Solat Tiang Agama

Bicara


ShoutMix chat widget

Followers

keistimewaan kad raya

Posted by nur iman Saturday, August 22, 2009

kad ucapan selamat menyambut Ramadhan

kad ucapan selamat menyambut Hari Raya




salam... pasti saat ini semua antara rakan-rakan kita di luar sana sedang sibuk memilih dan membeli kad raya kepada keluarga, yang tersayang dan kepada kawan-kawan kita. Apakah tujuan utama kita membeli kad raya... kad raya merupakan salah satu kad ucapan iaitu dikirimkan dengan tujuan menyampaikan apa yang tersirat dan tersurat yang ingin kita sampaikan kepada seseorang atau sekelompok orang...

saya minat memberi dan suka apabila diberi kad...sama ada masa hari lahri dan juga apa2 perayaan yang disambut.tidak kisahlah diberi kad buatan sendiri atau dibeli yang penting bagi saya kad itu tanda org itu mengingati saya sebagai kawan dan rasanya persahabatan yang terjalin selama ini sangat dihargai membuatkan hati saya pasti berbunga kemudian barulah saya ingin tahu isi kandungan yang ditulis pada kad pula...disini satu kelebihannya...kita akan dapat mengenali watak seseorang apabila dia menulis...sma ada dia ikhlas atau sebaliknya... selain itu anda akan dapat mengenali tulisan kawan baik anda...bukankah bagus...macam anda menghargai kawan anda dengan mengenali cara tulisannya... dan anda akan lebih dekat dengannya... melalut pula baiklah kita ke tajuk utamaye...sebelum tue saya ucapkan terima kasih kepada dua sahabat saya yang telah memberi kad... sudila dan juhaidah...tQ...

a'a sebelum sya terlupa...saya nie jenis yang suka memberi kad raya pada awal bulan Ramadhan...jangan salah faham bukan tak sabar nak raya...tapi saya tak dapat cari kad utk menyambut bulan Ramadhan sebab itu saya bagi kad raya sebagai ucapan utk kedua 2 bulan yang mulia ini...ada kawan saya yang tegur namun saya tahu saya ikhlas melakukannya...

pasti ada antara anda yang mengatakan mnghantar kad raya rugi atau membazir namun sedarkah anda dengan mnghantar kad raya kita akan lebih menunjukkan keihklasan diri selain orang itu boleh melihat dan membaca kad kita pada bila2 masa berbanding memberi secara e-card hanya boleh tgk apabila kita membuat connection dengan internet...anda fikir-fikirkanlah sendiri...

sebab setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza-beza...tiada yang salah mahupun benar semuanya berkemungkinan... semoga tujuan kita atau niat kita adalah perkara yang paling utama apabila memberi kad raya....

kepada semua teman saya...percayalah kad2 raya yang anda beri pada saya masih elok dalam peti simpanan saya...saya mmg suka membca apabila saya merindui kawan-kawan saya... terima kasih pada yang memberi dan terima kasih juga yang menghantar sms atau mms tapi itu mmg tak dapat simpan le...hehehe inbox tak muat...

selamat menyambut hari raya... kepada semua teman-teman saya di blog kad raya rekaan khas ini untuk sahabat, keluarga atau orang disayangi... terimalah saya memohon ampun dan maaf jika ada tersalah dan tersilap... InsyaAllah...sama-samalah kita menyebarkan ilmu...

kad raya khas rekaan sy sendiri blh diberi kpd insan yang disayangi seperti keluarga atau teman
kad raya khas rekaan sy sendiri blh diberi kpd insan yang disayangi seperti sahabat dan kawan2

ini macam kad raya lah pulak...hehe...inilah foto yg diambil semester lepas... inilah saya...

saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini semoga diterima Allah SWT.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali saya ataupun tidak...saya tetap nak ucap juga dan maaf jika ada tersalah cakap atau tersalah dalam perbuatan saya...harap dimaafkan...bak kata orang...sedangkan Nabi ampunkan umat ... inikan pulak kita manusia biasa...hehe... klah kepada yang dapat kad raya sudi-sudilah membalas bak kata orang tiada paksaan kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima...sy cuma nak ucapkan "selamat hari raya...maaf zahir batin"

0 comments

mY BurF_dAtE