Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

muhasabah diri

Posted by nur iman Tuesday, July 21, 2009

salam bahagia...

kepada semua yang mengetahui mengenai cinta

tipulah andai diri kita tidak mahu bercinta atau tidak mahu dicintai...

saya disini pada saat ini adalah ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya dalam pembacaan agar pembaca diluar sana dapat sama-sama memikirkannya mengenai cinta

apa yang dinamakan cinta
mengapa setiap insan perlukan cinta

saudara/saudari... perkara pertama bila kita disoal setelah mati nanti adalah...siapa tuhan kita bukannya siapa nama suami atau nama pakwe kita...

Jadi mengapa mesti kita letakkan cinta sesama makhluk diatas sebagai kepentingan hidup. Saya tak nafikan cinta sesama makhluk penting dalam hidup, namun ia bukan yang paling penting dalam hidup.

Fikir-fikirkanlah, adakah bila kita mencintai seseorang lebih dari diri sendiri akan menguntungkan kita...tidakkan sebaliknya ia akan menambah kelukaan yang parah dihati. Tambahan pula manusia ini cukup tamak dengan kasih sayang.

Jadi dapatla kiranya saya katakan disini, masyarakat zaman kini lebih mementingkan cinta sesama makhluk berbanding cintanya pada Maha Pencipta...

Lihat sajalah pada beberapa hari yang lepas, mengenai isu seorang wanita yang ingin terjun dari tempat yang tinggi semata-mata kerana menghadapi tekanan perasaan dalam cinta sesama makhluk...

Masyarakat juga sering menyalahkan sesama sendiri dan sering menunding jari terhadap kesalahan orang lain. Dimana kita dapat lihat seseorang yang menghadapi masalah berkaitan cinta tiada sesiapa untuk dirujuk atau berkongsi masalah. Ini kerana masyarakat suka menyalahkan orang lain selain mendengar masalah. Sering berlaku tekanan dari masyarakat juga menyebabkan keadaan ini menjadi bertambah buruk.

Seperti sya nyatakan tadi tidak salah kita bercinta asalkan kita tahu cara dan bagaimana untuk bercinta. Tapi berbalik juga kepada ajaran Islam itu sendiri, islam yang suci lagi penuh dengan tertib. Apalah kiranya sesuatu hubungan yang mulia itu diikatkan supaya cinta suci yang lahir dari dua hati mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Bercintalah sebanyak mana yang kita mahu, namun janganlah kita alpa akan cinta kepada Maha Pencipta...

semoga kita semua dipertemukan dengan cinta sejati... setiap manusia telah ditentukan jodohnya, berusahalah dan jangan putus asa mencari cinta sejati... InsyaAllah...

0 comments

mY BurF_dAtE