Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

Beramal dengan Mazhab lain

Posted by nur iman Saturday, June 26, 2010

Soalan:

Salam,
Ana nak bertanyakan masalah dalam bermazhab. Memang ma’ruf yang kita di Malaysia berpegang dengan mazhab syafie dan dalam banyak permasalahan ibadah kita akan beri’tikad dengan pandangan syafie. Bagaimanakah dalam situasi-situasi tertentu kita boleh berpegang pada mazhab lain atau pendapat yang ‘asoh’?
Sebab kadang-kadang bila kita baca fiqh sunnah atau fiqh dan perundangan islam (wahbah zuhaili) kita akan dapati pendapat ijma’ ulama’ atau pendapat ‘asoh’ akan bertentangan dengan pendapat syafie.

Jawapan:

Perbahasan mengenai mazhab dan perkara yang berkaitan dengannya adalah perbahasan yangpanjang dikalangan ulama. Persoalan di sini ialah bagaimana jika kita mengikut atau berpegangdengan sesuatu mazhab dan kita mendapati pandangan mazhab lain lebih kuat dalam masalahtertentu. Adakah kita boleh mengikut pandangan tersebut yang bukan pandangan mazhab yang kita pegang?

Sebenarnya tidak ada nas yang mewajibkan seorang muslim yang telah mengikut sesuatu mazhabmesti mengikut seluruh permasalahan feqah dalam mazhab tersebut sahaja. Jesteru, para ulamatelah membincangkan keadaan-keadaan di mana seorang yang bermazhab tertentu bolehmengikut pandangan-pandangan mazhab lain. Ringkasnya keadaan-keaadan tersebut adalah seperti berikut:

1) Apabila permasalahan tersebut telah difatwakan oleh mufti semasa. Sebagai contoh ulama semasa mazhab Shafi’e telah berfatwa bahawa pengikut mazhab Shafi’e boleh membayar zakat fitrahdengan nilai mata wang bagi menggantikan bayaran dengan beras. Walaupun membayar zakat fitrah dengan nilai mata wang adalah pandangan mazhab lain tetapi pengikut mazhab Shafi’e bolehmembayar dengan nilai mata wang kerana telah difatwakan oleh ulama semasa.

2) Apabila hujah mazhab lain lebih kuat dalam perkara tersebut. Sebagai contoh pengikut mazhab Shafie’i mengikut pandangan mazhab Maliki dan Hanbali yang mengatakan tidak batal wudhu’ apabila kulit lelaki dan kulit wanita ajnabiyyah bersentuhan secara tidak sengaja tanpa syahwat. Mengikut perbincangan dalam feqah perbandingan, pandangan mazhab Maliki dan Hanbali ditarjih sebagai pandangan yang paling kuat dalam masalah ini.

3) Apabila keadaan memerlukan. Sebagai contoh seorang yang bermazhab A menghadapi masalahdalam melakukan ibadatnya. Masalah tersebut perlu diselesaikan segera. Pada waktu tersebut tiadaulama dari mazhabnya untuk dikemukakan pertanyaan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.Sedangkan pada waktu tersebut ada seorang ulama dari mazhab lain. Dalam keadaan begini dia boleh bertanya kepada ulama tersebut bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Di sini saya ingin mengakhiri jawaban saya dengan merakamkan kisah saya dengan guru saya mengenaipersoalan di atas. Guru saya bernama Syeikh Al-Husaini, bermazhab Shafi’e dan merupakan seorang yangamat dihormati lagi alim di Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar Kaherah. Beliau digelar sebagai ‘Mughni as-Shogir’atau “Mughni the Junior” merujuk kepada penguasaannya kepada kitab “Mughni” yang masyhur dalammazhab Shafi’e. Satu masa selepas habis pengajian saya bertanya kepada beliau seperti berikut:

Saya: “Ya Syeikh! Saya belajar mazhab Shafi’e dengan tuan dan tuan telah menceritakan pandangan-pandanganyang sahih dan sebagainya dalam mazhab Shafi’e. Kemudian saya pergi belajar subjek feqah perbandingan yangmembahaskan sesuatu masalah dari pelbagai mazhab. Diakhir perbincangan, para ulama akan mentarjih (memilihpandangan yang paling kuat) berdasar hujah-hujah yang dikemukakan oleh setiap mazhab. Kadangkala pandanganyang ditarjih adalah pandangan mazhab lain. Boleh tak orang seperti saya yang bermazhab Shafi’emengikut pandangan mazhab lain yang ditarjih sebagai pandangan yang paling kuat?”

Syeikh Al-Husaini: “Boleh”. (jawabnya ringkas)

Sekian semoga huraian di atas dapat membantu persoalan yang ditanya.

Rujukan:1) Usul Feqah, Prof. Abd Karim Zaidan.2) Usul Feqah, Prof. Muhamad Abu an-Nur Zuhair.3) Al-Ghiathi, Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini.4) Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah.
Disediakan oleh:Ustaz Ahmad Zainal AbidinSetiausaha Majlis Ulama Isma

dipetik daripada laman web: http://muis.ismaweb.net/2010/03/feqah-semasa/

0 comments

mY BurF_dAtE