Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

Juadah Berbuka Puasa

Posted by nur iman Monday, August 24, 2009

Berjimat Cermatlah dalam Berbelanja untuk Membeli Juadah Berbuka

Pastinya selera makan kita semakin bertambah dibulan Ramadhan ne! Berbelanja sakan kita

pada bulan puasa nie...Almaklum la semua jenis kuih muih ada dijual setiap petang. Pastinya

semua orang berselera untuk membeli makanan kesukaan masing-masing. Pastikan apa sahaja

yang ingin dibelanjakan kita haruslah berjimat cermat. Kita harus tahu apa sebenarnya bulan

Ramadhan dan keberkataan di Bulan Ramadhan ini. Jadi kita haruslah banyak beramal dan

bersedekah untuk meningkatkan keimanan pada diri kita... InsyaAllah...


Juadah berbuka puasa yang saya tetiba terfikir hari ini ialah laksa penang. Rindunya pada laksa

penang mak saya masak. Tapi sekarang kenalah membeli...

Apapun juadah berbuka puasa anda...pastikan anda tidak membazir dan pastikan makanan yang

anda beli tidak berlebihan...


Mengawal nafsu makan semasa berbuka puasa adalah suatu amalan yang mulia di dalam bulan

Ramadhan. Dalam membeli belah juadah berbuka puasa kita sebagai umat Islam harulah

berjimat dan bersyukur dengan segala rezeki yang di berikan .Semoga amalan puasa kita

diterima Allah SWT... InsyaAllah...

Dirujuk dari: http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=42

Pakej Diet Ramadan 3 Ke 2

  1. Apakah pakej diet Ramadan 3 ke 2?

  2. - suatu pendekatan baru untuk menarik minat orang ramai tentang istimewanya Ramadan terutamanya dalam pengurusan diet sihat.
    - 3 ke 2 merupakan singkatan bagi waktu makan kita. Pada hari biasa,umumnya kita akan makan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Apabila masuk bulan Ramadan, secara automatik waktu makan kita berubah menjadi 2 iaitu sahur dan buka. Jadi, bulan Ramadan ini merupakan bulan yang baik dalam menguruskan diet dan mendisiplinkan diri. Selain itu, Rasulullah bersabda : “berpuasalah supaya kamu sihat”

  3. Apakah sihat, sederhana dan seimbang?

  4. - sihat adalah dengan memilih makanan yang sihat
    - sederhana pula adalah dari segi kuantiti di mana makanan yang diambil sepanjang Ramadan ini perlulah secara sederhana dan jangan membazir. Islam juga turut menggariskan kesederhanaan sepanjang kita melakukan ibadah puasa.
    - seimbang merupakan makanan yang kita ambil perlulah dari semua kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin,buah-buahan & sayur-sayuran, daging dan hasil tenusu serta sedikit dari kumpulan minyak, gula dan garam. Pendek kata semua makanan yang terdapat dalam piramid makanan.

    Kombinasi kesemua ini akan menjadikan puasa kita lebih sempurna di mana kita akan bertenaga untuk melakukan kerja harian walaupun kita sedang berpuasa.

  5. Apakah yang perlu kita lakukan dalam mencapai target pakej ini?

  6. - Pertama, kita perlu mengambil sahur. Rasulullah bersabda : “bersahurlah kamu kerana di dalam sahur terdapat keberkatan”.Pastikan sahur yang ringan dan sihat. Kalau sukar untuk bersahur, boleh la mengambil segelas susu & 2 keping roti berserat. Boleh juga mengambil bubur dan jangan lupa air kosong/ air masak. Melewatkan waktu sahur yang disunnahkan Rasulullah.
    - Kedua pula adalah berbuka iaitu,

    Apa yang perlu

    Apa yang tidak perlu

    menyegerakan waktu berbuka & buka dengan air kosong dan buah kurma

    jangan mulakan buka dengan minuman dan kuih-muih manis

    boleh mula dengan mengambil sup (sup sayur, sup ayam, sup daging)

    pastikan tidak mengambil minuman berkafein seperti teh dan kopi semasa buka. Boleh ambil selepas solat terawih sebagai snek tapi jangan pada waktu berbuka.

    Pastikan juadah berbuka ada nasi, lauk yang rendah lemak (kurangkan penggunaan santan) sayur, buah
    Elakkan mengambil makanan kering seperti asam.

    pastikan lauk tidak berapa pedas. Ia tidak baik terutamanya dalam menggalakkan kanak-kanak berpuasa dan puasa warga emas.


    Utamakan makanan berserat sepanjang Ramadan untuk melambatkan proses lapar & dapat kita menjalani ibadah puasa. Makanannya adalah seperti bijirin, barli, oat, gandum, roti berserat, sayur-sayuran & buah-buahan.


    Tidak mengambil makanan dengan banyak. Berhenti sebelum merasa kenyang.



    - Dalam mencapai target ini, kita perlu bijak dalam memilih makanan. Sesetengah orang mengatakan bulan puasa ini bulan makan. Memang tidak dinafikan semasa bulan puasa pelbagai juadah makanan yang tiada pada hari biasa, ada dijual di bazar Ramadan. Jadi, kita perlu bersikap sederhana di samping bijak dalam memilih juadah.
    - Bagi mereka yang mempunyai penyakit pula seperti:

    a. Diabetes : - pastikan memantau aras gula dalam darah



    - kurangkan pengambilan minuman & kuih-muih manis serta makanan yang berkalori tinggi.



    - lebihkan serat dalam diet untuk mengurangkan gula dalam darah.






    b. Kolesterol tinggi dalam darah : - kurangkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi.



    - pastikan kulit ayam dibuang dahulu sebelum memasak.



    - kurangkan pengambilan makanan bergoreng.



    - lebihkan serat dalam diet untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.






    c. Tekanan darah tinggi : - kurangkan penggunaan MSG, garam



    - sekiranya ingin menambah perisa, gunakan perencah asli seperti herba.

0 comments

mY BurF_dAtE