meninggalkan tabiat yang merosakkan jasmani dan rohani kita sempena bulan Ramadan al-mubarak yang penuh keberkatan ini.






Petikan dan Sumber:
Dr.ABU BAKAR ABDUL MAJID

rujukan dari: http://www.jais.gov.my/ramadhan/Art/artikel06.php

mY BurF_dAtE