Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

Mencari Jodoh

Posted by nur iman Tuesday, September 8, 2009


salam... lama tak kongsi dengan saudara mengenai artikel terbaru yang saya baca... alhamdulilah pepagi nie mood saya baik je... kalau ikut umur atau ditahun akhir saya berada sekarang...sepatutnya saya terkejar2 sesuatu dalam hidup iaitu jodoh saya...biarlah andai tak ada sesiapa yang menyukai saya...asalkan saya tetap bahagia...bahagia kita yang cari...insyaAllah segalanya Allah dah takdirkan yang terbaik untuk umatNya... entahlah...bukan tak mau bercinta...tapi biarlah masa yang menentukannya...andai kata jodoh sudah tertulis saya tetap akan terima...


saya nak kongsi cerita mengenai salah seorang guru semasa saya belajar di tingkatan 5. Pesanan guru tue...mesti cari kekasih atau seseorang yg betul2 sanggup menjadikan kita isterinya sebab masa ditahun akhir pengajaran adalah masa terakhir korang utk mengenal hati budi...kerana masa keje nnt semua dah sibuk...itulah pesan guru saya yang masih saya ingat,...namun mustahil utk sya praktikkan...almaklumla... tak semua orng dapat apa yg diidamkan...

disini juga saya terbaca blog kak aina emir yang saya suka novel2nya dan kak aina merupakan salah seorang idol saya dalam bidang penulisan...saya sekarang tengah menulis novel bertajuk cinta itu bukan milikku...tak lama lagi siap sepenuhnya dan saya akan upload di blog saya...inilah hasil penulisan pertama yang saya benarkan semua membacanya...sebelum ini hanya beberapa teman rapat saja pernah membaca novel saya...




oklah tak nak lari tajuk lagi...hehe...mengenai jodoh ini...kita tak boleh salahkan seseorang jika dia masih belum berkahwin...fahamilah dan dekatilah ia utk mengetahui cerita sebenar...insyaAllah kita akan lebih nampak kenapa seseornag itu masih belum berumahtangga....

saya percaya dalam dunia ini tiada seorang pun yang tidak mahu bercinta...atau dicintai dan disayangi...semuanya nak cuma terpulang pada jodoh dan nasib serta usaha untuk memiliki cinta tersebut...


doa mencari jodoh...
YA ALLAH KALAU DIA MEMANG JODOHKU MAKA DEKATKANLAH hatinya dengan hatiku...

saya percaya sekarang terdapat banyak cara utk mencari jodoh ada yang sanggup mmbayar utk memiliki jodoh...atau ada yang sanggup bermain chatting utk mencari jodoh...dan berbagai2 lagi. kepada yang prnah menonton 'syurga cinta' pasti pernah dengar cinta terbahagi kepada 3...
1. cinta daripada syaitan
2. cinta daripada jin
3. cinta daripada Allah

jadi terpulang pada kitalah untuk menentukan siapa atau daripada mana jodoh yang ingin kita temui...insyaAllah sebagai manusia biasa kita seharusnya tidak boleh berhenti berusaha...insyaAllah Allah akan permudahkan jalan bagi umatNya...

beberapa tips...

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang
Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan
Menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna
agar diri anda jadi seperti
?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
Orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan
jaga ibadah, solat
Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf,
Bersedekah Dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan
anda akan menarik sayang
Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda
Akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk
Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa
Dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan,
Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
Bakal pasangan anda.

10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh
Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
Bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan
Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih
Sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang
Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini
Secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati
sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk
Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
Walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra Dan
bersemangat menggunakan lidah,
Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan
Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri
Sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan
segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.

18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada
Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.

19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai
mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain.

dirujuk daripada: http://nuriman.wordpress.com/2009/07/26/60-petua-mencari-jodoh/


2 comments

  1. salam ila...cuba baca balik ayat2 dlm gmbr tue....mcm ada mslah jak..jagn letak yg bukan2...

     
  2. nur iman Says:
  3. wsalam...dan terima kasih kerana memberi perhatian...saya akui silap saya kerana ingin menyiapkan cepat tanpa membaca bahan terlebih dulu...tapi gambar yg dimskkan bukan utk saja2 letak...well setiap grafik yg dimasukkan ingin menyampaikan maksud sesuatu...seperti mana yg saya kata tiada manusia lari dari kesilapan...begitu saya hanya manusia biasa...maaf jika ada tersalah...lain kali saya akan lebih berhati2 dalam pemilihan gambar...insyaAllah...terima kasih ...bak kata ustazah saya...tidak salah menegur dan membetulkan kesilapan...kita didunia ini hnya berkongsi ilmu dan tidak boleh kita menuduh tanpa sebarang bukti tanpa menyiasat terlebih dahulu...InsyaAllah semoga semua org meneruskan perkongsian ilmu dunia...marilah kita mencari tempat di akhirat sana...insyaAllah...
    salam ukhwah

     

mY BurF_dAtE