Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

marilah kita saling tegur menegur

Posted by nur iman Wednesday, September 9, 2009

salam ukhwah...
hari ini saya terfikir ingin berkongsi ilmu mengenai bagaimana kita dapat menegur seseorang sama ada seorang kawan, atau pun orang yang tidak rapat dengan kita tanpa perlu menyakiti hatinya...
seperti mana yang kita tahu...seharusnya kita lebih peka dan matang apabila menegur seseorang. pertama dari sensitiviti yang ada pada diri seseorang itu, bagaimana penerimaan dia setelah ditegur.. contohnya apabila seseorang itu ingin tidur pada masa yang hampir senja lebih baik kita menegur dengan cara yg lebih sopan tanpa perlu bercakap atau menjerit seolah2 mempermainkan dia...seelokknya jika kita mendekatinya dan menerangkan kenapa perlunya dia mengelakkan diri dari tidur di waktu senja...cara ini lebih mudah dan orang yang ditegur juga lebih memahami sebab perubahan perlu dilakukan tetapi kadang2 kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan, bertanya kenapa dia tidur masa senja...mungkin kerana dia sibuk menyiapkan sesuatu yang sudah sampai dateline...mmglah kita harus menasihati agar memberi kebaikan tetapi apabila berdepan dengan sesuatu keadaan kita perlu menggunakan suatu pendekatan iaitu mendekatinya dan berbicara ini lebih mudah dan mengurangkan rasa kurang senang dihati...

maaflah jika ada tersilap kata dari apa yang saya tulis. tapi sya sekadar berkongsi pendapat setelah membaca beberapa artikel. salah satu lagi jika kita ingin menegur...seharusnya kita berbicara adalah cara yang terbaik sekiranya orang itu berdekatan dengan kita supaya orang itu mengetahui niat ikhlas kita yg ingin menegur dan berkongsi ilmu yang baru... insyaAllah smoga kita saling ingat-mengingatkan dan saling pesan berpesan...

sekiranya kita ingin menegur perubahan bentu fizikal badan kawan kita bagaimana harus kita lakukan... adalah salah seorang teman saya yang sudah lamatidak bertemu tiba-tiba terus menegur perubahan pada bentuk fizikal saya... saya agak sensitif terutama apabila sy tengah makan...boleh hilang selera saya makan...itulah sebelum menegur kita harus memahami bagaimana sikap orng yg ingin ditegur...tidak salah menegur tetapi kita haruslah tahu bagaimana dan bila masa yang sesuai utk menegur seseorang supaya hatinya tidak dilukai...bukan apa Allah tidak suka kita saling bermusuh-musuhan dan saling bersengketa... tujuan atau niat kita menegur adalah supaya menyedarkan betapa pentingnya kesihatan dan kebersihan yang harus setiap insan teraokan dan amalkan dalam kehidupannya...

akhir sekali...dekatilah insan yang ingin kita tegur dan tegurlah dengan berhemah... bagaimana saya pernah bertemu dengan seorang gadis dari sabah,,,bahasa, tutur kata, gaya bercakap dan menegurnya yang cukup lembut...sekali dia menyebut nama hilang segala marah pada diri saya... betapa baik cara tegurannya...saya jugatidak pernah melihat insan ini marah...saya puji pada dia yang pandai menjaga diri...dia juga banyak berkongsi ilmu agama...semoga persahabatan antara kami kekal...sya dengar selepas praktikum dia akan berkahwin...semoga dia bertemu jodoh yang baik dan sesuai dengannya...smoga...berbahagia kawan...tQ diatas jasamu yang membatu saya selama ini...jasamu tidak mungkin kulupakan... thanks...

dibawah ini saya selitkan beberapa artikel yang saya terbaca di blog dan laman web lain...sama-2lah kita berkongsi ilmu...

salam ukhwah...

Artikel 1

KONSEP NASIHAT-MENASIHATI SUATU KEWAJIPAN

Kita adalah manusia yang memiliki kekurangan dan kelemahan dan menjadi suatu kewajipan terhadap setiap peribadi anggota jamaah atau organisasi menunjuk dan memperbaiki kesalahan di antara satu sama lain melalui konsep ini. Ia adalah satu konsep yang bertepatan dengan pengarahan Al-Quran dan As-Sunnah.

Setiap yang menasihati hendaklah memperbetulkan niat untuk memperbetulkan kesalahan dan menjauhi perkara-perkara negatif kaerana Allah dan setiap yang menerima nasihat hendaklah pula menerima nasihat dan teguran itu dengan sikap berlapang dada dan mengambil manfaat daripada nasihat demi kebaikan diri dan dakwah.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

الدين النصيحة قلنا لمن يا رسول الله قال الله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya bagi siapa wahai Rasulullah. Kata Rasulullah,: “bagi Allah, kitabnya, RasulNya dan para pemimpin kaum Muslimin dan orang-orang awam.

Dalam skop kerja dan jemaah, cara menegur dan menasihati mestilah diambil kira dan menepati adab-adab Islam agar ia bermanfaat untuk kemaslahatan kerja dan dakwah.

dipetik dari: http://back2islam-ridzuan.blogspot.com/2009/06/konsep-nasihat-menasihati-suatu.html

Artikel 2

Budayakan Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana

Oleh Ad-Dimasyqi

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.

Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merobah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang da`ei itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para da`ei ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

dipetik daripada:http://abimmesir.org/?p=31


0 comments

mY BurF_dAtE